Tuesday, August 16, 2016

Sesungguhnya hati ini terlalu rindu berada di dalam pelukMu

Sungguh aku rindu memuja-muja namaMu di lewat malam
Menangisi dosa-dosa yang berbaki
Mensyukuri tiap anugerah dan rezeki

Aku rindu....
Terasa seperti ingin aku terlena saat hati ini memanggil-manggil Mu,
merintih membesarkanMu bercerita semuanya padaMu

Semoga saat hatiku tunduk seluruhnya pada Engkau yang bernama tuhan, semoga saat seluruh anggotaku ikut menyembahMu, jiwaku pergi bertemuMu dalam diam, dalam nyaman, dalam redha, dan dalam senyuman. Semoga saat terindahku bersamaMu menjadi titik mula perjalananku meninggalkan dunia. Amin...

Thursday, August 11, 2016

Assalamualaikum

Ops hari ni dah 11 Ogos dah pun. Terlepas. Terlewat sikit. Selalu on my bday aku akan tulis surat ni utk kau. Biasala kita kan suka sngt mesin masa nyer movies tapi benda tu x wujud. So anggapla bila kau baca surat ni, You are visited by yourself from a year ago. LOL

So, how are u there?
Harap-harap kau sihat, still kurus or lebih kurus dari aku yg sekarang lol.
And harap projek phd kau tu going smoothly sekarang, and dah ada few artworks at least? cmon.

And ko skrang kat UM dah ke? or kat rumah? since today is ur bday, ko celebrate dgn family or kwn2? ada kwn baru ke? kwn2 lama ko ada wish tak? hahaha adakah masih sama mereka? or is there any changes? Jgn ckp ko ada crush or bf? tht kind of impossible sebab kau is aku. Aku tau la lol.

Kau dah pandai bwk kereta ke? wey one year is quite lama tau..mcm2 boleh jadi sebab tu aku tanya. Harap kau semakin cool and relax lol, x perlu cepat emosi bila berdepan dgn masalah. Harap jugak ur life now is better than mine skrang.

and harap kau dah move on banyak. xde apa dah nk ckp and again happy birthday and semakin dekatlah kau dgn kematian.

Ops, lupa. Harap buku kau tu dah publish lah ye. Hahahaha ada market ke? x semua org suka genre tu kau tau. Macam bosan je tapi apa yg ko tulis tu lah apa yg ada dalam jiwa kita. It's like we let people see our naked soul. So, xde market xpe asalkan terubat jiwa kita. Just wish u the best in everything u do dan jgn lupa Allah. Hanya Dia yg kenal kita.

Bye. Salam.
from,
yourself in 2016.
 

Copyright 2010 Monolog Seorang Aku.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.