Thursday, July 25, 2013

Staring still to the space
The glowing stars almost gone
lost beneath my darkest vision
For the first time in my worn out life, I feel lonely
Where is the cold heart me
Where is the immortal me
Where is the numb me
Where is the hopeless me
Why this one and only heart
start to warm up and taste the sorrow
Alone is my thing
then why you become my encounter
I'm just wanna be alone again
without feeling lonely

Wednesday, July 24, 2013

Monday, July 1, 2013

Aku dah berusia 23 tahun

Sebagai seorang perempuan, memang umur aku dah seswai untuk kawen

Tapi...

Hmmm, kenapa aku still rasa x bersedia?

Kenapa tiap kali aku memikirkan berkenaan perkahwinan seolah-olah aku memikirkan satu perkara yg x pasti. Aku pengecut? Aku takut untuk menggalas tanggungjawab n komited dalam satu hubungan? Ntah

Membayangkan diri aku berada di posisi seorang wanita yg bergelar isteri satu hari nanti seolah-olah membayangkan sesuatu perkara yg x mungkin or x mampu aku lakukan.

Membayangkan diri aku berada di posisi itu, menempuh alam perkahwinan ibarat membayangkan satu fiksi yg x akan pernah menjadi realiti. Tak mungkin berlaku. Aku? Aku berkahwin? Gila!

Saturday, June 29, 2013

.
..
...
....
Kadang-kadang aku tak tahu apa yg aku nak sebenarnya
Kadang-kadang aku selalu merasakan diri aku buat sesuatu yg x perlu
Kadang-kadang aku merasakan kewujudanku dibenci semua
Kadang-kadang aku merasakan tiada manusia yg peduli aku siapa
Tiada siapa pun peduli apa ceritaku, apa yg aku lalui, apa penderitaanku, apa sebenarnya aku
Dunia tak perlu tahu.

Tapi aku selalu merasakan kewujudanku adalah sesuatu yg tak perlu, dalam hidup sesiapapun.
Aku x punya walau satu kualiti sebagai manusia yg mampu membahagiakan manusia lain.
Aku cuma layak hidup sendirian, mati sendirian
Itu sesuai untuk aku, aku dah lama mati, jauh di sudut paling dalam, dalam diri aku.

Aku benci diriku.
Aku tau kadang-kadang aku seakan berputus asa, tapi aku masih mencuba mencari sesuatu yg boleh membuat aku menghargai diriku sendiri.


Thursday, June 27, 2013

SALAM

Mimpi apa semalam?

Saja je nak bermonolog lagi malam ni, dah la dok sorang2, housemates sumer enjoy cuti. Untungla

Aku pulak terflash back mimpi yg aku xleh lupa.
Nak tau mimpi apa? mimpi tu berlaku waktu aku still darjah satu or waktu sekolah rendah. Mimpi-mimpi waktu tu terlalu dramatik n best sampai aku bleh ingat berbanding mimpi-mimpi yg sekarang. Mungkin hipotesisnya semakin berusia seseorang, makin x best mimpi dia. Ek?

Well, back to mimpi.
Mimpi tu still bagi aku goosebumps even sekarang bila aku ingat balik. The memory of that dream really give me a sad feeling n loneliness. Mungkin mimpi tu ada maksud tersirat untuk aku di waktu tu, cuma waktu tu aku x dapat nak menafsir tapi sekarang aku dah faham.

Aku bermimpi yang satu petang yg macam mendung2 gitu, aku n abah n mama nak pergi ke rumah org tua ni. Tapi rumah dia kat tepi tebing sungai. Tak tau macam mana abah, mama, n aku meniti titi kecik untuk ke rumah dia. So, aku ikut kat belakang sekali. Abah n mama lompat ke tebing sungai, pastu bila aku nak lompat je, aku terjatuh dalam sungai. Sungai tu dalam. Aku cuba nk naik ke permukaan tapi xleh, aku cuba jerit pun xleh. Tangan aku tergapai-gapai harap mama n abah tarik aku, tapi diorang jalan terus panjat tebing x pedulikan aku. Seolah-olah diorang lupa aku ikut sebenarnya. Aku makin lemah n aku biarkan diri aku hanyut. Aku hilang keinginan untuk cuba berenang ke permukaan, aku putus asa untuk berjuang demi nyawa, aku biarkan arus sungai tu hanyutkan aku jauh n makin jauh dari abah n mama. Dan, perasaan aku waktu lemas tu bukan takut mati, tapi sedih sebab tak ada org tarik aku or gapai tangan aku. So, aku rasa baik aku biarkan je diri aku lemas. N waktu aku hanyut tu, aku still boleh nampak mama n abah dari jauh, dorang jalan tanpa toleh belakang sikit pun, n pandanganku makin kabur.



Tulah mimpinyer, macam ada sesuatu. Aku xleh lupa sampai sekarang. Mimpi tu macam dah lekat permanent dalam memori aku.

Tuesday, June 25, 2013

Saturday, June 22, 2013

Homesick

Perkataan famous ntk budak2 asrama
Hatta sekarang pun kadang2 aku still rasa homesick dok kat rumah sewa ni..pffft.

Adat la homesick, waktu tu aku baru 13 tahun. Selama ni x pernah berjauhan dari family, tiba-tiba kena campak ke asrama suruh dok ngan kawan-kawan yang x berapa nak besar.

Rasanya lama jugak aku homesick. Rasa cam x mampu nak teruskan hidup kat situ. Bila aku makan, automatic teringat makanan kat rumah masakan ibu, sebak dada ni menahan nangis. Kunyah nasi punya la seksa, sebak punya pasal. Pffft!!
Pastu, bila gi mandi, atmosphere dalam bilik mandi tu tiba-tiba membawa mood homesickku kembali. Dengan tak semena-mena muncul muzik latar dalam kepalaku, n aku pun melayan homesick. Nangis bajet cam dalam filem sedih cter hindustan, sambil air dari shower turun bersama air mata. =_=
Keluar keluar je, mata merah. pui!
Bila nak tidur pulak, siap flashback lagi kenangan-kenangan indah bersama family. Boleh pulak cam slow motion flashback tu. Wahaha, pastu nangis lagi sampai basah bantal tu. Tu la penangan homesick.

Seusai orientasi berikutnya, lol. Aku cepat-cepat cop public phone. Kitorang budak asrama mana boleh bawak hp. Lagipun waktu tu hp x berapa popular lagi di kalangan remaja..wahaha. Aku punya la simpan duit syiling pemberian ibuku. Berdebar aku call family kat rumah. Lepas puas melepaskan rindu kat abah n mama, hatiku berbunga campur sayu. Still homesick. Pastu aku bagi peluang kat budak-budak lain yg beratur belakang aku untuk melepaskan rasa homesick mereka juga. 

Tak lama lepas tu, aku dah makin boleh get along dengan roommates aku. Aku perasan yg si Ilani ni jenis banyak cakap budaknyer n ada gaya kepimpinan gitu. :3, aku pulak waktu tu tetibe teringat sajak waktu kem UPSR dulu, sajak untuk kasi motivasi n semangat kat budak-budak yg nak jawab UPSR. Aku memang ingat sajak tu waktu tu, terus gi tulis atas kertas, n aku ceritakan kat Ilani semua ritual n protokol kitorang waktu kem UPSR tu. Tiba-tiba, Ilani naik semangat untuk buat balik acara tersebut walaupun kitorang semua dah dapat 5A UPSR..=_=

Malam tu, gang roommates aku menjemput semua penghuni floor asrama tu yakni student form 1 MRSM Lenggong, untuk ke bilik kitorang. Penuh semua kat situ, penuh katil aku jadi tempat duduk, selagi ada space, selagi tu diorang duduk. Pastu....tup! Lampu bilik ditutup, and dengan poyonya keluar lagu nasyid nyanyian kumpulan "aiman" x silap aku..(ntah aku x ingat tapi ni kumpulan budak2 lagi)..

-Ibu~~~ mengalir air mataku~~~terbayang...wajahmu yang redup sayu~~

haaa..lagu tu lah, mesti pernah dengar kan. =_=..sedih kan lagu tu
Pastu si Ilani dengan lantang n emonya n penuh penghayatannya melantunkan sajak---

"Tanggal 1990 aku lahir ke dunia!!
Ayahku ..bla bla bla

aku dah x ingat tapi sajak tu macam nak sedarkan anak-anak yg betapa besar pengorbanan ibu bapa kita besarkan kita, n menjadi tanggungjawab kita ntok buat yg terbaik jugak..

Semua dalam bilik tu senyap je, Ilani je bersuara sorang-sorang melantunkan sajak beliau sambil diiringi lagu sayu bertajuk "ibu". Lepas habis je, aku gi bukak lampu bilik. Peerrrrghhhh!! Masing-masing muka merah n mata berair...menangis tersedu-sedan. Memang menjadi la event kitorang malam tu. Ada yg siap peluk-peluk lagi. Menangis giler-giler la. Aku tak tau knape waktu tu aku gi sengih. =_=

Tiba-tiba macam citer one litre of tears waktu babak budak2 kelas Aya berlari-lari kejar Aya yg nak pindah sekolah, semua budak-budak ni berlari turun dari hostel meluru ke public phone. Dramatik sungguh! errrrr...=_= (aku rasa bersalah btol bila fikir balik sekarang). Semua call family sambil nangis2. Mesti parents diorang fikir kenapa la anak aku elok-elok dok hostel nangis2 plak ni. Ada event motivasi apa plak la ni. 

And tak memasal aku mewujudkan n mencambahlan perasaan homesick pada mereka-mereka jua. Kesian. Tapi tu bukan niat asal aku n Ilani la. Sebenarnya aku sendiri pun x tau knape aku wat gitu. Bosan kot. Tapi yg pasti bukan untuk UPSR. 
 

Copyright 2010 Monolog Seorang Aku.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.