Sunday, October 9, 2016

Kadang-kadang Allah bagi apa yang kita mohon suatu ketika dulu, untuk sedarkan kita yang itu bukan yang kita perlu.

Pernah tak satu ketika bila kita berada dalam satu situasi yang buatkan kita rasa down, sedih. Kita pun terus berdoa mohon agar Allah keluarkan kita dari situasi tu, kita mohon apa yang hati kita berkehendak. Kita mohon Allah berikan kembali sesuatu yang kita fikir dapat ubati kesedihan kita.

Dan kemudian lepas tu, Allah memang bagi. Kita terkejut, kita bersyukur. Apa yang kita minta dah dapat walaupun dulu kita fikir macam mustahil. And then, lama-lama kita rasa macam situation yang Allah letakkan kita suatu ketika dulu, yang kita down tu, yang kita sedih tu, lebih baik dari sekarang. Sebab kita dah mula sedar apa yang kita minta tu tak dapat berikan kita kebahagiaan pun. Kalau ye pun, sekejap saja. Then, baru kita tahu, kadang-kadang Allah tetap beri untuk tunjukkan pada kita yang apa yg kita fikir baik untuk kita, tidak semestinya sesuai untuk kita.

Jadi, tiap kali Allah uji kita, berhenti sejenak, muhasabah dan fikir. Apakah ujian itu patut disyukuri atau ditangisi. Memang pahit tapi itulah penawar. Ujian itu mengubati hati kita yang sarat dengan dunia. Kita nak happy saja, x nak sedih. Sebab tu kita cepat-cepat doa pada Allah berikan kita bahagia. Allah beri tapi kemudian kita rasa makin hilang. Kita lupa ujian itu sebenarnya tanda Allah sayang. Bukan tak boleh doa, boleh. Tapi doakan kita diberi kesabaran dan ketabahan untuk lalui ujian itu dengan baik. Dan muhasabah diri tiap kali ditimpa ujian. Barulah ujian itu bermakna, dan bukan hanya memberi kesakitan semata. Biarlah ujian itu menjadi asbab kita ke syurga, insya Allah.

Aku pun tak faham dengan diri aku, kadang-kadang aku muhasabah diri, kadang-kadang aku macam jilake, kadang-kadang aku macam x wujud. Tapi, yang aku pasti...walau apa saja kedudukan aku, aku cuba kembali pada Dia, mula kembali, biarla seribu kali pun aku gagal.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright 2010 Monolog Seorang Aku.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.