Wednesday, December 23, 2015

Aku memangnya sendiri
Selalu sendirian
Kerana aku tahu
Tak ada yang mampu
menyelusuri badai bersamaku
Kau tak pernah faham
Sakitnya menjadi aku
Jadi biarkan saja aku
Memeluk tubuhku sendiri
Merangkul erat sebuah keperitan
Mendongak menerima penyeksaan
Tersenyum pada hujan hitam
yang titisnya begitu tajam
Melukakan luka yang sudah ternganga
Membasuh merah dengan kepekatan hitam
Bukankah indah
Aku lihat awan lagi
Hatiku seolah melompat girang
Aku lihat awan tersenyum
Selalu awan tersenyum
Tidak pernah awan berduka
Kecuali saat mendung
Deras tangisannya
Tapi begitulah awan
Meski di saat dia bersedih
Tetap ia menabur budi
Bunga pun berkembanglah
Pelangi pun berserilah
Cantik menghias bumi
Subur dari air mata awan

Friday, December 18, 2015


Kebencian itu lahir kerana
kau terlalu menyayangi
Diam
Senyap
Tolong senyap
Aku mahu damai
Aku lemas dalam ramai
Aku sakit dalam riuh
Aku mahu dunia senyap
Sampai aku perit kesunyian
Baru kau berbunyi
Selama hidup aku
Tak pernah aku kenali siapa aku sebenarnya
Aku tidak pernah wujud lengkap
Aku wujudnya hanya separuh-separuh
Dalam apa jua keadaan
Aku separuh.
Aku suka pada alam
Alam, bukan dunia
Dunia ini jijik
Tapi alam itu indah

Terkadang aku rasa seolah aku terbang
Menyatu bersama alam
Senyap diam menghanyutkan

Bila lihat ombak
Bila dengar ombak
Seolah aku dipanggil-panggil
Seolah diseru-seru

Kalau ikutkan hati,
Mahu saja aku menatap ombak
Siang malam menatap ombak
Diam kaku menghadap ombak
Hanya ombak
Dan bayu.
 

Copyright 2010 Monolog Seorang Aku.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.