Friday, July 25, 2014

Aku suka igat waktu dulu-dulu

Aku suka imagine if dunia punya mesin masa.
Aku tau korang semua selalu dah baca post mcm ni, mesti selalu dapat dlm wechat x pun ada org share kat fb dan korg pun mesti 'like' kan.

Tapi semua yg ditulis dlm tu semua betul benda yg kita buat waktu budak2 dulu, so aku nak copy balik kat blog aku so aku boleh baca selalu n senyum. haha xde kerja

well, ini yg aku maksudkan:

benda ni semua aku pernah buat dan fikir waktu aku budak2 dulu..haaha

1. Buka kipas, cakap dengan kipas, nak dengar suara bertukar. 2. Naik kereta, tengok bulan, ingat bulan ikut kita. 3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari 'handle', rasa hebat. 4.Masa sekolah ada orang bagi milo free, lepas ambil sekali, menyamar jadi orang lain beratur ambil lagi. 5. Lukis burung guna huruf 'm'. 6. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit. 7.Masa kecil fikir bentuk hati macam ni ♡ 8. Tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu dia mati. 9. Main belon sabun dalam bilik air time tengah mandi. 1 jam dalam bilik air. 10. Fikir dunia kartun memang wujud. 11. Makan chewing gum. Lepas tu jilat sampul dia sebab nak tepek tatoo kat tangan. 12. Gigit kulit nugget dulu kemudian baru makan isi sebab tak nak cepat habis. 13. Koyak tengah-tengah buku latihan sebab nak buat kapal terbang, sampan, origami. 14. Susun kusyen dan buat seni binaan. 15. Fikir sticker lesen P dengan L kat kereta P untuk perempuan, L untuk lelaki. 16. Kawan terpijak kasut sekolah, lepas tu pijak kasut dia balik. 17. Lepas abes peperiksaan akhir tahun, guna buku matematik buat main SOS. 18. Beli sharpener yang ada cermin sebab nak betulkan tudung, main pantul cahaya. Lepas tu tak bagi kawan tiup takut tumpul. 19.Hembus nafas kat cermin tulis saya sayang awak. 20. Anggap zaman dahulu dunia berwarna hitam putih sahaja. 21. Tuang air panas dalam piring sebab nak bagi sejuk, kemudian minum dalam piring. 22. Tak bagi kawan korek pensel di kedua-dua hujung nanti mak mati. 23. Bila blackout, pakai lilin buat pelbagai aksi dengan bayang-bayang. 24. Sebelum minum susu kotak, koyak dulu tepi dia, tengok sama ada tanda + atau -. Orang cakap kalau tanda -, tak boleh minum. Pastu terus buang. 25. Susun snek bentuk cincin (Super Ring) pada setiap jari kemudian makan satu persatu. 26. Tengok tanda kat tapak tangan. Kalau berbentuk K bermaksud nanti jadi orang kaya kalau berbentuk M nanti jadi orang miskin. 27. Ingat kalau tertelan biji, pokok akan tumbuh dalam perut.


hahahha, so innocent yet so sweet

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright 2010 Monolog Seorang Aku.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.