Wednesday, December 23, 2015

Aku memangnya sendiri
Selalu sendirian
Kerana aku tahu
Tak ada yang mampu
menyelusuri badai bersamaku
Kau tak pernah faham
Sakitnya menjadi aku
Jadi biarkan saja aku
Memeluk tubuhku sendiri
Merangkul erat sebuah keperitan
Mendongak menerima penyeksaan
Tersenyum pada hujan hitam
yang titisnya begitu tajam
Melukakan luka yang sudah ternganga
Membasuh merah dengan kepekatan hitam
Bukankah indah
Aku lihat awan lagi
Hatiku seolah melompat girang
Aku lihat awan tersenyum
Selalu awan tersenyum
Tidak pernah awan berduka
Kecuali saat mendung
Deras tangisannya
Tapi begitulah awan
Meski di saat dia bersedih
Tetap ia menabur budi
Bunga pun berkembanglah
Pelangi pun berserilah
Cantik menghias bumi
Subur dari air mata awan

Friday, December 18, 2015


Kebencian itu lahir kerana
kau terlalu menyayangi
Diam
Senyap
Tolong senyap
Aku mahu damai
Aku lemas dalam ramai
Aku sakit dalam riuh
Aku mahu dunia senyap
Sampai aku perit kesunyian
Baru kau berbunyi
Selama hidup aku
Tak pernah aku kenali siapa aku sebenarnya
Aku tidak pernah wujud lengkap
Aku wujudnya hanya separuh-separuh
Dalam apa jua keadaan
Aku separuh.
Aku suka pada alam
Alam, bukan dunia
Dunia ini jijik
Tapi alam itu indah

Terkadang aku rasa seolah aku terbang
Menyatu bersama alam
Senyap diam menghanyutkan

Bila lihat ombak
Bila dengar ombak
Seolah aku dipanggil-panggil
Seolah diseru-seru

Kalau ikutkan hati,
Mahu saja aku menatap ombak
Siang malam menatap ombak
Diam kaku menghadap ombak
Hanya ombak
Dan bayu.

Wednesday, October 21, 2015

Friday, October 9, 2015

If we strong enough to let it in
we are strong enough to let it go

sometimes, some things are better be in that situation without needed to be bring back to it's previous state.

Let it all go

then fly free like a bird in the sky~~

like birdy

Monday, September 28, 2015

Assalamualaikum

Aku belajar yg bukan semua org kita bleh percaya

Aku belajar yg bahaya tu ada di mana2

Aku belajar yg lidah itu sangat tajam

Aku belajar yg bukan semua org akan kekal dalam hidup kita begitu juga dalam hati kita

Aku belajar yg respect must be earned, it's not sth that u simply get because you are older than others

Aku belajar yg duit, punca kau kehilangan kasih syg dan respect

Aku belajar cinta hakiki itu milik Tuhan

Aku belajar yg setiap pertemuan membawa pada perpisahan

Aku belajar yg manusia tiada yg sempurna

Aku belajar yg mengharap dan bergantung pada manusia itu terlalu rapuh pergantungannya, bergantunglah pada Tuhan

Aku belajar yg kasih syg x mampu dibeli

Aku belajar yg 'home' itu bukanlah bermaksud kau duduk di rumah kau, tapi ianya bila kau merasakan nyaman, dihargai, diterima dan rasa dialukan kepelanganmu di tempat itu walaupun tempat itu hanyalah pondok usang

Aku belajar tiada kebaikan dalam membenci org lain, yg kau dapat hanyalah kesakitan

Aku belajar tiada kebaikan dalam menyimpan dendam, kau hanya menyiksa hatimu sendiri

Aku belajar yg terlalu menyayangi dan terlalu baik kadang2 memudaratkan diri sendiri

Aku belajar diam itu lebih baik ketika marah kerana lidah kita saat itu mampu lukakan sesiapa saja

Aku belajar yg x semua org boleh bertoleransi dan menerima perbezaan

Aku belajar yg kdg2 kita terpaksa akur pada prinsip org lain tanpa dia mendengar pendapat kita hanya kerana mereka lebih tua.

Aku belajar yg keadilan di muka bumi ini, tak pernah wujud, hanya Tuhan yg Maha Adil

Aku belajar yg menjadi positif itu yg aku perlu untuk terus hidup

Aku belajar yg bukan semua org maksudkan apa yg mereka ucapkan

Aku belajar yg manusia yg jiwanya dan hatinya bersih masih wujud

Aku belajar yg manusia yg jiwanya dan hatinya busuk juga wujud

Aku belajar yg kita x pernah sempurna di mata manusia lain dan kita x kan mampu untuk puaskan hati setiap org.

Aku belajar yg menjadi diri sendiri itu kadang2 sukar

Aku belajar yg walaupun kita berniat baik, org tetap akan salah sangka

Aku belajar yg ada manusia yg mencari kesalahan org lain tapi buta pada kesalahan dirinya

Aku belajar yg ada manusia yg tidak boleh menerima teguran dan tidak mahu tau akan kebenaran kerana kebenaran itu pahit

Aku belajar yg ada manusia yg di depannya mulia di belakangnya perosak

Aku belajar yg walaupun kita diam, tetap ada yg membenci

Aku belajar untuk mengasihi mereka yg membenci

Aku belajar untuk mendoakan org yg benci kita

Aku belajar untuk redha pada takdir dan yakin akan ketentuan Allah bahawa itu terbaik untukku

Aku belajar yg kadang2 apa yg kita suka, itu buruk untuk kita dan apa yg kita benci, itulah terbaik utk kita

Aku belajar yg apa yg Tuhan aturkan untuk kita, biarkan sesakit mana, biarpun terlalu perit, tapi pasti akhirnya ada bahagia

Aku belajar yg pembalasan yg terbaik utk musuhmu adalah kemaafan

Aku belajar yg kawan boleh jadi lawan, lawan boleh jadi kawan

Aku belajar yg sahabat itu dtg dan pergi

Aku belajar yg persahabatan itu membahagiakan tapi susah dicari

Aku belajar yg cinta itu luas maknanya seperti lautan

Aku belajar yg keseronokan itu sementara, begitu jua kesakitan

Aku belajar yg kemewahan itu kosong di dalamnya

Aku belajar yg jiwa itu terlalu misteri

Aku belajar yg semuanya adalah ujian, kesenangan dan kepayahan semuanya ujian

Aku belajar yg Tuhan, selalu ada untuk kita

Aku belajar yg biar sulit bagaimanapun hidup kita, kembali pada Tuhan, pasti akan ada jalan

Aku belajar yg hidup mati kita hanya untuk Tuhan

Aku belajar yg dunia ini x bermakna apa2, melainkan digunakan sebagai jambatan ke akhirat

Aku belajar yg semua manusia adalah pendosa, dan Tuhan itu Maha Mengampuni Dosa

Aku belajar yg pandangan manusia itu x penting, tapi bagaimana kita di pandangan Allah itu yg penting.

Pffffft, still, banyak lagi yg aku perlu lalui dan belajar....

Saturday, September 12, 2015

Tuhan, di antara langit dan bumi..
di manakah tempat aku?
Di sisi Allah?

Wednesday, September 2, 2015

Kadang-kadang rasa seolah tak mampu untuk hidup
Kadang-kadang rasa terlalu penat dan seperti aku ingin mengalah
Mujur ada Tuhan
Mujur aku berTuhan
Mungkin sebab itulah aku masih bernafas, masih waras

Bila fikir soal masa depan
Aku takut
Makin aku fikir, makin aku takut
Tapi sampai bila aku pun x tahu
Allah punya perancangan untuk aku
Biar apa pun yg Dia akan beri, aku akan redha
Walau mungkin nanti aku x mampu, aku tetap cuba untuk redha
Sebab sememangnya Allah tahu yg terbaik untuk aku
Dia pemilik mutlak aku, semuanya setiap inci tubuhku, setiap nafas aku, semua milik Dia.

Dia Maha Tahu
Aku mampu berserah pada Dia saja
Dia lebih kenal aku dari aku.

Friday, August 14, 2015


Tetibe teringat pulak zaman sekolah
Indahnyer
Bestnyer

OKE INI SEMUA MEMORI WAKTU DI MRSM LENGGONG (2003-2007)

Lima tahun aku dok asrama since aku 13 tahun
Ada org ckp asrama ni mengongkong je x bebas
Mana ada, asrama bagi aku..is one way of escape for me
Aku bersyukur aku masuk asrama

Throwback zaman asrama memg buat aku gelak sorg2
Teringat aku asyik homesick n suka nangis, dalam bilik air nangis, nk makan nangis, nk tido nangis. Puiii

Pastu first day jumpa roommates, aku dok je kt sudut dinding n senyap je sambil baca kamus. LOL, baca kamus. Kenapa aku baca kamus, kesian xde buku lain kot, huuuuu huuuu. Sebenarnya aku suka kamus tu sebab dia tebal then ada gmbr2, n waktu tu kamus tu kira buku paling mahal pernah aku beli so aku syg sngt n asyik pegang je kehulu hilir. Lol so lame. 

Ingat lagi keje aku kt asrama memg asyik lukis komik sampai dari form 1 ke form 5 kenal aku sebab komik aku n dorg jadi my faithful readers. Dorg ni mcm pembaca setia yg akan tunggu tiap kali aku wat cter2 baru. Even yg x layan komik akan layan komik aku. Komik aku ibarat bahan hiburan utk penduduk2 asrama yg waktu tu kami xde wasap, wechat, instagram, fb etc. Komik aku la jadi main entertainment. cewah.

Ingat lagi, sebab aku n roommates aku ponteng prep, kami kena denda. Kena tido kat koridor sampai pkol 3 pagi, kena pakai kt tengkuk kertas mahjung pastu kt kertas tu tulis besar2.."saya malas". Pastu kena jalan dgn kertas tu keliling padang waktu riadah. Pastu kena jalan itik pusing satu bangunan akademik, pastu kena denda cabut rumput di padang, kena denda cuci bilik guru seminggu. Hahaha. Kelakar.

Ingat lagi budaya adik angkat kakak angkat yg aku pun have no idea waktu tu. Bila budak2 form 1 baru masuk, kami akan gi tengok tiap2 bilik..tgk n survey adik2 yg baru masuk n pilih wat adik angkat. LOL, apakah. N sekarang aku pun x tau kt mana kakak angkat aku, n x de contact dorg langsung. Hahaha

Ingat lagi makanan paling sedap adalah nasi tomato lauk ayam masak merah, nasi ayam yg dihidangkan just setiap hari jumaat je, minuman paling sedap adalah sirap ais, breakfast paling sedap roti canai, n menu paling sikit org ialah biskut kering cicah milo panas. hehe

Ingat lagi kita semua pegi outing tiap2 hujung minggu just nak pergi cybercafe main friendster or download lagu, pegi taman mainan utk main papan gelongsor n jongkang jongket, n nak pegi beli chipsmore n air kotak je, n beli komik manga.

Ingat tak waktu prep malam kita selalu ponteng kelas n gi merayau beli air tin kat bawah. ingat tak kita ponteng jemaah subuh di surau pastu semua kena rotan kt tapak kaki..haha

Ingat tak kes kucing jantan yg paling famous dan 'wanted' kat aspuri? kahkahkah muka dia sngtla poyo n dia ada bnyk bini. Ingat lagi waktu kucing jantan tu cuba utk mengawan seekor kucing betina tu, kawan aku ambik kucing betina tu n larikan dari kucing poyo tu sebab dia ingt kucing poyo tu nk rogol kucing betina tu. Dan aku siap lukis muka kucing tu n tampal kt noticeboard asrama ckp 'wanted' dan sesiapa yg jumpa kucing tu akan diberi ganjaran gula2. N jiran bilik aku jugak yg tgkp kucing tu. Kelakar sebab satu aspuri anti ngn kucing jantan tu sampaikan ada student dari itngkat 4 jerit kat junior yg lalu kat bawah asrama suruh junior tu cari kayu n kejar kucing tu sebab kucing tu cuba nk bergaduh ngn kucing lain. LOLLLLL. Sampaikan kita google search gmbr kucing tu n ada kt google image!! legend sungguh kucing tu.

Ingat lagi tiap2 hari sabtu ahad semua nak berebut channel tv. Aku n kawan aku akan sorok remote control n pagi2 kami akan bangun awal n bukak Animax utk tgk carta Jpop n org lain semua terpaksa tengok jugak....pastu tiap hari Ahad drama wajib bagi setiap penghuni aspuri adalah CSI Miami, CSI New York n CSI Las Vegas n semua terpaksa tengok tu n dah terbiasa semua akan tengok jugak dengan muka fokus dan penuh suspens. Ramainya yg tengok sampai x muat bilik tv. Tapi best tengok ramai2. 

Ingat lagi pukul 11 pm semua kena light off n tido tapi kami semua x tido n pakat masak maggie n slurp2 dlm gelap. Warden dtg bukak pintu semua terkaku dgn maggie dalam mulut. kahkahkah

Ingat lagi waktu tu bwk walkman n berjalan2 cari line radio n kumpul kaset2 lagu kelly clarkson. hahaha

Ingat lagi budak pompuan kt kelas semua keluar ikut tingkap waktu rehat sebab nak compete sampai cepat ke kafe takut nanti kena beratur pulak beli makanan. Aku jarang makan kt kafe sebab aku bukan anak org kaya..aku makan kt dewan selera je, kadang2 je makan kafe n bila beli makanan kt kafe aku rasa mcm kaya sngt. LOL

Waktu hantar dobi pulak, akan ada je yg tersilap hntr underwear or anak2 kecik. Pastu makcik dobi akan letak anak2 kecik dia tu atas sekali. Kuangsam nyer makcik.

Waktu sukan, kita suka skip jugak. Skip ke klinik n wat2 sakit. Ingat lagi bila sampai klinik, bila doktor panggil masuk bilik, aku x duduk tapi aku berdiri je...bila doktor tanya awak sakit apa? aku jawab..'saya x sakit, saya xnk gi sukan, boleh bagi saya mc?' doktor tu gelak n dia pun subahat ngn aku kasi mc. hahahaha

Tiap malam sabtu, kita semua akan ada movie night where kita akan pasang projector kat deWan besar n tutup lampu n tengok cter hantu...pastu balik bilik semua dok takut2. Movie hantu first kita tgk..pontianak harum sundal malam..saper sumbangkan cter tu? AKU, aku beli cetak rompak nyer cd kat kedai..wahahahaahah

Banyak sngt kalau nk list, zaman sekolah bagi aku paling best, paling x stress even ada exam ada pmr ada spm tapi aku rasa mcm aku ada big family sngt. Aku rindu sngt :')




p/s: sorry gmbr ni amek dari google images n for sure gmbr2 ni dari juniors mrsm lenggong from their own blog, so izinkan akak amek oke, saya senior so bagi je la guna..lol



Assalamualaikum

Kalau betul aku ikhlas, kenapa kadang2 aku masih mengharapkan org lain minta maaf pada aku.

Kadang2 aku rasa nak menjerit bagitau semua kebenaran dan kesakitan yg aku tanggung tapi aku x tahu aku nak bagitau pada siapa.

Aku x ikhlas ke sebab aku ada mengharapkan org minta maaf pada aku, adakah tu maksudnya aku x ikhlas?

Aku jahat ke untuk berasa sakit kadang2 n menangisi takdir? jahatkah aku bila aku menjadi lemah? jahatkah aku bila aku just being human. Weak human. Jahatkah aku...

Apa sebenarnya definisi baik? Macam mana nak jadi baik? kdg2 org tu nampak mcm jahat tapi hati dia jauh lebih mulia n kadang2 org tu nampak baik tapi hatinya busuk. So, macam mana nk jadi baik?

And when I let down my guard and sometimes I can't bear anymore and breakdown and cry...is that make me a bad person? How can I be a perfect human being? How can I be strong? How can I be a good human being? :'/

Wednesday, August 5, 2015

Assalamualaikum

Tiba2 sejak akhir2 ni aku teringat something
Something yg menjadi nightmare aku
U can never forget ur greatest fear kan
Pengalaman membuatkan kau alert n berhati2
selama ni kau hidup dlm struggle
Struggle to be strong enough that u can manage ur pain, alone.
Dan sebab Allah lah, kau masih survive sampai ke saat ini
Selama ni kau ingat kau dah try good enough to fit with the world
But, reality is you're so not belong here
rupanya ko x kuat sngt to manage ur fears
coz ur fears shaped ur way of thinking, ur belief, and ur life
ur heart build a shield so tht u wont feel the same pain again
the pain of guilty, worthless, hatred, revenge, pain of longing to sth u never have, pain of being betrayed, confused, disgusted, the injustice.

and even I did tell it to some people, it just small part of it. The whole story still beneath my mind. I can't even tell it all coz I can't bear to see those repeating images inside my head. It's killing me it's painful to know tht I have to face it.

but sometimes people cant understand my certain behaviour and way of thinking. Coz tht my way of self-protection. It's built within me so long ago. Coz people never know and I can't easily tell them so people keep misunderstood and misinterpret myself. And, it hurts. Even tht just a history but it still hurts. Like it happened yesterday. Still hurts.

Wednesday, July 22, 2015

Sunday, July 12, 2015

Assalamualaikum

Tahun ni nak hantar kad rayalah. Saja nk menghidupkan tradisi kad raya ni. Wasap je mana best, hantar kad la baru epic, baru feeling2 mcm dulu. Kan kan

Aku x reti nak tunjukkan perasaan aku, I mean aku tak reti nk tunjukkan my thanks, penghargaan pada kawan2 ku, aku hanya akan show my cold and my xde perasaan side. LOL, sebenarnya I dunno how to describe with words so aku postkan korg kad-kad raya ni sebagai tanda terima kasihku on our friendship, sudi jadi kawan aku selama ni n menerima kekurangan aku.

Thanks. =)


Wednesday, July 8, 2015

Monday, July 6, 2015

Raudhah. Taman-taman syurga.

Sebenarnya ni nama tajuk novel. Hari tu aku balik rumah n adik pompuan aku beriya berlagak ngn aku sebab dia dah dapatkan novel terbaru Ramlee Awang Mursyid ni. Pastu aku macam tertarik nak baca so aku pinjam dari dia. So akhirnya aku yg dah baca habis dia tu x baca2 lagi. Puii

N novel ni macam ermmm...aku suka novel RAM ni sebab genre thriller dia n unexpected plot twist. But, novel Raudhah ni tahap thriller dia biasa-biasa je xdela boleh lawan fiksyen 302 bagi aku. Tapi, ada sesuatu pada Raudhah. Sesuatu yg menyentuh sanubariku, cewah. Tapi betul, it went right to my heart, something like mengusik jiwa betul.

Aku nak cter pasal raudhah kat sini lantakla kalau aku mengspoilkan cter tu. Aku tetap nk bermonolog di sini tentang Raudhah.

Kisah ni pasal seorang lelaki, seorang pembunuh bersiri, pembunuh profesional, nickname dia Joker. Tiap kali lepas bunuh mangsanya, dia akan tinggalkan daun terup joker kt that crime scene. Cool tak. LOL. Tapi joker ni terima arahan dari White thru email which he never see or meet White in real pun. Semuanya alam maya. Joker just terima arahan White je nak bunuh siapa n siapa. 

So, nama sebenar Joker ni Haris. puiiii xde nama lain ke? abang haris ombak rindu..puiiihh. Haris ni anak yatim piatu dari kecik sejak mak ayah dia involved in car accident. Sejak dari tu, dia stay dgn bapak saudara dia. Tapi, hari2 dia kena pukul n dera. Ermmm, so he have a harsh childhood, no wonder he grew up becoming a contract killer. 

Cter ni start kemuncaknya bila Joker a.k.a. Haris tetibe kena serangan jantung n jantung dia berhenti berdegup 3 minit. Doktor semua dah sahkan dia mati. Tapi, tup lepas tu dia bangun balik n that kinda a very rare case la. Sejak dari peristiwa tu, dia mcm selalu sakit dada, kena gi wat medical check up bagai. Tapi xpe Haris ni kaya, ye la White bayar dia juta2. Lumayan duit haram dier. Lol

Kebetulan pulak tetibe Haris terjumpa kawan sekolah dia dulu, Hambali. Hambali ni so opposite dengan dia coz Hambali ni mcm ala2 ustaz gitu. So, sepanjang dorg berkawan balik, Hambali banyak ajar Haris pasal agama, n Haris mcm terbukak hatinya nak berubah tapi dia x pernah gtau la Hambali yg dialah Joker yg famous itu. Hambali pulak ada tunang namanya Jun tapi Hambali panggil tunang dia tu Raudhah. Well, cliche, Haris mcm tangkap cintan plak kan kt Jun tapi dia x berani make a move la tu tunang kwn dia, dia just senyap2 je pendam perasaan tu. Jun pun ala2 ustazah la gitu.

So, dipendekkan cerita, bla bla bla. Haris memang betul2 berubah jadi manusia yg baru, manusia yg bertaubat, manusia yg kembali pada Rabbnya. N waktu tu Hambali dah tau Haris Joker, n Haris da gitau White yg dia nk stop buat kerje tu n White target untuk bunuh Hambali. And those action scenes, tembak menembak berlaku..etc etc, Haris kena serangan jantung lagi n koma di hospital. n Hambali berwasiat untuk dermakan jantung dia kat Haris kalau dia mati. Sebenarnya Hambali dah dpt agak dia akan dibunuh White n yes dia dibunuh White.

Bila Haris bangun dari koma, dia cari Hambali but..:'/, Hambali already within him. Jantung Hambali je ada. So, Haris sngt2 sdih n berterima kasih pada sahabat dia tu. Indahnya persahabatan mereka. Sobs. Then mak ayah Hambali pun dah anggap Haris as anak sendiri sebab ye la jantung Hambali dalam badan Haris. Hambali pun wasiatkan syarikat Hambali tu diuruskan Haris.

Then, bla bla..Haris pun menjejak kaki ke tanah suci. Dan kt sana dia berpeluang berdoa di Raudhah. N juga kebetulan terserempak dengan Jun yg buat umrah jugak. Jun pun da tau semua kisah sebenar, dia x suka pun Haris tapi sebab ada jantung Hambali so..huuu. Then tetiba satu hari tu Haris berjalan nk balik hotel dia, dia ternampak sorg lelaki mcm tengah kesakitan, perut dia berdarah. Haris terus cuba nk tolong n angkat lelaki tu n then tiba2, datang sorg pompuan jerit2.."dia yg bunuh suami saya!! tahan dia!!" pastu pastu Haris terus ditangkap n dimasukkan ke penjara kt sana!! Keisan Haris kena fitnah!!

Dalam penjara tu, Haris hari2 solat taubat, mengaji Quran even merangkak2. Dia redha. Dia fikir maybe ni balasan Tuhan beri pada dia sebab dia dah bunuh ramai org kt Malaysia tu. Berita Haris kena penjara tu sampai ke pengetahuan Jun n family Hambali. Jun mcm sedih sngt n Jun pun asyik berdoa untuk Haris, sebenarnya dia xnk jantung Hambali dalam bdan Haris mati lagi sekali. Dalam penjara tu pulak, Haris request guru agama dtg ajar dia Quran hari2 sementara menunggu hukuman pancung. Kat sana kan hudud, so pancung la.

So, makin lama bacaan Quran Haris makin lancar sampailah hari untuk dipancung. Haris dah sedia, tapi tetiba hujan ribut kuat sngt kat area sana sampai banjir kilat teruk so hukuman ditangguhkan. So, Haris guna waktu tersisa tu untuk bersolat taubat lagi n lagi n dia banyak menghabiskan masa dengan solat, zikir, dan Quran sepanjang dalam penjara. Even tukang pancung pun respect dia. Orang kat sana semua gelar dia al-Awwabin..maksudnya 'org yg bertaubat'. Sampai lagi hari untuk pancung, sekali lagi hujan ribut n banjir. Hmmm asyik ada halangan je kan. Kuasa Allah. N akhirnya memg sampailah hari tersebut. Haris pun redha la letakkan kepala dia kt kayu pancung tu. Tapi sebelum naik atas tempat pancung yg disaksikan ramai org tu, Haris ckp kt pompuan yg tuduh dia tu.."aku maafkan kau" sebab Haris je tau memg dia x salah. Haris pun letakkan kepala dia yg dibungkus dengan kain hitam sambil mulutnya x berhenti mengucapkan Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar... So waktu tukang pancung angkat pedang tu n hayun...tiba2 pompuan tu jerit, "aku maafkan dia!! aku maafkan dia!!" fuhhhh!! Sikit lagi pedang tu nk tetak nasib baik tukang pancung tu pro so berjaya la dia elak. Sejurus Haris pun bersujud syukur mengagumi kasih sayang Allah. Sedangkan Haris dulu memang pembunuh bersiri yg jadi wanted polis kt malaysia, tapi luasnya pengampunan n kasih sayang Allah tu. Allah..

Sebenarnya pompuan yg tuduh Haris tu la yg bunuh suami dia sendiri sebab dia x tahan dengan suami dia, n demi cuba untuk menutup salah dia, dia jadikan Haris kambing hitam.

Then, after that Haris balik ke Malaysia, n berjumpa Jun n family Hambali. Haris pergi melawat kubur Hambali n terserampak Jun. Dua2 awkward n waktu nk balik tu...lagi sekali Haris kena serangan jantung n rebah di kubur tu.

JENG JENG JENG

Bila Haris bangun dari koma 3 minit tu, dia terkejut sebab dia nampak ada sorg lelaki dan sorg pompuan yg dia x kenal kt tepi katil ward dia. N dorg ckp dorg mak ayah Haris?? dorg tu pulak Dato' n datin?? Haris pulak bangun2 tanya pasal Hambali n Jun. Dato' n Datin terkejut. Haris pun cter yg mak ayah dia dah meninggal waktu dia kecik dalam car accident. N dua org tu ckp memg diorg ada terlibat dlm accident dulu tapi selamat. HOHOHOHO Nampak x plot twist RAM dah start?

Rupa2 nya semua cter pasal joker dari mula novel ni...pembunuhan semua tu..perubahan sikap Haris semua tu, pancung di Arab Saudi semua..Hambali..Jun..semua tu berlaku dalam koma 3 minit je. Semua tu x wujud. Haris sebenarnya anak Dato' n datin ni. Haris ni asalnya dulu sngt sosial, x pernah solat, kaki botol, kaki pompuan n etc etc u named it. And bila dia tersedar dari koma 3 minit sebab serangan jantung tu, dia terus jadi a new guy. Mulut dia terus berzikrullah padahal he's not like that before. Dan watak2 dalam kisah Joker..Hambali..White semua tu adalah pekerja syarikat Haris. Haris pulak dulu dia minat watak Joker dalam batman tu n dalam bilik dia penuh ditampal poster joker. Patutla hai..then Haris pun koyakkan semua poster2 ittew.

Dan Jun pulak, Jun pesakit yg mengalami koma yg sama mcm Haris. Jantung terhenti 3 minit n jUn ada dalam wad sebelah je. Rupanya diorang bertemu dalam koma je. Whatttttt???? 

And sbnarnya Haris dah ada gf da pun which anak Dato' jugakla. Faham2 la perangai camner. N perubahan sikap Haris lepas sedar dari koma memg a miracle for mak ayah dia, for everyone yg pernah kenal dengan perangai dia yg x mencerminkan Islam langsung tu. So, Haris pun trus cari Hambali. Rupanya Hambali tu bekas pekerja syarikat yg dia pernah pecat dulu sebab Hambali tegur isu halal haram in making business dekat dia dulu. So Haris pergi minta maaf n ceritakan pasal kehidupan dlm koma dia tu. 

Jun pulak, Haris pergi jumpa dia kat hospital n mak ayah Jun pelik sebab dorg dua ni mcm dah kenal padahal in real mana pernah jumpa. n Jun ckp, "kami kenal dalam koma". Haris sebenarnya nk melamar Jun as isteri tapi Jun dah ada tunang rupanya, bukan hambali..org lain.

At the same time, gf Haris heart broken dapat tau Haris ada menaruh hati pada Jun n dah berubah jadi org lain. So, gf dia ni telan pil tidur n overdose n dikejarkan ke hospital. N here again, koma. Dr sahkan dia mati, n then Haris ckp tunggu, Haris pergi n tunggu sampai 3 minit...n yes gf dia bangun balik n terus menangis teresak2 memuji kebesaran Allah. Ajaib.

Akhirnya Haris n gf dia berkahwin n dua2 memg berubah 100%. N dorg honeymoon kt Mekah n berdoa di Raudhah. Oke sweet. >.<



So, apa specialnyer novel ni? aku x expect pun yg kisah joker tu semua wujud in coma jer!!! Aku ingat memg novel ni pasal joker laaaa..aku ingat lepas selamat dari pancung tu Haris teruskan hidup dia la...rupanya, he got another life? woww..bayangkan semua yg korg lalui selama ni, kerja korg, mak ayah korg, kawan2 korg, environment korang yg korg familiar hari2..n tetiba bila korg bangun dari tidur satu hari..everything changed. Korang ada kehidupan lain n korg adalah org lain!! what the???

Apa yg menyentuh perasaan aku through this novel is...kasih sayang Allah itu melebihi kemurkaanNya. Kasih sayang Allah itu melebihi kemurkaanNya. Biar berapa besar n banyaknya dosa kita, tapi bila kita ikhlas memohon keampunan, Allah ampunkan dan kita sangka kita x layak untuk mendapatkan keampunan tu. Kita selalu berfikir yg dosa aku terlalu banyak, Allah terima ke aku ni, aku terlalu hina di hadapanNya, mahukah Allah terima solatku, doaku.

Allah itu Maha Penyayang, Allah sangat gembira melebihi perasaan org yg gembira apabila terjumpa kembali barangnya yg hilang bila kita kembali padaNya. Allah x pernah tinggalkan kita sesaat pun. Dia sentiasa ada. Tapi kita? sombong. Kita yg menjauhkan diri dari Dia.

Habuk masuk mata plak aish

Nah belanja cover Raudhah


Sunday, July 5, 2015

They said childhood was more like a dream of our life
Then mine was a nightmare...
But God, made me survived

Saturday, July 4, 2015

I came across Youtube videos and I found one video with a very touching and beautiful poem recitation.

So, I wanna share it here on my blog, I wanna record it through my post. :)



O Allah, nothing is more beautiful than when I turn to You

The tightness widens, every worry ceases, every sorrow disappears

And my wishes shine in my eyes and are filled with certainty

Nothing is purer than the moment when the forehead touches the ground in prostration

And nothing more honest than the Dua that the soul has conveyed

And the heart has conveyed in prostration

With a hoarse voice, shaken, the heart beats prayers from within sent on the wings with the hope of acceptance

Sent to the doors of heaven that Allah does not close on those who ask Him

Allah alone is great in giving and in mercy

For despite the transgressions and sins that has covered the heart, He gives us the time to ask for forgiveness

He gives us the time to return to Him in repentance, and to persist in Dua

And He forgives us and gives us what our hearts yearn for

And despite the hardship of this life, and the signs of sadness and lost hope,
He gives us the hope and happiness our hearts yearns for

Then let us cleanse our souls with the rain of blessings

And get rid of weakness and cowardiness from within

And race for Paradise, whose width is as the width of the heavens and the earth

O Allah, we have sinned and this life has distracted us
Therefore, O Allah bring us back to You and forgive our shortcomings and transgressions

And make us among those whom the Hellfire is forbidden to touch

Make us among those who have gained Paradise and Your pleasure

O Lord of the worlds

Credit to: Silent Deeds

What is my real feeling for now, it got mixed up
Either it's a good feeling or bad feeling I can't decide

Sometimes I feel like I'm playing it cool
Sometimes I feel like I'm actually just don't care at all
Sometimes I feel like I'm pretending to be kind and fake
Sometimes I feel like I am myself
Sometimes I feel like I started a new me and I love it
Sometimes I feel like I'm so weak and never stand up for my rights
Sometimes I feel I'm so stupid that I let others think I'm bad
Sometimes I feel like this is what it should be
Sometimes I feel like I'm having my punishment for my mistakes that I dunno
Just fee like I'm serving for my punishment waiting for my sentence
But, why do I have to completely convincing myself that I'm the one who at fault?
Who made the rule that I must represent my service to the person who accused me?
Is God told me that my mistake can't be forgiven till I die?
My heart says the other way
Then why I did the opposite?

Tuesday, June 30, 2015

Monday, June 29, 2015

Nah, lirik lagu ni sesuai sangat untuk kau
Kan aku dah ckp, x faham2 lagi...
so aku rasa lirik ni sesuai la utk ko
Aku x nak n x suka sakitkan hati org lain, tapi bila aku ckp baik2, pun x fhm2, ermm still aku x marah ko jugak, aku bagi lirik lagu je la..bwahaha

What's wrong with you 
What is it you want ? 
What's so special 
What's wrong with you
What is it you want ?
What's so special
to love 'bout me
I'm ordinary

And you're too insistent
You are too insistent
Don't you start and instant
I know not

Why won't you let me go
Why won't you let me go now
Just let me go
I'm such a tiny toe

What's wrong
It's been so long
Is it me you're after ?
Days and nights
And I tear and still know disaster

You are so persistent
Oh you're so persistent
Should we act like people
Who think they have seen it all
They're so indifferent
I know now

Why won't you let me know
Why won't you let me know now
People they want to know
I'm such a tiny toe
Why won't you let me know
Why won't you let me know now
They want to know
I'm still a tiny toe

Why won't you let me know
Why won't you let me know now
People they want to know
I'm such a tiny toe

Why won't you let me grow now...

Saturday, June 27, 2015

Many simple things I love
Many simple things I drowning into
I love those simple things
Love those simple things just like how I love love

I love those simple things
I love to take a longer route to home
So I could listen to my fav songs thru my earphones
Look at those road, people passing by, cars and bikes they all mute
But my music rules their act at synchronize
The leaves falling from the tree with the sound of flute
The kids running around with the melody of piano keys
The girls chatting and laughing with the voice of violin
The boys rushing to their destination with the steps of drum

I love those simple things
I love to see how green taken over the land
How the wind lead their dancing
How the rain drops washing away the smokey smell
See how the earth refreshing their treasures

I love those simple things
Travelling to another world
Across pages inside a tale of a book
I walk, run, fly high anywhere I can
You owns me, oh little book

I love those simple things
But I forget to list them all here
But I love those simple things
Love those simple things just like how I love love.


If you gonna hate me
Hate me with all your heart
Hate me completely
Don't you do it half way

Hate me, stab me, kill me
Put this fire into your own heart
Burning it still for your hatred
Spit them out right to my face

Slaughter my heart alive
Drink them blood
Wash your hand red
Torture me make me suffer

Hate me all you can
Hate me till I can see
Hate me obviously
Hate me and show me
Hate me with all your heart
You can do better than this
Keep this hatred till you die
Keep them growing
If you can't hate me completely
Stop acting like you are
Coz I can still see your warm heart
Shut it off for me.
Don't you tired?
I am tired
Why your world is just a box
Mine was a box
But I open it up and spread it over
Don't you know it can be open up?

Why you're trying so hard
To win my heart
While all you use just your lips
Not even close to it
You know what
I can smell your old rotten trick
From a distance it's so strong
Why can't you be more than that
You know I'm so bored of it
You're not even trying
What do you expect of me
Most of you are all the same
I can predict what's coming
I can guess the root
So just stop what you're doing
If you stick to the same way.

Friday, June 26, 2015

Assalamualaikum

Tak tahu nk tulis apa tapi nk luahkan isi hati n benda yg aku teringin nk buat

Bulan ramadhan ni, aku teringin nak terawikh sama2 ngn semua kawan2 aku kat sini. Semua.

Ok, bai.

Thursday, June 25, 2015

Monday, June 22, 2015

Assalamualaikum

Aku ada masa berapa jam je nk siapkan projek final aku utk sem ni. 25 ni ada final assessment!! dan ni first time aku bergelar fine art student, I don't have much experiences. Dulu waktu2 mcm ni aku gigih menaip thesis untuk projek bio marin aku or aku gigih ke lab mencuba nasib mengambil seberapa banyak data dan seberapa banyak gambar microscopic utk back up data. Sekarang, dari semalam aku kat studio menggunting kepingan2 kertas acetate and menebuk lubang satu2 dengan gigihnya. Aku stop kejap n tulis blog ni sebab tangan aku kebas n sakittttt. Sakit woi tebuk kertas tu dah la keras, penebuk lubang plak manual habis. Kesian, amatur katakan.

Dah tu aku kena wat cepat sebab my agar can't wait much longer nanti contaminate. Tu pun da ada yg contaminate pun. Meanwhile dua reports aku n satu presentation slide aku x sentuh pun lagi n semua nk hantar minggu ni and aku dok tulis blog ni????!!!!

Aku giler. Hahahahaha. It's ok, I appreciate this moment, moment as student yg busy. Saya suka busy instead of doing nothing but sometimes I appreciate the free time so I can always ponder myself upon my pasts n mistakes. waaaaaaaaa oke nk kena sambung menebuk lubang ni. Pastu, nk streak bacteria which I'm scared the most. Takut dia tumbuh not as I expected. Gulp. Ya Allah permudahkan semuanya. 

Budak sains bajet2 budak art mcm ni lah jadinya. Hahahaha tapi I'm happy sebab one of my life goal sebelum ni tercapai which aku nk cabar diri aku buat sth yg x pernah buat, nk try rasa jadi student seni. Nah, kan betul2 terjadi. sekarang harunglah nak...hahahaha.

Sometimes I love science lab jugak but I love art more. So, aku guna je dua2 so xde nk kehilangan dua2, dua2 ada disisi. science and art. Muah. LOL giler.

Sunday, May 24, 2015

Tiada yang kekal abadi di dunia
Semua akan hilang 
Kita hanya mencipta memori
Isinya lenyap kosong jua
Kerana itu kita menghargai saat bersama
Teman dan sahabat
Untuk apa melakar memori duka
Kerna akhirnya kita tetap akan terpisah
Biarlah memori indah menjadi peneman
Tika kita semua sudah berjauhan

Monday, April 6, 2015

How to put this.
Well, I wanna write down what I feel when it comes struck my mind, my heart.
What I really feel...

It's like when I wake up from a nightmare, I just stare on something blank
I keep memorizing the nightmares so I can confirm it.
It's real and it happened then why keep repeating it in my memories even in my unconscious?

This is what I feel when it comes to my mind, it's haunting me..
It's like when I look at myself in the mirror I saw a damaged human
Something not like human either... I dunno
I hate to see it, the reflection of myself

This is what I feel,
It's like as I'm walking across the crowd, I'm walking backwards
And every glance is killing me, deeply.
It's like their eyes looking down on me, on worthless me

This is what I feel,
As I see my own skin, I saw dirt that I can't wash away with any water
But I keep washing them, again and again with tears
Still it's there and always there

This is what I feel,
As I touched my heart
It gives no beat, like it has died so many times
Yet it still alive
And my world just getting smaller
Till I no longer belong here



Saturday, March 28, 2015

For all these time I thought I already moved on.

But I was wrong

I realized that all these time I was running away, not move on.

Coz, every time I got something that remind me of it, I broke down.

I totally broke down, again and again and this cycle might repeat it's system.

Monday, February 23, 2015


R.I.P 
In Memory (2000-2002)

Tuesday, January 27, 2015

Kadang-kadang aku tak faham
Kenapa aku terlalu bencikan diri sendiri
Dari dulu,aku mencari peluang
Peluang untuk menyakiti diri sendiri

Aku seolah-olah berlari kearah kematian
Aku seolah-olah mencari peluang itu
Tapi kuasa Tuhan itu lebih besar
Kenapa aku perlu lupa itu
Aku ini manusia alpa
Aku tidak punya hak
Tidak punya hak untuk mengakhiri kisah hidupku
Biarpun hidup itu selamanya pahit
Hanya Tuhan yang akan tentukan
Bila ianya tamat.

Saturday, January 24, 2015

You..
You will always got a place in my heart
and you always do, for now and forever
You always got that special place in my heart
Even I know that there must be someone else will fill in my heart too
But you always there, never go.
In your own special way.

Saturday, January 17, 2015

I can't stand people keep disappearing on me
I don't need ur sweet words I just need actions
I dun like u're being so unsure bout whatever I ask you
Just answer it YES or NO!!!
When I ask, please answer it YES or NO!!!

I hate this kind of relationship
Looks like ur charming face give no function at all
You made this so boring
Yes it's you
So could u please go away now
It's not worth my time
It's wasting ur time too




Friday, January 16, 2015

I dunno why I'm always feel like I never belong here
I'm so out of place
I dunno how to react to love
There is blocking in my heart
Yes I am a coward
But I feel enough pain
That makes me numb to more pain
What else can I do except waiting
Waiting for my time to come
In meanwhile, I'm just observing 
Staring
Standing
Blinking
I'm a hollow ghost

Thursday, January 15, 2015

Jumpa poem yg aku tulis ni 

Just repost it here

I never waiting for you
I never plan to like you
And I'm standing still
Never put hopes on love

If you want to take me away
I need no rose
Need no diamond
Just down on your knees
Kiss the vengeance on my hand
Feel the scent of sorrow
Tear my chest apart
Grab my hollow soul
Is it fit in your heart?
If you're bleeding
Then just go away
and stop trying

Saturday, January 10, 2015

Life is not just about work, there is more about it.

Someone said that, from the character in 'A Beautiful Mind' movie. Well, I have no friend said that to me..forever alone. =_=

But, it's work that making my life goes on with the grace of God. Coz only thru works, I can make myself busy and forget myself. And when I forget, I continue my life unconsciously. So, work is life. If not, I will just keep on staring at the air and just waiting for nothing but death.

Friday, January 9, 2015

Malas aku nk tulis reviews pasal movies yg aku suka
Aku list down je, sebab aku ada keje tapi aku xnk wat keje
So, aku wat keje lain...iaitu mengcompile movies yg aku pernah tengok.

:D,"I love movies, if I don't love it, I won't feel it" (ayat bajet2 Anton Ego dari movie Ratatouille tu, dia food critique, ayat asal dia camni..."I love food, if I don't love it, I won't swallow it")..kakakak apa aku merepek ni.

Btw, ni semua movies yg aku pernah tengok. Ada yg aku suka ak asyik ulang je, ada yg just so-so je, ada yg bolehla tapi semua yg ak letak sini bagi aku, best. Yang takde kt bawah ni x best la bagi aku, tapi best bagi org lain. Perasan x xde cter Iron man, pacific rim, twilight, the avengers, spiderman bagai....dah movies sebegitu x best bagi aku. Ini just for fun. Lagi satu, aku x suka cter cinta or romantik ke sebab aku x reti nak digest apa yg dia cuba sampaikan, pastu aku x faham apakah perasaan itu..kahkah. Bila kawan aku nangis2 part scene sedih dalam movie cinta..aku plak, krik krik krik...aku cuba utk tengok cter cinta tapi sorry I can't fit in. Hahaha so do I care, there're lots of other movie genres yg awesome!! so here they are..:D :D :D













Huuuu
Well gmbr yg lebih besar tu means movie tu paling best bagi aku diikuti saiz seterusnya..wahaha sesuka hati jek

ada banyak lagi movies yg ak x tengok n teringin nk tengok tapi x sempat lagi mcm Interstellar, Ouija...
Ops lupa nak letak Big Hero 6!! Yg tu pun best..oke sebab terlupa special sket la letak big hero 6 je sengsorang


comel kan baymax? >_<

well aku dah tengok cter Gone Girl, psychopath character. Cter tu best sebab twisted plot n xleh nk expect ending dia. Tapi just it quite disturbing for me.  Mungkin aku x kan tengok kali kedua dah kot. Hahaha

Tuesday, January 6, 2015

It's hard to be a sensitive person.
Meh
 

Copyright 2010 Monolog Seorang Aku.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.