Salam n selamat sejahtera semua warga Bumi?
Hi, aku tak pasti aku nak buat review pasal filem The Truth About Emanuel atau aku nak kupas maksud and mesej yg cuba disampaikan dari movie tu. Tapi aku rasa entry ni mungkin lebih pada input yang aku dapat dari filem ni n yang aku dapat relatekan dengan pengalaman peribadi aku dan juga orang-orang lain di luar sana. So, ini lebih kepada personal opinions.
The Truth About Emanuel ni sebenarnya berkisarkan seorang remaja perempuan yang kehilangan ibu kandungnya sejak dia lahir. Ibunya meninggal dunia saat melahirkannya. Jadi, gadis tu, Emanuel, menyalahkan dirinya sendiri atas kematian ibunya. Kalau dia tak lahir ke dunia ni, mungkin ibunya tak meninggal lebih awal, tapi ajal tetap ajal. Apa yang aku nak kupas di sini lebih kepada sisi psikologikal dan sifat sesetengah manusia dalam menangani ketetapan takdir hidup yang mereka tak suka.
Emanuel, menerima takdir yang pahit di mana dia terpaksa kehilangan seorang ibu sedangkan seorang anak sangat memerlukan kasih sayang seorang ibu tetapi Emanuel, tidak. Jadi, takdir itu telah mengubah kehidupan Emanuel. Siapa yang harus Emanuel persalahkan? Disebabkan ianya takdir, Emanuel mengambil keputusan untuk menyalahkan dirinya sendiri. Melabelkan dirinya sebagai pembunuh tanpa motif. Pembunuh ibunya sendiri. Dia merasakan yang dirinya tak perlu wujud atas muka bumi, tak patut dilahirkan dan dunia bukan tempatnya.
Ada sesetengah manusia yang berfikir dan mengambil keputusan untuk meletakkan diri sendiri sebagai pesalah takdir di atas kejadian yang berlaku atas mereka sendiri. Walaupun merekalah mangsa, tetapi mereka merasakan yg mereka jugalah penjenayah. Tapi hakikatnya tidak. Sebenarnya mereka insan terpilih untuk merasai takdir itu walaupun terlalu pahit. Mungkin ada sesuatu hikmah di sebalik setiap yang berlaku. Ada juga kejadian yg berlaku disebabkan perlakuan-perlakuan jenayah oleh orang yang sememangnya layak digelar penjenayah. Tapi, kerana mangsanya yg kehilangan semangat untuk melawan dan kurang keyakinan dan pembelaan, mereka akhirnya memilih untuk menyalahkan diri sendiri. Dalam kes ini, mangsa yang sememangnya menerima kesan negatif, semakin terseksa dalam diam. Dendam yang memakan diri dari dalam. Menyalahkan diri sendiri walaupun sedar dirinya tidak layak dipersalahkan malah perlukan pembelaan. Tapi, itulah manusia, kita. Kita lemah n sebab itu kita hanya mampu menyalahkan diri sendiri dan takut untuk berdiri membela diri. Kita rasa kita tak sepatutnya melakukan itu dan ini yang akhirnya takdir itu memilih kita untuk derita. Sebenarnya, takdir itu dari dulu sudah tertulis untuk kita. Kita yang harus bijak menghadapinya. Berhenti menyalahkan diri sendiri. Kita tak bersalah.
Untuk diri sendiri.
0 comments:
Post a Comment