Wednesday, June 12, 2013

Tuesday, June 11, 2013

Well, sebagai budak2 yg tak tahu menahu dan masih mentah dalam mengenali diri sendiri waktu tu, aku ikut je kata2 parents aku untuk masuk ke MRSM yang nyatanya sekolah beraliran sains sedangkan aku ada minat mendalam dan sedikit bakat dalam bidang seni di mana aku mula melukis sejak umur aku 4 tahun. -_-

So, even dah masuk MRSM, aku still x boleh berenggang dengan habit aku yg suka melukis x kira tempat dan waktu. Memang aku sentiasa bawak kertas dan pen untuk melukis x kira kat mana pun. Dalam dewan waktu orientasi, dalam kelas, dalam hostel apatah lagi. So, kawan-kawan n org sekeliling aku cepat tau yg aku ni suka melukis n ada yg panggil kartunis pun ada..-_-

Well, dijadikan cerita, kelas sejarah tingkatan 1, di mana kebanyakan student bosan n x suka kelas tu ditambah dengan guru yg agak garang dan tegas. Tetapi, jauh di sudut hatiku, kelas tu sangat menarik dan mengujakan..-_-..lol. Aku sebenarnya suka sangat kelas sejarah tapi x tau kenapa aku malu nak mengaku. Mungkin sebab ramai cakap.."bosanlah sejarah.."..n aku pun turut cakap mcm tu agar tak ketinggalan..wahahaha

So, satu hari kitorang dibahagikan kepada kumpulan kecil dan diberi tugasan pertama. Bab pertama dalam bukut teks, mengenai penghijrahan Parameswara dan pembukaan kota melaka. Pfffftt!! Cikgu sejarah tu cakap, "saya nak setiap kumpulan buat komik untuk menggambarkan kronologi sejarah untuk bab ni"..aku pun....O.O!!!! OMG!!!!! Hatiku berdetak kencang dek terlalu teruja dan tak percaya. Dalam hati aku mengatakan, "yes!!! this it is!!! Ini yg aku tunggu2!!! finally!!" T^T. Gang2 group aku pun apalagi...semua tengok kat aku sambil senyum2 kelegaan. "you're our savior! we rely on u from now on, friend!" T^T"..mcm tulah ibaratnya apa yg cuba disampaikan dari air muka diorang. Aku tau diorang mengharap pada aku sekarang n secara automatic aku cam ketua group pulak. N aku sahut tanggungjawab tu!! Dah ini yg aku tunggu pun!!

Maka, malam itu juga, tanpa berlengah lagi, aku mencapai pensil dan mula tekun melukis tanpa menghiraukan perkara lain sampai aku siapkan tugasan tu walaupun tarikh submit lambat lagi. Dan aku berjaya meringkaskan bab sejarah itu kepada 2 halaman komik. Dan ahli group aku yg lain? tengok sambil tersenyum. ^^

So, hari yg ditunggu pun tiba. Cikgu sejarah masuk dengan rotan di tangan. Semua dalam kelas senyap hatta menundukkan pandangan. LOL. Cikgu tu pun apa lagi, "sila hantar tugasan kamu semua ke depan". Aku yang asyik tenang dari tadi tiba-tiba gelisah tak tentu arah. Mana taknya, komik tu tertinggal kat hostel!!! Aduhhh!!!! Aku tunduk dan cuba untuk tak bertembung mata dengan cikgu. Aku pun bagitau dia aku tertinggal komik tu, bukan aku tak siapkan. Kawan2 aku semua tahu aku memang dah siap. Tersentap hati aku waktu tu bila cikgu tu cakap dia tak percayakan aku n dia minta bukti! Aku dengan rasa sakit hati plus nak nanges, keluar dari kelas dan berlari ke hostel dengan kawan aku untuk mendapatkan komik tersebut. Dalam keadaan keletihan, aku berlari hantarkan komik tu. Sekali lagi tertusuk jantungku bila cikgu tu pegang komik aku dekat hujung bucu kertas tu je, n memandangkan komik aku cuma dua halaman je yg bermakna hanya satu kertas sahaja, dia cakap depan semua kelas n kawan2 aku yg.."ni mesti awak buat kerja last minute ni, tu yg sikit je". Aku terkejut n macam ada halilintar menusuk hatiku. HUUUUU...rasa nak nangis sangat, bila terkenangkan yang aku bersungguh2 melukis komik tu dengan penuh perasaan dan aku berikan semuanya walaupun hanya 2 halaman. Aku just diam je n sabar je walaupun sakit juga hati, n sedih.

Esoknya, di kelas sejarah lagi. Aku seperti biasa, senyap je di tempat dudukku. Aku tersentak tiba2 melihat cikgu sejarah yg baru memarahi aku semalam perlahan2 datang ke arahku pastu cakap dengan nada lembut n seriousnyer..-_-.."Mira, tahniah. Komik awak adalah komik sejarah yang paling terbaik antara semua"..lepas tu dia senyum. =O!! Aku pulak jadi speechless. Aku tak cakap tenkiu or apa2 pun. Aku senyap je. Pastu dia blah dengan misterinya..-_-. Lepas tu, tak cukup dengan tu, cikgu tu photostate komik aku kepada berpuluh salinan dan dia tampal komik aku di tiap2 kelas sejarah yg dia ajar! Aku waktu tu totally speechless. -_-. OK...cikgu ni too much la pulak. Tak cukup lagi dengan tu, dia belikan aku skecthbook n pensil, dia suruh aku lukis.....(bila aku tulis ni, aku rasa nak nanges teringatkan cikgu tu, first time ada orang belikan aku sketchbook n pensil suruh aku lukis, x sangka ada org hargai minat aku n nampak minat aku..:')...). Lepas tu, dia panggil aku ke bilik guru, mulanya aku cuak, lepas tu aku terkejut rupa-rupanya cikgu2 lain siap bagi aku kertas n pensil, masing2 request lukisan dari aku. =)..hahhahaha..kelakar pun ada, tapi aku memang tak boleh lupa moment tu. Minat aku pada lukisan bleh jadi camtu sekali. TEEHEE!

Sunday, June 9, 2013

Aku sekarang dah mencecah 22 tahun...lagi beberapa hari je dah nk masuk 23. Am i an adult now? really?
Masa cepat sangat berlalu tapi macam baru semalam aku baru keluar sekolah. Memori kat sana terlalu indah untuk dilupakan.

Kali ni aku teringat pulak memori waktu aku mula2 masuk MRSM tu. Lepas UPSR, dengan result 5A, aku dihantar ke MRSM, pilihan parents aku. Padahal serious aku tak tahu apekebende MRSM tu, aku x pernah bercita2 nk masuk pun sebenarnya. Yg aku tau tu boarding school. Tu je. Hari 1st, rasa nak nangis bila mak aku hantar sampai ke bilik hostel. First time berjauhan dari keluarga, mana tak sedihnya. Rasa cam nak lari ikut parents aku balik tapi apakan daya..-_-

Roommates aku waktu tu...ehehe, Ilani..first time aku dengar nama gitu, jarang aku dengar nama Ilani ni. Tapi macam tau2 je, dia gi letak nama dia kat atas meja..dasat..mcm kat office..-_-. Tapi memang membantu sebab bila aku nk sebut je nama dia, aku terconfuse dan cepat2 aku menjeling ke arah mejanya dan..'Ilani!'..pfffftt..-_-, orangnya agak banyak mulut n peramah, berbeza ngan aku waktu tu, senyap je.. n dalam hati nak nangis. =_=

Next roommate aku nama Ainul, kecik2 je orangnyer. Nampak cam periang, asyik sengih je. Kurang sket rasa takut n cuak aku first time dok hostel bila tengok budak ni. wahahaha. N roommate yg ketiga, Karen. Dia ni sikh, 1st time tengok dia...oke tingginya kau. Baik je orangnyer, hurm biasalah hari first berkenalan walaupun aku banyak diam.

Ok, parents aku dah balik. Aku betul2 blur waktu tu, tak tau nak buat apa, waktu tu dah lebih kurang pukul 6 petang. Mesti ada program malam tu, samada pergi surau or whatever. Aku yg agak confuse, tiba2 baca kamus...-_-, ye aku baca kamus, sebenarnya aku tengok gambar2 dlm kamus tu. So nerd..-_-
Aku waktu tu rasa sngt insecure n homesick n awkward n numb n shy shy cat. Tiap saat memang rasa nk nangis je. Tapi aku cuba jugak sesuaikan diri. So, aku kena get along dengan roommates aku ni walau mcm manapun. Tu baru hari 1st, hahaha. Tu je setakat yg aku ingat. TEEHEE!

Sunday, June 2, 2013

SALAM n HI!

CINTA...
Aku rasa aku dah pernah tulis entry ni sebelum ni tapi lain sikit kot.
Apa yg korang fikir bila terbaca word tu? couple ke? haha...marriage?

Aku rasa...(sila faham, ayat aku rasa ini bermakna pendapat peribadi saya dan tidak merujuk pada mana2 teori tokoh2 cinta or memerlukan citation..-_-)

ok sambung, aku rasa cinta ni terlalu subjektif! Kenapa?

Well, cinta tu bagi aku satu perasaan senang dengan seseorang, suka, sayang, bahagia dan kadang2 sakit jugak. N biasanya perasaan ni kerap berulang2 dan tak berlaku pada satu orang sahaja pada satu2 masa sahaja.

Cinta pada Allah, tu yang paling tinggi dan perlu untuk kita refresh setiap saat. Kadang2 mulut ckp kita cinta Allah, tapi perbuatan, ntahla. Pesanan untuk diri aku jugak.

Cinta pada family..rasa bahagia n senang bersama kerabat n adik-beradik aku yg satu kepala..haha.bagi aku, itu cinta

Cinta pada sahabat-sahabat yg aku rapat n selalu care pasal aku, yg selalu buat aku lupa stress waktu buat kerja, yg selalu buat aku gelak x ingat dunia, yg selalu ajak buat kerja bodoh bila bosan, yg selalu jadi tempat lepas geram..erk..lol, n yg beri trlalu banyak memori suka duka. Bagi aku tu cinta

Cinta pada binatang ciptaan Allah, cinta pada kucing aku yg selalu buat aku tenang just tengok muka comel dia, yg selalu dengar luahan aku walaupun dia just reply meow, yg selalu temani n setia pada aku. Bagi aku, tu cinta.

Cinta pada keghairahan buat benda yg aku suka. Cinta pada seni, aku selalu tulis puisi bila sedih, emo, murung, or blur n lost..lol, selalu lukis sesuatu yg aku sendiri x faham tapi sanggup x makan walau amek masa 4 jam untuk siapkan sebab aku x sedar masa yg berlalu tu, selalu tenggelam dalam ilusi dan imaginasi aku sendiri seolah-olah aku berada di dunia ciptaan sendiri waktu aku melukis or menulis puisi. Bagi aku, tu cinta!

So, cinta bukan untuk satu orang or satu makhluk je, jangan sempit sangat. Hidup kita dikelilingi oleh banyak perkara n makhluk untuk kita terokai n sebarkan cinta. Bukan pada satu orang je. Sebarkan cinta kita utk seluruh alam.

Bagi aku, cinta tak bermaksud memiliki. Tapi cinta tu bila kita dapat pastikan org or perkara yg kita cinta tu sentiasa ok n dijaga Allah dengan sebaiknya selagi kita mampu menjaganya biarpun dari jauh. Cinta bila kita selalu senyum hanya dengan mendapat tahu yang apa yg kita cinta tu masih ada dan turut tersenyum kembali pada kita. Cinta tu bila kita selalu menitipkan semua org yg kita peduli dalam doa kita, mengharapkan kita akan bertemu dengan mereka kembali di akhirat nanti untuk kita terus bercinta. =D

Saturday, May 18, 2013

Dalam hidup aku, aku tak suka cari musuh or cari gaduh ngan siapa-siapa
Tak bermakna semua tu

Tapi tak sangka aku kena lalui jugak pengalaman bergaduh ngan seseorang tu. Penat n x best

N aku rasa aku ni jenis yang mudah memaafkan tapi sangat susah lupa apa yg org tu buat pada aku. So, kadang2 kalau kita x boleh elak org tu, hati kita tetap rasa sakit kan

Memandangkan kita semua dah besar dan matang, so aku belajar utk memaafkan dan melupakan. So, aku x nak bermusuh. Bila aku jumpa or contact orang tu, aku cuba untuk layan dia macam dia x pernah buat salah kat aku. Sayangnya dia masih suka untuk mencetuskan perang dingin ngan aku.

N aku ada banyak benda nak cakap kepada my dear enemy-like old friend. Sebenarnya dan sejujur-jujurnya aku sentiasa cuba untuk lupakan apa yg pernah ko buat. Dan ko bukanlah malaikat yg x pernah buat jahat kan, sama jugak aku. Aku sebenarnya x pernah kisah apa yg jadi dalam hidup ko lepas ni. Ko berjaya, then baguslah, ko gagal, karmalah. Ko mati, nasiblah. Aku x kisah. Aku x rasa apa2. Tapi sebagai manusia, aku panas jugak  tiba2 ko nak tegur apa yg aku buat. Sorry? Its got nothing to do with u? Who am I to u? Ur gf? Ur sista? apa aku nak buat itu hak aku. Aku x buat benda bukan2 pun, ko nak kecoh2. Atau ko sebenarnya masih care pasal aku? Sebab semua benda aku buat ko rajin ambil kisah kan. Kenapa ko x berani cakap direct pada aku terus? Kenapa ko asyik larikan diri dari aku? Takut ke? Ko cakap ko x nak benci aku lagi. Tapi situasi menunjukkan ko x leh bendung rasa benci tu kat aku. Tak takut rasa benci tu makan diri kau ke? Sebenarnya aku x kisah ko nak benci aku, tapi cakap la siap2. X yah nak bajet cool cakap yg ko x benci aku n neutral dengan aku. So, act neutral la, x perlu act macam obvious sangat kebenciannya. I know u, even u changed a lot, there still few things inside u that not change.


Lagi satu, ko tau tak ko sangat kelakar. Nak tahu kenapa. Ko takut dengan perasaan ko sendiri, bayang2 ko sendiri. It's so obvious la. Ko luahkan apa yg ko rasa kat aku, luahkan kebencian ko kat aku, pastu ko tarik balik. X cukup keyakinan nk cakpa ke? Kenapa ko suka wat camtu ye. Ko tak rasa diri ko kelakar ke? Kalau aku mcm tu, aku malu weh. Kenapalah semua yang aku buat dalam hidup aku, ko nk rasa x puas hati. At least aku boleh rasa berlapang dada dengan semua yg berlaku tapi ko xleh pulak. Then lagi satu, ko suka tipu diri sendiri betul. Go get a life la. N ko suka judge ikut suka kepala otak ko pasal aku. Dah kenapa? Apa yg fikir tu x pernah betul pasal aku. So, jangan memandai. Ko tak kenal aku sepenuhnya so jgn menduga2 apa yg aku rasa. Aku tau ko ingat aku masih terhegeh2 nak berbaik ngn ko sebab ko ingat ko tu penting sngt. Sebenarnya aku buat mcm tu bukan sebab takut kehilangan ko, tapi sebab  nak jaga maruah aku sendiri. Tuhan pun x suka manusia mencari gaduh kan. So, aku buang ego n minta maaf walaupun aku x bersalah pada ko. Ye, dulu aku fikir aku yg bersalah. Tapi sekarang aku sedar ko yg bersalah. Aku x bersalah langsung pada ko. Sikit pun. Aku tau apa yg aku buat. Ko nk cakap aku sombong dengan statement ni? ko lagi bongkak nk bandingkan ngn aku. N kalau ko nak berlagak kejam ngan aku, hentikan. Jadilah diri sendiri. Aku tulis ni kat sini n x cakap kat ko direct sebab aku dah ahu jawapannya. Ko jenis x kan dengar punyer. So kalau ko terbaca, ur luck la. Bagus la.

Aku memang emo dengan makhluk bernama ko ni. Sebagaimana ko diskriminasikan aku, begitu jugalah aku prejudis dengan ko. Gud luck in life n please please please go get a life. U're totally lost right now. I can see it. But if u're gonna fall down, im just able to stare, not helping. Even if my heart still care, I'll help u through other's hands, not mine. And at least i admit to u that I hate u to death. dan kau? terus menipu diri sendiri. Gud luck with that! =)

Wednesday, April 10, 2013

Semoga satu hari nanti
Aku mampu luahkan rasa
Rahsia ini terlalu berat untukku

Semoga satu hari nanti
Aku bisa bebaskan diriku

Satu hari nanti
Penderitaan ini akan berakhir

Atau

Penyudahnya berubah menjadi sadis

Saturday, April 6, 2013

Kegelapan yang menyelimuti jiwa
Lama bersarang membunuh rasa
Menyesakkan dada meracun minda
Kebencian dan dendam masih setia

Aku menjerit kepada takdir
Cuba memadam satu sejarah
Hatiku sarat menyimpan perit
Lama ia memendam sakit
Darah yang tidak lagi merah
Kini hitam pekat dan pahit
Mengalir bersama sengsara
Menyelusuri sebuah peristiwa

Aku melihat tanpa warna
Aku berbicara tanpa suara
Hilang minatku pada semua
Aku prejudis pada manusia
Biarkan aku bersendirian
Membataskan perhubungan

Kerna itu tembok ini harus kubina
Membentengi jiwa yang membarah
Biar ia sembuh dari berdarah
 

Copyright 2010 Monolog Seorang Aku.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.