Thursday, May 11, 2017

Dah lama tak menulis.
Bererti dah lama tak sakit.
Sakit dalam jiwa.
Malam ni aku tulis
Bukan malam,  pukul 4.12 pagi
Mungkin sebab tak boleh tidur
Menangis tapi tetap mata tak lena

Aku suka berfikir
Dan juga overthinking semua
Kenapa manusia suka taking for granted
Aku cuba luahkan dan kongsikan
Untuk seketika rasa seolah didengari
Tapi hakikatnya, tiada pun yg ambil peduli

Mereka tak ada di tempat kita... Well aku
Orang boleh berkata get over it n move on
Sebab mereka tak pernah rasa
Aku tak punya kawalan pada rasa dan kesakitan
Aku kira aku dah move on tapi rupanya masih bersisa

Orang suka cakap dekatlah dgn Tuhan
Nanti kau akan ok. Sebab Tuhan lah ak masih hidup. Kalau bukan kerana Tuhan ak dah lama mati.
Aku tahu itu aku tahu ajaib doa
Tapi doa tidak mujarab tanpa usaha
Dan usaha itulah yg ak tidak tahu
Tiada siapa sarankan apa usaha itu
Malah utk mengurangkan sedikit sakit aku pun tidak

Manusia hanya suka bercakap
Tapi buatnya tidak
Enak didengar manis bicara
Namun hakikatnya hanya kata2
Tetap juga ak dibiar sakit sendiri

Manusia berkata indah dan enak
Bukanlah sebetulnya untuk membantu
Tapi sekadar mahu dilihat mulia
Supaya reputasi masih terjaga

Kan.
 

Copyright 2010 Monolog Seorang Aku.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.