Sunday, May 27, 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera, =)

Hari ni nak tulis post touching sket bleh tak? (blog aku sukati aku la)

Well, (kenapa mesti start ngan well aku tak tau, memang habit aku)
Well...(lagi sekali), ok hari ni sebenarnya hari last aku mengikuti kelas latihan silat di UMT.
Lepas ni, aku tak dapat join kelas ni lagi sebab ni last semester aku..sob2..:/ (bajet sedih sket)

Aku rasa nak flashback semua kenangan bersama gang2 silat ni semua (lol, "gang")
ok, kenapa waktu aku third year baru aku sibuk2 nak join silat? sebab dulu aku xde minat nak belajar ni, entah kenapa waktu third year baru nak terhegeh2, mungkin sebab silat ni SENI mempertahankan diri, sebab ada SENI di situ, mungkin la kot salah satu sebabnya. ye saya suka SENI! >:)....(=,="""")

OK serious memang best belajarnyer, ops kalau nak tahu, pegi daftar kelas silat (promote2)
.......(tiba2 aku blur)

OK dalam kelas ni, untuk perempuan, aku sorang je third year yg lain semua juniors..wahahah..terasa diriku tua..(tapi saya masih muda ok)

So, dapat kenal banyak adik2 yang comel2 (=,=..errghhh),
Dapat kenal Ain yang bajet cam comel and pendek (xD, haha, kidding2, memang comel pun, sorry bukan pendek, kecik..:P), Suhaila yg kecik n comel gak, Aini si sahabat suhaila..wahahaha (ada part aku kena pair ngan dorang ni..SUPERBBB..=,=d), Ayu yang ayu dengan ketawanya..lol, Dila si roommate Ayu yg slalu buat kitorang sumer gelak2, (korg memang lawak), saper lagi ek, sorry la x ingat semua nama, tapi aku cam muka..(=,=), errr..aku tau si budak ain or suhaila yg baca blog ni (kalo korg baca) ingat aku nk tulis pasal 'abg mat' tu, sorry saya x nak tulis pasal dia.:P, korng je pandai2 mengaitkan aku yg xde kaitan ngan dia. hahah

Well, saya nak ucap terima kasih pada korang2 semua adik2 yg comel laaaa sangat especially pada nama2 yg dimention tu. Pada Ain, thanks sebab jadi partner akak, (xde la sakit sangat, lebam2 aku huh..xD), memang best dapat reliefkan tension dengan menolak dan menampar anda serta menjatuhkan anda dengan sengaja..wahahahaahahahhaha(gelak jahat), huaaaaaa,,dah last class, lepas ni xleh sepak tampar n tolak ain lagi n gelakkan ain..T.T, xde org nak dibuli, x best. :P, for Suhaila and sahabatnya, thanks a lot sebab jadi partner akak jugak bila si ain menghilangkan diri. And best tak suhaila dapat penampar free? sayangnya lepas ni akak dah keluar, baru nak kasi makan rumput..:PTo ayu and dila, thanks sebab korang selalu buat akak gelak2 x hengat dunia, thanks ye ayu panggil akak 'mira diba martopo'...=,=

OK makin merepek, tu je nak tulis, all those memories with u all, everyone in this class will always in my heart. ;), saya nak minta maaf banyak2 kalo ada buat salah silap, suhaila sorry tampar tu memang sengaja, :P, ain pun sorry sebab selalu menganjing, nasib baik tak mengkucing..xD, semoga Ain lebih tinggi,wahaha, sorry2, ala baru habis kat kelas silat je, lepas ni boleh jumpa lagi. Jom la nanti kalo free pegi tengok sunrise..*__________*..jom la2, jom la aku paksa ni!

Sorry takde gambar pulak nk letak kat sini. Well, gud luck to all of u for this final exam, buat elok2, dekan tau, pastu ain waktu konvo nanti jgn lupa (xDDDD), n waktu present fyp akak, x yah dtg pun xpe...:P(peasanan pada suhaila gak)

Dah latu, nanti korg touching lbey, :P, touching ke?
Thanks a lot and akak akan selalu doakan kejayaan korang di masa hadapan..cewaah
Assalamualaikum
^.^

Friday, May 25, 2012




Assalamualaikum dan salam sejahtera...=)

Bila direnung-renung kembali hidup kita, tipulah kalau kita cakap kita tak pernah mengalami sebarang kesulitan, kejatuhan, kesedihan, penderitaan, kesakitan. Mustahil kehidupan seseorang itu gembira setiap detik dan saat sejak dia dilahirkan sehinggalah sekarang.

Aku pernah sedih, aku juga pernah sakit, pernah rasa terbeban dan kadang-kadang merasakan mati itu lebih baik. Astaghfirullah, tapi benarkah mati itu lebih baik? Adakah dengan mati segalanya akan berakhir? Jawapannya TIDAK. Aku masih punya peluang membetulkan segala-galanya, mengapa perlu menyerah begitu awal?

Pernahkah kita terfikir, setiap masalah dan kesakitan dalam hidup itu hanyalah ujian dariNya. Dia hanya mahu menguji sejauh mana nilai kesabaran kita sebagai hambaNya, adakah kita akan kembali padaNya memohon pertolongan atau adakah kita terus menyombongkan diri berpaling dariNya meski kita amat-amat memerlukan Dia. Ya, kita memerlukan Dia, Allah. Sedangkan Allah tidak memerlukan kita sedikit pun, andai Allah mahu, sudah pasti Dia menghapuskan kita semua dan menggantikan kita dengan makhluk yang baru yang jauh lebih hebat, tunduk dan patuh dan tidak sombong seperti kita ini. Tetapi Allah tidak berbuat demikian, Allah Maha Penyayang dan Pengampun sentiasa menunggu kita hambaNya untuk kembali.

Janganlah kita menyangka kita mampu mengatasi masalah kita sendiri tanpa rahmat dan pertolongan dariNya. Andai Allah mahu memberi kebahagiaan kepada seseorang, tiada satu tangan pun mampu menahan, dan andai Allah mahu memberi kesusahan kepada seseorang, tiada satu tangan pun mampu menghalang. Maksudnya, andai Allah mahu beri kita kebahagiaan, biar sebesar mana pun rintangan, kita tetap akan mengecapi kebahagiaan itu dalam hidup. Dan andai Allah mahu memberi kita kesusahan dan kesedihan, biar sampai ke hujung dunia kita mencari kebahagiaan, kita tak kan pernah temui kegembiraan sebenar. Justeru, hanya Allah sajalah tempat kita memohon pertolongan dalam menghadapi setiap kesulitan dalam hidup. Kesakitan itu satu anugerah. Tanpa rasa sakit dan derita, kita akan terus terleka dengan dunia kita sendiri dan dengan hadirnya kesakitan itu, ia seoalah-olah teguran secara langsung dari Tuhan kepada kita untuk bermuhasabah diri, melihat kembali kekurangan diri kita, apakah kita masih di atas landasan atau sudah jauh tersasar, apakah kita selalu mengadu kepada Allah sebelum ini. Jika belum, inilah masanya untuk kita kembali padaNya. Sayangnya Allah pada kita, Dia tak membiarkan kita hanyut dan leka dengan dunia.

Ajaibnya bila kesakitan itu menjadi penghubung antara kita dan Tuhan. Hanya kita dan Dia, tiada sebarang perantaraan untuk mengadu padaNya. Melalui sujud kita, mengadulah padaNya, Yang Berkuasa atas segala-galanya. Menangislah sepuas hati memohon pertolongan dariNya kerana tiada apa-apa atau sesiapa yang mampu menolong kita melainkan Allah sahaja. Allah sengaja memberi kita kesusahan dan kesulitan untuk melihat ketaatan kita. Andai kita berdoa, pastilah Allah akan memakbulkan kerana itulah yang ditunggu-tunggu Allah! Tapi malangnya, kita melarikan diri dan seakan-akan tidak percaya pada rahmatNya sedangkan masalah kita itu juga datang dengan izin Allah.

Doa itu sememangnya senjata yang ajaib. Berdasarkan pengalaman aku sendiri, setiap kali aku berada di dalam kesulitan, kesedihan yang tiada siapa pun yang memahami aku, tiada seorang pun yang faham, dan aku merasakan duniaku gelap. Saat itu aku cuba untuk sujud padaNya, aku bukanlah hambaNya yang baik sebelum ini, aku bukanlah hambaNya yang taat, aku banyak melakukan dosa, tapi aku tetap cuba sujud dan berdoa, kerana aku tahu hanya Dia saja tempat untuk aku mengadu. Aku menangis memohon pertolongan merasakan diriku tiada harapan lagi. Aku menangis dan terus menangis di hadapanNya dan malu akan dosa-dosaku. Aku merasakan saat itu Allah mendengar aku. Dan ajaibnya kesulitan yang aku rasa aku tidak mampu keluar satu ketika dahulu, hilang dan Allah gantikan dengan yang lebih baik. Yang mustahil jadi tak mustahil, impossible became possible, hebatnya! Alhamdulillah, betapa besar nikmat yang Allah berikan pada kita semua. Walau sebesar mana masalah kita, ingatlah Allah itu lebih Berkuasa dan Maha Agung atas setiap sesuatu, tiada yang mustahil bagi Allah. Tak ada.

Kesakitan yang perlu ditanggung di dunia ini terlalu kecil untuk dibandingkan dengan kesakitan api neraka di akhirat sana. Setiap kesakitan yang Allah berikan, andai kita bersabar dan mohon pertolongan dariNya, pasti Allah akan memudahkan semuanya dan semoga menjadi ganjaran pahala buat kita menuju syurgaNya. Nilai dunia ini terlalu kecil dan hina untuk ditangisi.

Btw,Ada satu kisah menarik yang ingin dikongsi mengenai nilai dunia pada sudut Islam, credit to majalah al-Ustaz yang siarkan cerita ni, suka sangat cerita ni..^^


"Pada suatu hari, Sayidina al-Hasan r.a: cucu Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya dengan memakai pakaian cantik dan serba baru. Dalam perjalanan, beliau terserempak dengan seorang peminta sedekah Yahudi. Pakaiannya kasar dan diperbuat daripada kulit lusuh dan bertampal-tampal. Dia membawa sebuah bekas air daripada kulit yang sudah usang. Keadaan dirinya tidak terurus dan langkahnya tidak teratur.

Apabila melihat al-Hasan yang begitu gagah dan kemas, dia terpegun. Kemudian dengan lantang dia menyuruh Sayidina al-Hasan berhenti lalu berkata,

"Wahai cucu Rasulullah, saya ingin mengajukan satu pertanyaan kepada anda."

"Apa itu?" Tanya al-Hasan.

"Datukmu pernah berkata bahawa dunia ini penjara bagi orang Mukmin dan syurga bagi orang kafir. Engkau seoarang Mukmin dan aku seorang kafir. Tetapi aku tidak melihat dunia ini melainkan syurga bagimu dan engkau bersenang-lenang dengannya. Dan aku tidak melihat dunia ini melainkan sebagai penjara bagiku." kata Yahudi itu.

Sayidina al-Hasan tersenyum, kemudian berkata: "Wahai saudara seandainya engkau tahu apa yang Allah janjikan kepadaku di akhirat kelak (yakni nikmat syurga), maka engkau akan dapati keadaan aku sekarang ini seperti daalm penjara. Dan sekiranya engkau dapat melihat apa yang Allah janjikan kepada engkau di akhirat ( yakni seksa yang sangat pedih), maka engkau akan merasakan bahawa engkau sekarang ini berada di dalam syurga yang sangat luas."

RENUNG-RENUNGKAN
Salam..=)

Saturday, May 19, 2012

Lewat cahaya petang
Kelabu tanpa warna
Guruh menyusul membawa berita
Awan hitam menutupi angkasa

Aku berlari dan berlari
Namun diriku kebasahan
Langit yang kian gelap
Melitupi segenap ruang

Aku terperangkap lagi
Kaku tidak mampu berdiri
Membiarkan diriku hanyut
Dibawa arus semalam
Bersama hujan hitam
Pulang ke lubuk dalam

Aku menanti mentari
Membiaskan pelangi
Agar kembali berwarna
Esokkku yang sirna

Friday, May 18, 2012

Aku manusia biasa
Bukan sesuci salju
Hitam pernah tercalit
Mengotori ruang hati

Jiwa yang diasak dunia
Membawaku ke dasar sana
Hanyut dan tenggelam
Dalam ilusi syurga duniawi

Nafsu yang menipu
Menjanjikan dusta
Naluri manusiaku mencari
sinar yang abadi
Kekal dan tidak mati

Terkadang aku perlu jatuh
Agar mampu bangkit berdiri
Kerana ilusi membutakan
Mata yang berjaga

Meski aku hina
Aku masih hambaNya
Lemas dengan dosa
Biarkan aku berlari
Walau lelah namun bererti

Akan ku telan semua noda
Izinkan aku ke sana
Walau merangkak akan ku gagahi
Tiada yang ku inginkan lagi
Dari memori semalam
Yang ada cuma janji esok.

Tuesday, May 8, 2012

Di atas tanah gersang itu
Bulatan hitam sengaja dikelar
Melihat dunia dari lingkaran
Membiarkan debu takdir berterbangan


Kaki yang sedia berat
Kian membeku untuk melangkah
Gusar akan dunia luar bulatan
Terus membatu, tidak berganjak


Dalam bulatan itu,
Memeluk tubuh menunduk sepi
Seakan lupa rahmat Tuhannya
Masih bernafas kerana Dia


Dalam bulatan itu,
Mempersoalkan keadilan
Di saat diri tidak mengerti
Berlaku zalim pada diri
Lupa pada janji-Nya


Dalam bulatan itu,
Dia menipu diri lagi
melukis pelangi tanpa warna
Di saat hujan usai turun
membiaskan warna mentari
nun di balik sana
Namun tersenyum pada ilusi
Sedangkan realiti menanti


Dia masih di situ
Mendongak bintang di langit
Menghitung tanpa berkesudahan
Mencari perbezaan dalam persamaan
Menanam seribu kepercayaan
Pada cahaya yang jauh
Biar sekecil kerdipan bintang
Namun sinarnya begitu terang
Kerna Penciptanya tidak pernah mungkir
Membenarkan cahaya menghiasi ruang
Keluarlah dari bulatan selagi terdaya
Sebelum sinarNya kembali menghilang

18/05/12
18.37pm
p/s: merepek per, saya suka merepek n bermain2 dengan kata..:P (stress mode)

Thursday, May 3, 2012

SALAM semua, =)

OK post kali ni rasanya sangat kontroversi tapi dalam diri ni membuak2 nak ekspresskan pendapat saya. So, saya nak minta maaf andainya ada kekasaran bahasa dalam entry ni.


Honestly, saya tengah keliru sekarang, BERSIH tu saya patut sokong atau tak? atau saya patut tolak?
Betulke kalau saya tolak, saya ni dikira dalam kategori manusia yg tak sayangkan islam? Astaghfirullah..saya sayangkan Islam..:'/


BERSIH dibuat untuk memohon keadilan dalam pilihanraya. Jujurnya saya menyokong hasrat ni, biar ada ketelusan dalam pilihanraya, tidak ada unsur2 penipuan dan sebagainya. Tapi, kenapa dari apa yang saya perhatikan terutama daripada penyokong2 BERSIH, adalah 'jatuhkan kerajaan'. Bukankah memohon keadilan dalam pilihanraya berbeza dengan menjatuhkan kerajaan. Alasannya kerajaan tidak pernah berlaku adil dan zalim terhadap rakyat. Saya tak tahu pasal tu sebab mungkin tak pernah berlaku pada saya, mungkin org yg mengalaminya sahaja yg tahu.

Tapi apakah dibenarkan untuk kita menjatuhkan kerajaan? Adakah perjuangan itu betul kerana kita memperjuangkan kebenaran Islam dan ingin menjatuhkan pemerintah yang mungkin tidak mengamalkan 100% pemerintahan Islam contohnya hukum hudud.

Dari perbualan saya dengan mereka-mereka yang menyokong BERSIH, ada yang mengatakan kita perlu sokong sebab kita memperjuangkan Islam, pemerintahan kerajaan tidak lagi adil. Kebanyakan memberi pendapat yang sama, ada juga yang mengaitkan pelaksanaan hukum hudud. Kerajaan menolak hukum Allah dan perlu kita umat Islam membantah. OK personally saya sokong hukum hudud sebab saya tau hukum hudud itu adil. Tapi perlu ke jatuhkan kerajaaan? Perlu diaakui kerajaan tidaklah sempurna, memang betul tapi relevankah tindakan menjatuhkan kerajaan itu seperti yang berlaku di Iraq dan Mesir?

Hayati Ayat ini:
Maksudnya: "Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya, dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya." (Surah an-Nisa': 59)

Hayati pula hadis ini:
Maksudnya: "Barang siapa yang diperintahkan oleh seorang pemerintah, kemudian ia melihatnya melakukan maksiat kepada Allah Ta'ala, hendaklah ia membenci perkara maksiat tersebut, tetapi tidak boleh mencabut ketaatannya kepada pemimpin tadi." (Hadis riwayat Muslim)

Bagaimana pula dengan hadis ini?
Maksudnya: "Barang siapa yang keluar daripada ketaatan, serta berpisah daripada jemaah, lalu ia mati, maka matinya dalam keadaan jahiliah." (Hadis riwayat Muslim)

Seandainya perjuangan atau reformasi yang dibuat untuk menjatuhkan pemerintah Islam yang tidak adil dan zalim itu memberi impak yang lebih buruk seperti mula wjudnya perpecahan ummah, adakah reformasi itu perlu diteruskan?

Perlu dilihat impak dari reformasi itu sendiri, sekiranya membawa kepada perpecahan, sepatutnya tidak perlu diteruskan. Ini bukan pendapat saya, saya cakap just based dari hadis nabi. =)
Kalau ikut pendapat sendiri, semua orang boleh, saya rasa kita perlu kembali pada Quran dan Sunah, bukankah nabi juga pernah bersabda yang di akhir zaman, umat Islam akan berpecah kepada 73 puak di mana satu puak akan ke syurga dan selebihnya ke neraka. Di manakah kita? Manakah pegangan Quran dan Sunnah kita? Yang mana patut kita utamakan dahulu? pendapat sesetengah ulama atau hadis Rasulullah? (p/s: kecuali pendapat ulamak yang menggunakan nas Quran dan Hadis)

Hayati hadis ini lagi:
Ubadah bin al-Samit berkata: "Kami berbaiah kepada Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam untuk memberi ketaatan dalam keadaan kami suka atau benci, dalam keadaan susah dan senang, kami akan mengutamakan Rasulullah ke atas diri kami sendiri dan kami tidak merampas hak pemerintah." Kemudian Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Kecuali jika kamu dapati kekafiran yang jelas, yang ada dalil dan bukti daripada Allah Ta'ala."

"Ini merupakan dalil bahawa tidak harus menderhakai pemerintahan serta cuba menjatuhkan mereka, kecuali jika terhadap kekurufan yang nyata yang terdapat dalil daripada Allah Ta'ala. Ini kerana cubaan untuk menjatuhkan seseorang pemimpin boleh menyebabkan kerosakan yang besar serta keburukan yang dapat menggugat keamanan serta mengabaikan kewajipan. Pada ketika itu tiada orang dapat menghalang kezaliman dan membantu mereka yang dizalimi, serta keadaan menjadi kacau-bilau dan keamanan tidak lagi wujud."

"Jika kumpulan yang melucutkan jawatan pemerintah yang melakukan kekufuran yang nyata itu mempunyai kekuatan untuk berbuat demikian dan menggantikannya dengan seorang pemerintah yang soleh dan baik tanpa membabitkan sebarang kemusnahan terhadap orang Islam, maka hal itu dibenarkan.

"Tetapi jika perbuatan mereka itu mendatangkan kerosakan, menggugat keamanan, menzalimi orang ramai, serta lain-lain keburukan maka perbuatan itu tidak diharuskan. Bahkan mereka diwajibkan bersabar, dengar dan taat di dalam perkara yang makruf. Menasihati pemimpin serta menyeru mereka ke arah kebaikan. Mereka juga mesti berusaha meringankan atau mengurangkan kejahatan tersebut serta memperbanyakkan kebaikan."


Jujur saya katakan sebagai seorang Muslim di akhir zaman di mana fitnah berleluasa, kita cuma ada Quran dan Sunnah untuk dipegang, berpeganglah kuat pada Quran dan Sunnah, memang benar ulamak itu harus dihormati. Tapi janganlah sampai kita menolak hadis Nabi sendiri dan meletakkan pendapat sesetengah ulamak itu tinggi dari hadis nabi. Saya menyokong bersih sekiranya bersih itu diadakan cuma untuk menuntut keadilan dalam pilihanraya, tetapi saya tidak akan menyokong bersih sekiranya keburukan dan perpecahan ummat yang dapat dilihat hasil dari perjuangan itu. Jangan sampai kita tergelincir dari landasan dalam keghairahan memperjuangkan sesuatu. Saya pun tak sehebat mana, ilmu agama pun tak tinggi. Banyak kena belajar, tapi saya tak nak ikut membuta tuli, dan saya tak suka bila org cakap, "ikut je, jangan sibuk nak tanya kenapa dan persoalkan". Tapi berkemungkinan juga ada dalil2 dan nas2 yang membolehkan kita untuk menjatuhkan pemerintah yang tidak mengikut hukum Islam ini? Jika ada, saya mahu tahu, sebab saya perlu tengok dari kedua2 belah pihak, buat masa sekarang mungkin sebaik-baiknya berdiam diri dahulu dan cuma memerhatikan yang mana lebih baik dan meyakinkan untuk kita. Dan jangan percaya 100% pandangan saya tapi anda boleh mngambil hadis2 itu untuk rujukan, sebaiknya kita kaji lebih lagi dan membaca dengan lebih banyak lagi dan bertanya pada yang lebih tahu. Mungkin ada yang saya terlepas pandang tapi setakat ini, ini saja yang mampu saya kongsikan. :)

(EXTRA2)
Saya tak suka melebihkan satu pihak sahaja, patutnyer kita baca n tengok pendapat dari semua orang kan, ada juga yang mengemukakan pendapat bahawa kita memang perlu menyokong perjuangan menjatuhkan pemerintah yang tidak mengamalkan Islam dengan benar. Kalau diikutkan politik dan pemerintahan dalam Islam, yang betul adalah sistem khalifah dan bukannya demokrasi. Tetapi negara kita mengamalkan demokrasi. Ada yang berpendapat sistem demokrasi ini bukanlah sistem Islam tetapi demi menegakkan pemerintahan Islam, kita terpaksa melalui sistem demokrasi tersebut dahulu kerana negara kita telah menggunapakai sistem ini sejak sekian lama. Jadi, nak tak nak, kita tetap kena mengundi, persoalannya, perlu undi siapa? Adakah parti yang betul-betul memberi jaminan 100% dalam menegakkan sistem pemerintahan Islam? Based on my personal opinion la, takde pun. Seriously takde. Jadi saya rasa jangan kita mengundi parti, tapi undilah pemimpin, ada ramai yg kasi tips, kita kaji dulu perangai pemimpin or calon kat kawasan kita, tak kisahlah dia parti apa, kita undi dia, =,="", oke tu pendapat je. Saya tak pernah ambil tahu soal politik, tapi bila politik sudah menyentuh soal agama saya iaitu Islam, saya rasa terpanggil untuk mengkaji lagi dan lagi. Siapa sebenarnya yang betul, siapa yang salah? Adakah saya salah, adakan anda betul? Yang mana diterima Allah, apa jalan penyelesaian terbaik untuk orang yg jahil seperti saya? mengundi bukan kerana ketaksuban kepada parti politik, tapi undilah dan ambillah langkah yg terbaik untuk menyelamatkan akidah kita sendiri.(Takut tersalah undi je)

EXTRA LAGIIIII
OK tu pasal isu jatuhkan kerajaan, kalau dari segi perhimpunan BERSIH ni, dari pendapat peribadi saya, saya rasa andai demonstrasi BERSIH 4.0 akan diadakan lagi selepas ini, saya harap pihak polis tak perlu terlibat dan sepatutnya diberikan cuti, dan biarkan sahaja demonstrasi itu berlangsung. Personally, lepas membaca macam2 sumber pasal kes pergaduhan dan pukul-memukul dalam isu BERSIH tu, saya tak setuju dengan cara polis menangani keadaan. Apa-apa pun saya tak bleh komen lebih sebab saya tak berada di kawasan tu, kalau ada BERSIH 4.0, saya harap dapat sertai sebagai pemerhati sahaja. Hehe, kita nak tau kebenaran kita kenalah berani pergi tengok sendiri kan. :P


KESIMPULAN:
1. Adakah boleh bagi umat Islam menyertai perhimpunan atau sesuatu yang dianjurkan oleh orang bukan Islam sekiranya tujuan perhimpunan itu atau perjanjian itu adalah baik?
Jawapannya boleh umat Islam turut serta sebab tujuannya baik. Sebab Rasulullah juga pernah membuat perjanjian dengan orang kafir Quraisy, dan Rasulullah berkata yang seandainya akan ada lagi perjanjian seperti ini oleh orang bukan Islam, Rasulullah pasti akan sertainya. So, perhimpunan BERSIH ni walaupun ada NGO2 dan juga penganjurnya yang terdiri daripada orang bukan Islam, tak salah kita sertai selagi matlamatnya benar sebenar2 nyer. Sebab tu la saya ckp tadi saya setuju dengan tuntutan BERSIH tu, menuntut keadilan dalam plihanraya. Tapi terus-terang tak suka dengan sikap segelintir penyokong bersih yang memaki-hamun atau tidak berkelakuan dengan sepatutnya. Tapi saya juga tak suka cara polis tangani pendemo yang over tu. And walaupun segelintir polis2 ini berkelakuan kasar, janganlah kita label semua polis tu dengan perkataan yg x sepatutnya. Islam tak ajar kita macam tu. Samalah jika kita menggelar pendemo bersih ini dengan perkataan tak sepatutnya walaupun bukan semua yang memaki-hamun dan sebagainya. So, yang baik kita sokong, yang tak baik, kita jangan sokong walaupun yg tak baik tu ada dalam kelompok kita sendiri. Jangan kerana dia satu haluan dengan kita, maka kita menghalalkan perbuatan dia. Yang salah tetap salah.(Sumber dari Ustaz Asri)

2. Tiada parti politik yang sempurna. Setiap org yang menyokong sesebuah parti politik itu merasakan parti politik itulah yang benar. Tidak mengapa untuk berbeza pendapat tetapi janganlah terlalu fanatik terhadap pendapat sendiri sehingga menolah mentah2 dan mengenepikan pandangan orang lain walaupun pandangan orang lain itu bernas. Setiap orang punya alasan tersendiri dan hak sendiri untuk mengundi. Jangan kerana perbezaan itu, kita sesama Islam bergaduh dan berpecah-belah sedangkan Islam itu bersaudara.
3. Konklusinya, saya menyokong tuntutan BERSIH tetapi saya menolak kepada perpecahan umat Islam yang terlalu taksub dengan perjuangan parti politik masing-masing. Dan sebagai umat Islam, kita tidak sepatutnya mencela orang lain tanpa usul periksa, jangan membiarkan niat menghalalkan cara. Biar niat dan cara itu seiring.
Sekian, terima kasih

p/s: kepada penyokong2 bersih, minta maaf kalau terguris ke apa, kita masih saudara sesama Islam, ingat tu. :)

And lagi satu, saya ni pun manusia biasa, x sempurna, mungkin ada kekhilafan tentang sesuatu isu dalam entry ini, dan mungkin pemahaman saya terhadap hadis2 ini sedikit berbeza, mungkin perlu dibetulkan kerana siapalah saya yg jahil ini untuk mentafsir hadis2 ini, jika ada silalah tegur saya, dan saya amat megalu-alukan sebarang komen yg bertujuan untuk membetulkan saya, tapi pastikan komen itu tidak berbaur kemarahan, emosi, dan nafsu semata2, kalau boleh biarlah berpandukan dalil2 yg boleh dipercayai. :)
Reference: http://scripters.ning.com/forum/topics/fatwa-fatwa-ulama-berkenaan-menjatuhkan-pemerintah?xg_source=activity
“Sistem Politik Islam Menurut Pandangan Al-Quran, Al-Hadis dan Pendapat Ulama Salaf,” Karya Khalid Ali Muhammad Al-‘Anbariy, Terbitan Telaga Biru, Rujuk Lampiran; Fatwa Samahatus Syeikh Abdul Aziz Ibn Abdullah Ibn Baaz, no: 1 & 2. Fatwa Syeikh Muhammad Ibn Shalih Al-'Utsaimin, no: 1 & 7. Fatwa Syeikh Shalih Fauzan Al-Fauzan, no: 6, 8 & 11. Judul Asli: Fiqh As-Siyasah Asy-Syar’iyyah Fii Dhaw`i Al-Qur’an wa As-Sunnah wa Aqwal Salaf Al-Ummah.
 

Copyright 2010 Monolog Seorang Aku.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.