Thursday, July 25, 2013

Berabad lamanya
Aku berperang pada satu jasad
Jasad si pemilik dua jiwa
Kewarasan telah lama hilang
Aku terlalu jauh dari norma
Lebih kelam dari hitam
Lebih gelap dari malam
Perlawanan ini masih tak ketemu noktahnya
Aku hanya menanti penamatnya
Aku ukir nisan putih dengan namaku
Sampai waktunya jasad ini dimamah bumi
Dan peperangan kita berakhir di sini




I love to be like a stone
Coz stone shall stand still
I love to be numb
Coz numb make me gain no hurt
I love to be bad
Coz bad girl never get the sympathy 
I love to be stupid
Coz stupid one may get more wisdoms
I love to be scold at
Coz this may trigger my heart
I love to be hated
Coz this make me remain below
I love to chose hatred over love
Coz love always lead to hatred
I love to disappear
Coz my existence already gone
I love to be dead
Coz then my life shall begin again
Staring still to the space
The glowing stars almost gone
lost beneath my darkest vision
For the first time in my worn out life, I feel lonely
Where is the cold heart me
Where is the immortal me
Where is the numb me
Where is the hopeless me
Why this one and only heart
start to warm up and taste the sorrow
Alone is my thing
then why you become my encounter
I'm just wanna be alone again
without feeling lonely

Wednesday, July 24, 2013

Monday, July 1, 2013

Aku dah berusia 23 tahun

Sebagai seorang perempuan, memang umur aku dah seswai untuk kawen

Tapi...

Hmmm, kenapa aku still rasa x bersedia?

Kenapa tiap kali aku memikirkan berkenaan perkahwinan seolah-olah aku memikirkan satu perkara yg x pasti. Aku pengecut? Aku takut untuk menggalas tanggungjawab n komited dalam satu hubungan? Ntah

Membayangkan diri aku berada di posisi seorang wanita yg bergelar isteri satu hari nanti seolah-olah membayangkan sesuatu perkara yg x mungkin or x mampu aku lakukan.

Membayangkan diri aku berada di posisi itu, menempuh alam perkahwinan ibarat membayangkan satu fiksi yg x akan pernah menjadi realiti. Tak mungkin berlaku. Aku? Aku berkahwin? Gila!

Saturday, June 29, 2013

.
..
...
....
Kadang-kadang aku tak tahu apa yg aku nak sebenarnya
Kadang-kadang aku selalu merasakan diri aku buat sesuatu yg x perlu
Kadang-kadang aku merasakan kewujudanku dibenci semua
Kadang-kadang aku merasakan tiada manusia yg peduli aku siapa
Tiada siapa pun peduli apa ceritaku, apa yg aku lalui, apa penderitaanku, apa sebenarnya aku
Dunia tak perlu tahu.

Tapi aku selalu merasakan kewujudanku adalah sesuatu yg tak perlu, dalam hidup sesiapapun.
Aku x punya walau satu kualiti sebagai manusia yg mampu membahagiakan manusia lain.
Aku cuma layak hidup sendirian, mati sendirian
Itu sesuai untuk aku, aku dah lama mati, jauh di sudut paling dalam, dalam diri aku.

Aku benci diriku.
Aku tau kadang-kadang aku seakan berputus asa, tapi aku masih mencuba mencari sesuatu yg boleh membuat aku menghargai diriku sendiri.


Thursday, June 27, 2013

SALAM

Mimpi apa semalam?

Saja je nak bermonolog lagi malam ni, dah la dok sorang2, housemates sumer enjoy cuti. Untungla

Aku pulak terflash back mimpi yg aku xleh lupa.
Nak tau mimpi apa? mimpi tu berlaku waktu aku still darjah satu or waktu sekolah rendah. Mimpi-mimpi waktu tu terlalu dramatik n best sampai aku bleh ingat berbanding mimpi-mimpi yg sekarang. Mungkin hipotesisnya semakin berusia seseorang, makin x best mimpi dia. Ek?

Well, back to mimpi.
Mimpi tu still bagi aku goosebumps even sekarang bila aku ingat balik. The memory of that dream really give me a sad feeling n loneliness. Mungkin mimpi tu ada maksud tersirat untuk aku di waktu tu, cuma waktu tu aku x dapat nak menafsir tapi sekarang aku dah faham.

Aku bermimpi yang satu petang yg macam mendung2 gitu, aku n abah n mama nak pergi ke rumah org tua ni. Tapi rumah dia kat tepi tebing sungai. Tak tau macam mana abah, mama, n aku meniti titi kecik untuk ke rumah dia. So, aku ikut kat belakang sekali. Abah n mama lompat ke tebing sungai, pastu bila aku nak lompat je, aku terjatuh dalam sungai. Sungai tu dalam. Aku cuba nk naik ke permukaan tapi xleh, aku cuba jerit pun xleh. Tangan aku tergapai-gapai harap mama n abah tarik aku, tapi diorang jalan terus panjat tebing x pedulikan aku. Seolah-olah diorang lupa aku ikut sebenarnya. Aku makin lemah n aku biarkan diri aku hanyut. Aku hilang keinginan untuk cuba berenang ke permukaan, aku putus asa untuk berjuang demi nyawa, aku biarkan arus sungai tu hanyutkan aku jauh n makin jauh dari abah n mama. Dan, perasaan aku waktu lemas tu bukan takut mati, tapi sedih sebab tak ada org tarik aku or gapai tangan aku. So, aku rasa baik aku biarkan je diri aku lemas. N waktu aku hanyut tu, aku still boleh nampak mama n abah dari jauh, dorang jalan tanpa toleh belakang sikit pun, n pandanganku makin kabur.



Tulah mimpinyer, macam ada sesuatu. Aku xleh lupa sampai sekarang. Mimpi tu macam dah lekat permanent dalam memori aku.
 

Copyright 2010 Monolog Seorang Aku.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.