Aneh
Aku hitam dalam putih
Aku jingga dalam biru
Aku duduk dalam bangun
Aku tidur dalam jaga
Aku aneh dalam biasa!
Aneh
Aku jauh walau dekat
Aku berlari walau penat
Aku diam walau hingar
Aku bodoh walau berakal!
Anehnya jiwa ini
Sentiasa berbeza, sentiasa keliru
Sesat berkelana antara ilusi dan fiksi
Mencipta imaginasi, menghapus realiti
Akulah sang aneh
Sentiasa bermimpi mencari ilusi
Nyata seakan angan-angan
Aku berlari dan mengejar
Menggapai kabus
Rebah ke bumi
Dan jiwa ini
Sering hilang dari dunia
Dunia kamu, dunia mereka, dunia ciptaan
Aku masih aneh dalam kebangkitan
Aku si aneh berbanding kamu
Aku pergi dulu, jangan ganggu
Why I English
1 month ago