Sunday, June 2, 2013

SALAM n HI!

CINTA...
Aku rasa aku dah pernah tulis entry ni sebelum ni tapi lain sikit kot.
Apa yg korang fikir bila terbaca word tu? couple ke? haha...marriage?

Aku rasa...(sila faham, ayat aku rasa ini bermakna pendapat peribadi saya dan tidak merujuk pada mana2 teori tokoh2 cinta or memerlukan citation..-_-)

ok sambung, aku rasa cinta ni terlalu subjektif! Kenapa?

Well, cinta tu bagi aku satu perasaan senang dengan seseorang, suka, sayang, bahagia dan kadang2 sakit jugak. N biasanya perasaan ni kerap berulang2 dan tak berlaku pada satu orang sahaja pada satu2 masa sahaja.

Cinta pada Allah, tu yang paling tinggi dan perlu untuk kita refresh setiap saat. Kadang2 mulut ckp kita cinta Allah, tapi perbuatan, ntahla. Pesanan untuk diri aku jugak.

Cinta pada family..rasa bahagia n senang bersama kerabat n adik-beradik aku yg satu kepala..haha.bagi aku, itu cinta

Cinta pada sahabat-sahabat yg aku rapat n selalu care pasal aku, yg selalu buat aku lupa stress waktu buat kerja, yg selalu buat aku gelak x ingat dunia, yg selalu ajak buat kerja bodoh bila bosan, yg selalu jadi tempat lepas geram..erk..lol, n yg beri trlalu banyak memori suka duka. Bagi aku tu cinta

Cinta pada binatang ciptaan Allah, cinta pada kucing aku yg selalu buat aku tenang just tengok muka comel dia, yg selalu dengar luahan aku walaupun dia just reply meow, yg selalu temani n setia pada aku. Bagi aku, tu cinta.

Cinta pada keghairahan buat benda yg aku suka. Cinta pada seni, aku selalu tulis puisi bila sedih, emo, murung, or blur n lost..lol, selalu lukis sesuatu yg aku sendiri x faham tapi sanggup x makan walau amek masa 4 jam untuk siapkan sebab aku x sedar masa yg berlalu tu, selalu tenggelam dalam ilusi dan imaginasi aku sendiri seolah-olah aku berada di dunia ciptaan sendiri waktu aku melukis or menulis puisi. Bagi aku, tu cinta!

So, cinta bukan untuk satu orang or satu makhluk je, jangan sempit sangat. Hidup kita dikelilingi oleh banyak perkara n makhluk untuk kita terokai n sebarkan cinta. Bukan pada satu orang je. Sebarkan cinta kita utk seluruh alam.

Bagi aku, cinta tak bermaksud memiliki. Tapi cinta tu bila kita dapat pastikan org or perkara yg kita cinta tu sentiasa ok n dijaga Allah dengan sebaiknya selagi kita mampu menjaganya biarpun dari jauh. Cinta bila kita selalu senyum hanya dengan mendapat tahu yang apa yg kita cinta tu masih ada dan turut tersenyum kembali pada kita. Cinta tu bila kita selalu menitipkan semua org yg kita peduli dalam doa kita, mengharapkan kita akan bertemu dengan mereka kembali di akhirat nanti untuk kita terus bercinta. =D

Saturday, May 18, 2013

Dalam hidup aku, aku tak suka cari musuh or cari gaduh ngan siapa-siapa
Tak bermakna semua tu

Tapi tak sangka aku kena lalui jugak pengalaman bergaduh ngan seseorang tu. Penat n x best

N aku rasa aku ni jenis yang mudah memaafkan tapi sangat susah lupa apa yg org tu buat pada aku. So, kadang2 kalau kita x boleh elak org tu, hati kita tetap rasa sakit kan

Memandangkan kita semua dah besar dan matang, so aku belajar utk memaafkan dan melupakan. So, aku x nak bermusuh. Bila aku jumpa or contact orang tu, aku cuba untuk layan dia macam dia x pernah buat salah kat aku. Sayangnya dia masih suka untuk mencetuskan perang dingin ngan aku.

N aku ada banyak benda nak cakap kepada my dear enemy-like old friend. Sebenarnya dan sejujur-jujurnya aku sentiasa cuba untuk lupakan apa yg pernah ko buat. Dan ko bukanlah malaikat yg x pernah buat jahat kan, sama jugak aku. Aku sebenarnya x pernah kisah apa yg jadi dalam hidup ko lepas ni. Ko berjaya, then baguslah, ko gagal, karmalah. Ko mati, nasiblah. Aku x kisah. Aku x rasa apa2. Tapi sebagai manusia, aku panas jugak  tiba2 ko nak tegur apa yg aku buat. Sorry? Its got nothing to do with u? Who am I to u? Ur gf? Ur sista? apa aku nak buat itu hak aku. Aku x buat benda bukan2 pun, ko nak kecoh2. Atau ko sebenarnya masih care pasal aku? Sebab semua benda aku buat ko rajin ambil kisah kan. Kenapa ko x berani cakap direct pada aku terus? Kenapa ko asyik larikan diri dari aku? Takut ke? Ko cakap ko x nak benci aku lagi. Tapi situasi menunjukkan ko x leh bendung rasa benci tu kat aku. Tak takut rasa benci tu makan diri kau ke? Sebenarnya aku x kisah ko nak benci aku, tapi cakap la siap2. X yah nak bajet cool cakap yg ko x benci aku n neutral dengan aku. So, act neutral la, x perlu act macam obvious sangat kebenciannya. I know u, even u changed a lot, there still few things inside u that not change.


Lagi satu, ko tau tak ko sangat kelakar. Nak tahu kenapa. Ko takut dengan perasaan ko sendiri, bayang2 ko sendiri. It's so obvious la. Ko luahkan apa yg ko rasa kat aku, luahkan kebencian ko kat aku, pastu ko tarik balik. X cukup keyakinan nk cakpa ke? Kenapa ko suka wat camtu ye. Ko tak rasa diri ko kelakar ke? Kalau aku mcm tu, aku malu weh. Kenapalah semua yang aku buat dalam hidup aku, ko nk rasa x puas hati. At least aku boleh rasa berlapang dada dengan semua yg berlaku tapi ko xleh pulak. Then lagi satu, ko suka tipu diri sendiri betul. Go get a life la. N ko suka judge ikut suka kepala otak ko pasal aku. Dah kenapa? Apa yg fikir tu x pernah betul pasal aku. So, jangan memandai. Ko tak kenal aku sepenuhnya so jgn menduga2 apa yg aku rasa. Aku tau ko ingat aku masih terhegeh2 nak berbaik ngn ko sebab ko ingat ko tu penting sngt. Sebenarnya aku buat mcm tu bukan sebab takut kehilangan ko, tapi sebab  nak jaga maruah aku sendiri. Tuhan pun x suka manusia mencari gaduh kan. So, aku buang ego n minta maaf walaupun aku x bersalah pada ko. Ye, dulu aku fikir aku yg bersalah. Tapi sekarang aku sedar ko yg bersalah. Aku x bersalah langsung pada ko. Sikit pun. Aku tau apa yg aku buat. Ko nk cakap aku sombong dengan statement ni? ko lagi bongkak nk bandingkan ngn aku. N kalau ko nak berlagak kejam ngan aku, hentikan. Jadilah diri sendiri. Aku tulis ni kat sini n x cakap kat ko direct sebab aku dah ahu jawapannya. Ko jenis x kan dengar punyer. So kalau ko terbaca, ur luck la. Bagus la.

Aku memang emo dengan makhluk bernama ko ni. Sebagaimana ko diskriminasikan aku, begitu jugalah aku prejudis dengan ko. Gud luck in life n please please please go get a life. U're totally lost right now. I can see it. But if u're gonna fall down, im just able to stare, not helping. Even if my heart still care, I'll help u through other's hands, not mine. And at least i admit to u that I hate u to death. dan kau? terus menipu diri sendiri. Gud luck with that! =)

Wednesday, April 10, 2013

Semoga satu hari nanti
Aku mampu luahkan rasa
Rahsia ini terlalu berat untukku

Semoga satu hari nanti
Aku bisa bebaskan diriku

Satu hari nanti
Penderitaan ini akan berakhir

Atau

Penyudahnya berubah menjadi sadis

Saturday, April 6, 2013

Kegelapan yang menyelimuti jiwa
Lama bersarang membunuh rasa
Menyesakkan dada meracun minda
Kebencian dan dendam masih setia

Aku menjerit kepada takdir
Cuba memadam satu sejarah
Hatiku sarat menyimpan perit
Lama ia memendam sakit
Darah yang tidak lagi merah
Kini hitam pekat dan pahit
Mengalir bersama sengsara
Menyelusuri sebuah peristiwa

Aku melihat tanpa warna
Aku berbicara tanpa suara
Hilang minatku pada semua
Aku prejudis pada manusia
Biarkan aku bersendirian
Membataskan perhubungan

Kerna itu tembok ini harus kubina
Membentengi jiwa yang membarah
Biar ia sembuh dari berdarah

Wednesday, March 13, 2013

Aneh
Aku hitam dalam putih
Aku jingga dalam biru
Aku duduk dalam bangun
Aku tidur dalam jaga
Aku aneh dalam biasa!

Aneh
Aku jauh walau dekat
Aku berlari walau penat
Aku diam walau hingar
Aku bodoh walau berakal!

Anehnya jiwa ini
Sentiasa berbeza, sentiasa keliru
Sesat berkelana antara ilusi dan fiksi
Mencipta imaginasi, menghapus realiti

Akulah sang aneh
Sentiasa bermimpi mencari ilusi
Nyata seakan angan-angan
Aku berlari dan mengejar
Menggapai kabus
Rebah ke bumi

Dan jiwa ini
Sering hilang dari dunia
Dunia kamu, dunia mereka, dunia ciptaan
Aku masih aneh dalam kebangkitan
Aku si aneh berbanding kamu
Aku pergi dulu, jangan ganggu


Monday, February 18, 2013

 
Malam ini
Aku hilang dalam fikiranku
Aku seakan perintih
Mengenang yang silam
Membaca yang datang

Malam ini
Dunia seakan berhenti
Detik seakan kaku
Aku bingung dengan diriku
Apakah aku masih wujud

Malam ini
Sunyi seakan berbisik
Tentang suatu tempoh
Masa yang masih tersisa
Apakah aku masih punya

Malam ini
Kurasakan sepi
Kurasakan takut
Kurasakan sesal
Kurasakan kosong

Malam ini
Aku mahu pergi
Tenggelam dalam ilusi
Hilang dari dunia


Saturday, February 16, 2013

I wanna be free
Splashing the colors into the rainbow
Holding the brush drawing the paint
Seeing the world through the frame

I wanna be free
Moving my fingers on the keys
Playing some songs of melody
Dancing to the rhythms of memories

I wanna be free
Capturing the sound of birds
Grabbing the beauty of nature
Lying down on the ground silently

I just wanna be free
Become me, like I used to be
With the gift from Him
Not a man-made me
The passionate that fading away
Still it's breathing
Somewhere in my heartbeats
 

Copyright 2010 Monolog Seorang Aku.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.