Salam
Passion aku, aku rasa dari kecik lagi...aku memang x boleh berpisah dari hobi ni. Melukis.
Kalau diselusuri sejarah passion aku ni, hmmm
Sejak umur aku 4 tahun lagi, agak2 dah pandai pegang pensil, aku dah start melukis n aku mulakan melukis dinding n pintu-pintu rumah aku. Haahaa, dah la rumah sewa waktu tu, kesian tuan rumah redha je.
Dari sekolah rendah ke sekolah menengah, dari skolah menengah ke matrik, dari matrik ke universiti, dari habis universiti sampai sekarang....aku masih melukis. Aku melukis bukan sebab bosan semata-mata, bukan sebab mahukan glamour or duit, tapi aku memang melukis out of passion. Korang pernah tengok org menangis sambil melukis? Mungkin pelik bagi korg tapi aku pernah, n bila aku berjaya siapkan satu lukisan yg buat aku puas hati, aku akan tengok lukisan tu lama-lama sebelum tido dengan perasaan puas, n aku x sedar yg tangan aku pegang lukisan tu sampai pagi esok. :')
Tapi, aku masih lagi bukan seorang pelukis mahupun aktivis seni mahupun artis. Aku hanyalah penuntut universiti dalam bidang sains, just typical science student like most of other malaysian student. Berapa ramai manusia dalam Malaysia ni yg berani bermimpi? Eh, bermimpi tu sesuatu perkara yg paling sukar tau. Sebab dari kecik aku bermimpi untuk menjadi pelukis n penggiat seni, tapi sampai sekarang n sampai ke saat ini, aku x berani untuk merealisasikan mimpi tu. Aku cuma seorang pengecut yang mengorbankan passion hidup aku pada sistem and peraturan yg ntah siapa wujudkan.
Aku hanya boleh bermimpikan sesuatu yang aku tau x akan pernah mampu untuk menjadi realiti. Aku berpijak pada realiti sekurang-kurangnya, mengingatkan diri sendiri yang dunia realiti yg aku ada sekarang tak mengizinkan aku untuk bermimpi. Aku perlu mengorbankan kesukaan aku, kecintaan aku, untuk hidup seperti manusia lain. Walaupun aku tak menginginkan hidup seperti mereka, aku tak sampai hati untuk mementingkan diri sendiri buat sesuatu ikut kata hati kerana adanya manusia-manusia yg masih sayangkan aku walau mereka tak tahu apa yg menggembirakan aku menyedihkan mereka.
Kadang-kadang aku terfikir kenapa aku dilahirkan dengan berbekalkan bakat yg aku tak pinta. Sebenarnya ianya menyakitkan. Aku tau aku boleh dan mampu untuk pergi lebih jauh dalam bidang lukisan n seni, ini passion aku, tapi aku juga tau aku x boleh keluar dari penjara sistem bodoh ni. Tapi aku rasa masih belum terlewat. So, keep on dreaming. ;)
Why I English
2 months ago