Salam
Entry hari ni agak hmmmm...aku rasa aku perlu tulis jugak pasal ni.
Aku ni bukanla bijak pandai agama, aku hanyalah orang biasa2 je yg menjadi mangsa hasad dengki manusia lain yg juga biasa2 je. Sebab kita semua manusia.
Aku sebenarnya x tau nak tulis apa, tapi sebenarnya hari ni aku telah witness or menyaksikan sesuatu yang akan n mungkin dah pun, mengubah pemikiran aku, yg menyenyapkan sebentar mulut aku, yg membuatkan aku berfikir n yg membuka mata aku. The moment of truth, hebatnya kuasa Allah ini selaku pencipta, betapa Dia menjadikan pelbagai jenis makhluk yg entah berapa jenis n banyaknya hanya Dia yang tahu.
Kita semua sedia maklum yg bukan kita je makhluk Allah di muka bumi ni, kita mungkin trlupa kita berkongsi habitat dengan jin. Dan kita tak tau pun yg jin ni memang suka ganggu kehidupan kita. And ada pulak manusia yg rela menjadi hamba jin tanpa dia sedar, melalui sihir, dia memuaskan nafsu hasad dengkinya untuk melihat kehnacuran manusia lain. Semua ni terjadi dengan izin Allah jua, n pastinya akan berakhir dengan izin Allah jua.
Disebabkan mak aku menderita akibat sihir bertahun-tahun lamanya, kami satu family berjumpa dengan seorang ustaz, yang bagi aku, cara perubatan dia sangat awesome, sangat bagus, n juga betul menurut Islam. Dia pun orgnya jenis santai2 je n lawak pulak. Sepanjang dia mengubati mak aku, dia x bersentuhan langsung dengan mak aku, dan aku hanya nampak dia, n dua org adik perempuan dia mengeluarkan sesuatu dari tubuh mak aku yg dipercayai jin. Aku agak teruja jugak sebenarnya. Aku teringin nak tengok apa yg diorang sedang pegang tapi mungkin hijab aku terlalu kuat n Allah tak mengizinkan. Mungkin aku lemah kalau aku nampak. Banyak ilmu aku belajar dari ustaz tu, dia banyak bagitau tips2 jugak. Yang kelakarnya, dia cakap jin ni canggih jugak, macam kita. Ada la satu hari tu, dia tengah bukak tab dia, jin tu siap cakap.."ko nak buat apa? post kat fb? instagram?" lagi satu, ustaz tu cerita jin tu ckp ni kat dia, "ko tau segi tiga bermuda? bermuda triangle? situ lagi canggih n kat situla dunia kami"..woaaaaa..aku macam tercengang jugak dengar cter ustaz ni, aku macam "is this serious man???!!"..tapi serious aku x tipu n aku tak rasa ustaz ni menipu, muka dia bersih n baik je, orgnyer sebenarnya merendah diri sangat, aku cuma ingin berkongsi pengalaman aku je kat sini. Sebenarnya arwah ayah dia pun meninggal sebab disihir, n satu family dia pun pernah kena sihir. Dia cuma nak menolong org yg senasib je. Ikhlas.
Saka ni, aku malas pulak nak cerita, yg pasti ini semua datang dari org dulu-dulu, kononnya nak menjaga keturunan dia dari sebarang bahaya, tapi dia dah membahayakan keturunan dia dan diri sendiri sebenarnya. Ini semua ada kena mengena dengan perjanjian yg dah dibuat. Kita yg generasi seterusnya yg tak tahu menahu menjadi mangsa. Apa-apapun hanya Allah yang mampu n boleh selamatkan kita. Kita tak perlu nak pergi tok bomoh bagai, takut rosak akidah berbomoh dengan org yg guna khadam n jin jugak. Doa itu kan senjata org mukmin, kita sepatutnya berdoa sendiri n mohon pertolongan dari Allah sendiri, tanpa sebarang perantaraan. Itu lebih baik n berkesan.
Aku rasa pengalaman berjumpa ustaz tu sangat berguna, btw kalau ada salah info kt sini, minta maaflah aku pun x sempurna. Sekadar berkongsi pendapat.
Why I English
2 months ago
0 comments:
Post a Comment