Tuesday, November 29, 2016

Sunday, October 9, 2016

Kadang-kadang Allah bagi apa yang kita mohon suatu ketika dulu, untuk sedarkan kita yang itu bukan yang kita perlu.

Pernah tak satu ketika bila kita berada dalam satu situasi yang buatkan kita rasa down, sedih. Kita pun terus berdoa mohon agar Allah keluarkan kita dari situasi tu, kita mohon apa yang hati kita berkehendak. Kita mohon Allah berikan kembali sesuatu yang kita fikir dapat ubati kesedihan kita.

Dan kemudian lepas tu, Allah memang bagi. Kita terkejut, kita bersyukur. Apa yang kita minta dah dapat walaupun dulu kita fikir macam mustahil. And then, lama-lama kita rasa macam situation yang Allah letakkan kita suatu ketika dulu, yang kita down tu, yang kita sedih tu, lebih baik dari sekarang. Sebab kita dah mula sedar apa yang kita minta tu tak dapat berikan kita kebahagiaan pun. Kalau ye pun, sekejap saja. Then, baru kita tahu, kadang-kadang Allah tetap beri untuk tunjukkan pada kita yang apa yg kita fikir baik untuk kita, tidak semestinya sesuai untuk kita.

Jadi, tiap kali Allah uji kita, berhenti sejenak, muhasabah dan fikir. Apakah ujian itu patut disyukuri atau ditangisi. Memang pahit tapi itulah penawar. Ujian itu mengubati hati kita yang sarat dengan dunia. Kita nak happy saja, x nak sedih. Sebab tu kita cepat-cepat doa pada Allah berikan kita bahagia. Allah beri tapi kemudian kita rasa makin hilang. Kita lupa ujian itu sebenarnya tanda Allah sayang. Bukan tak boleh doa, boleh. Tapi doakan kita diberi kesabaran dan ketabahan untuk lalui ujian itu dengan baik. Dan muhasabah diri tiap kali ditimpa ujian. Barulah ujian itu bermakna, dan bukan hanya memberi kesakitan semata. Biarlah ujian itu menjadi asbab kita ke syurga, insya Allah.

Aku pun tak faham dengan diri aku, kadang-kadang aku muhasabah diri, kadang-kadang aku macam jilake, kadang-kadang aku macam x wujud. Tapi, yang aku pasti...walau apa saja kedudukan aku, aku cuba kembali pada Dia, mula kembali, biarla seribu kali pun aku gagal.

Monday, October 3, 2016

Assalamualaikum

Dah lama aku tak tulis pasal 'aku dan sekolah'. Tiba-tiba hari ni rasa nak throwback balik pasal sekolah sebab tadi baru je aku jumpa budak sekolah aku dulu kat UM. Tak sangka pusing-p[using jumpa balik kawan sekolah kan. Jadi aku ter-nostalgia sikit la zaman sekolah lol.

Hermm post ni takde la pulak specific event or tajuk. Rasa nak tulis je pasal diri sendiri zaman sekolah. Takpe aku tulis je sebab aku tau xde orang baca pun blog ni kahkah. I just need to write down.

Mula-mula masuk sekolah asrama, aku rasa sangat helpless n homesick like hell. Every day every minute nak nangis n ingt family kat rumah. Orang lain maybe excited jumpa kawan-kawan baru, making new friends, having fun, exploring things. Aku? aku takde rasa semua tu. Yang aku ada waktu tu cuma nak balik nak lari peluk mama. Aku pulak jenis pendiam n introvert like hell. Imagine di tempat baru without sesaper yang aku kenal. Like hell la. Satu bilik ada 4 orang so even dengan rumet pun aku x bercakap sangat but thanks God I got super extrovert rumet so at least aku x perlu make an effort to talk first. Dorang yang banyak cakap, banyak tegur aku, so lama-lama aku boleh get along and make friends. Aku ni introvert, kalau org letak aku dalam bilik dgn another introvert, result dia negative. Aku perasan aku selalu mudah masuk dengan orang extrovert coz aku rely on them for the talking part. Aku susah untuk mula dulu bercakap, but I can response people. And bila aku berada di kelompok orang-orang extrovert, I feel being protected by them. Rasa macam perangai senyap dan pendiam aku dpt dibalance dgn becok dorg lol. Bcoz of that, it makes me as kawan yang mudah attach pada mereka sebab aku tak reti bila aku sorg, I dunno how to do the talk part? I need them.

And di sekolah la aku belajar semua pasal kawan-kawan, berkawan, persahabatan, bermain, dan belajar. Di sekolah aku rasa aku ada ramai sangat kawan, seluruh Malaysia plak tu lol. Sebagai budak pendiam yang introvert n pelik, ada kawan-kawan merupakan satu pencapaian besar untuk aku. LOL. Sekolah la tempat pertama aku cipta memori indah dengan kawan-kawan dan sekolahlah aku belajar erti menghargai. Walaupun sekolah tempat belajar..well academically, tapi sekolah lebih kepada tempat aku membesar, membesar dari seorang kanak-kanak kepada remaja. Lima tahun aku disitu, growing up. Mak aku hantar aku situ kecik je, keluar-keluar dah tinggi sket n lain lol. Weird right. Jadi kawan-kawan aku disitulah yang aku lihat hari-hari dan merekalah family yang aku ada kat situ. Dan bila dah habis sekolah, aku menangis. Huuu, sangat sedih. And lepas tu aku terpaksa lalui hidup tanpa mereka for quite a while aku mcm xleh move on je kahkah tapi xde la lama pastu oke je, masuk matrik jumpa kawan-kawan lain pulak.

Tapi, just the memories at school can never being replaced. It's special for me and priceless. Sebab sekolah tempat aku membesar, faham tak membesar, kalau ko masuk U memang ko da besar lol. Ni tak ko masuk skolah kecik jee baru nak kenal dunia, keluar-keluar da 17 ko. Faham tak betapa banyak yang ko belajar kat situ n betapa semuanya sngt bermakna. Huhuhu tetibe rasa nk tulis gini.

Done merepek.

Sunday, September 25, 2016

I used to be in a depression phase

It felt so suck, it is complicated like hell

But it's like drugs, addictive

When my life is out from that phase

Once in a while, I am craving for it

I wanna be in it again

Even though I know it destroys me

When in depression, I lack of emotions except sadness

I dun give a shit bout anything around me

Even my life is on danger that time, I still dun give a shit

I just let my own life slowly destroy and fall into pieces

I dun have any gut to put it all together

I let depression took over me

Have control over my life


I thought I already passed the phase

But somehow it happen again

Again and again

And when it happen

I push away everyone around me

And then, at certain point I become lonely

And then, I smiled

Coz, it's true, my expectation is true

People will never be there for you

and then I start to feel peace

at the same time its hurts like hell

Yes it hurts to the core

But it makes me feel alive

Then I have to find somethng else

as an escape

Since the depression also have it's due

I'm still conscious about that

So I must escape,

again.

Sunday, September 4, 2016


Di sini jarang aku melihat bangunan-bangunan tinggi mencakar langit.
Sebab itulah yang aku lihat hanya awan. Langit. Awan dan langit.
Terbentang. Terlihat tanpa halangan.

Sebab aku suka awan dan langit. Aku gilakan awan dan langit. Aku suka tenung awan dan langit. Biarkan diriku jauh dibuai keindahan warna dan tarinya jauh tinggi di angkasa.

Kenapa aku suka? Sebab bila aku dongak ke langit, aku terasa diri ini kecil dan kerdil. Pandangan aku terbatas pada apa yang dipapar, tapi mindaku menjangkau terlalu jauh melangkaui putih gebu si awan, rona merah kaki langit. Aku nampak dunia yang tidak terlihat. Misteri. Betapa kita hanya debu berbanding sana. Awan dan langit hanyalah tirai melindungi keindahan yang maha hebat menjangkaui penglihatan terbatas kita. Awan dan langit hanyalah jendela. Dan aku sering melihat lewat jendela itu. Menatap keindahan misteri yang malu menjengah dunia.

Dan bila aku rasa diriku besar, bila aku rasa diriku hebat, bila aku rasa diriku tinggi di atas, aku dongak ke langit. Aku mendongak untuk menunduk.

Tuesday, August 16, 2016

Sesungguhnya hati ini terlalu rindu berada di dalam pelukMu

Sungguh aku rindu memuja-muja namaMu di lewat malam
Menangisi dosa-dosa yang berbaki
Mensyukuri tiap anugerah dan rezeki

Aku rindu....
Terasa seperti ingin aku terlena saat hati ini memanggil-manggil Mu,
merintih membesarkanMu bercerita semuanya padaMu

Semoga saat hatiku tunduk seluruhnya pada Engkau yang bernama tuhan, semoga saat seluruh anggotaku ikut menyembahMu, jiwaku pergi bertemuMu dalam diam, dalam nyaman, dalam redha, dan dalam senyuman. Semoga saat terindahku bersamaMu menjadi titik mula perjalananku meninggalkan dunia. Amin...

Thursday, August 11, 2016

Assalamualaikum

Ops hari ni dah 11 Ogos dah pun. Terlepas. Terlewat sikit. Selalu on my bday aku akan tulis surat ni utk kau. Biasala kita kan suka sngt mesin masa nyer movies tapi benda tu x wujud. So anggapla bila kau baca surat ni, You are visited by yourself from a year ago. LOL

So, how are u there?
Harap-harap kau sihat, still kurus or lebih kurus dari aku yg sekarang lol.
And harap projek phd kau tu going smoothly sekarang, and dah ada few artworks at least? cmon.

And ko skrang kat UM dah ke? or kat rumah? since today is ur bday, ko celebrate dgn family or kwn2? ada kwn baru ke? kwn2 lama ko ada wish tak? hahaha adakah masih sama mereka? or is there any changes? Jgn ckp ko ada crush or bf? tht kind of impossible sebab kau is aku. Aku tau la lol.

Kau dah pandai bwk kereta ke? wey one year is quite lama tau..mcm2 boleh jadi sebab tu aku tanya. Harap kau semakin cool and relax lol, x perlu cepat emosi bila berdepan dgn masalah. Harap jugak ur life now is better than mine skrang.

and harap kau dah move on banyak. xde apa dah nk ckp and again happy birthday and semakin dekatlah kau dgn kematian.

Ops, lupa. Harap buku kau tu dah publish lah ye. Hahahaha ada market ke? x semua org suka genre tu kau tau. Macam bosan je tapi apa yg ko tulis tu lah apa yg ada dalam jiwa kita. It's like we let people see our naked soul. So, xde market xpe asalkan terubat jiwa kita. Just wish u the best in everything u do dan jgn lupa Allah. Hanya Dia yg kenal kita.

Bye. Salam.
from,
yourself in 2016.

Wednesday, June 1, 2016

Sedih bila friendship kau go to wasted

and lagi sedih bila sebenarnya xde isu pun


Thursday, May 26, 2016

Aku x pernah menyesal dengan setiap keputusan yang aku pernah buat.

Setiap kepahitan yang aku lalui itu mendewasakan aku.

Aku belajar.

Kalau aku tak pernah rasa kesakitan itu, mana mungkin aku mampu merasa kemanisan maha luasnya kasih sayang Allah pada aku?

Andai tiada sakit, bagaimana kita mampu menghargai manisnya penawar?

Wednesday, February 10, 2016

Monday, February 1, 2016

Saturday, January 30, 2016

Sahabat tak perlu dicari
Kadang ia datang sendiri
Di saat yang kau tak pernah tahu
Saat yang kau tak pernah jangka
Dia ada setia menemani disisi

Kawan ada tika kau senang
Tapi sahabat, ada tika kau jatuh
Kawan selalu buat kau ketawa
Tapi sahabat, buat kau bahagia
Kawan mengingatimu lewat memori
Tapi sahabat, menyebutmu dalam doa

Jangan cari sahabatmu bila kau bosan, bila kau ada masa
Tapi korbankanlah masamu untuk bertemu mereka
Begitulah selayaknya sahabat
Kerana susahnya bertemu sahabat
Perginya ditangisi
Namun tetap utuh di dalam hati
Segar selalu namanya di dalam doa
Kerana dunia ini terlalu berat
Perjalanan ini terlalu sukar
Andai tiada insan bergelar sahabat
Mengharung badai berjuang bersama
Tidak mengharap apa melainkan
bertemu di syurga
Menghadap rabbNya.

Wednesday, January 20, 2016

Saat kau sujud
Dunia seolah terhenti
Semua seakan kaku
Hanya kau dan Dia
Syahdu memeluk jiwa
Dingin menusuk kalbu
Kadang lidahmu kelu
Namun Dia lebih tahu
Setia Dia mendengar
Sebelum sempat kau bicara


Monday, January 11, 2016

Iman itu letaknya di hati
Di sudut paling dalam
Terkadang manusia lupa
Jiwa itu punya iman

Ada ketika
Iman terseksa
Hampir tenggelam
Hampir mati

Ada ketika
Iman bercahaya
Menerangi nurani
Cahayanya membahagiakan

Walau apa jua kemungkinan
Carilah dan teruskan;ah
Iman itu ada
Walau terperusuk jauh ke dalam
Namun tetap ada
Setia di situ

 

Copyright 2010 Monolog Seorang Aku.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.