Saturday, December 17, 2011


BUNIAN??

apa tu?
based on pengetahuan ku yg cetek ni, bunian tu adalah istilah yg diberikan oleh masyarakat Melayu kepada sejenis kaum jin.

Jin ni makhluk halus la, dalam Islam semua umat Islam memang kena percaya kewujudan makhluk halus ni iaitu jin

Tapi bunian ni ada org cakap adalah hasil perkahwinan manusia dan jin lalu terjadilah bunian

Rupa bentuk bunian ni jugak sama je cam manusia just kebanyakan bunian ni cantik2 dan tampan2..hehe

Tapi manusia biasa x dapat tengok bunian ni, hanya sesetengah orang je yg ada kelebihan kot

Bunian ni hidup dorg sama je cam manusia
dorang makan,minum, ada keluarga, bekerja, siap ada rumah cantik2 macam kita, hidup bermasyarakt, ada budaya setempat mcm berzanji dan berkompang

and bunian ni pakaian dorg just satu warna je, kalau putih, putih semuanya

based on pengalaman adik aku, waktu dia kat hostel, dia ada lalu kat tangga ni,
pastu dia terbau something wangi sangat
lalu dia pegi la tegur, n cakap..'eh wanginyer cam bunian plak'...=,=
sekali malam tu katil dia bau wangi sama cam kat tangga tu
n dia mimpi didatangi sepasang kembar perempuan dan lelaki
dua2 sangat cun n hensem!!
dia cakap seumur hidup dia x pernah lagi dia nampak org secantik n setampan tu..hoho
n muka dorg mcm bercahaya..lol
tapi x tau la org dalam mimpi adik aku tu bunian atau cuma mainan tidur dia

n satu lagi experience, mak aku sakit sebab buatan org camtula
so pergi berubat dengan org yg arif pasal ni
org yg ubati mak aku tu perempuan n baru umur belasan tahun
dia pandai ubati sakit org
bila kitorang tanya dia mcm mana dia boleh tau ubat org,
dia ckp bunian tolong
dulu, dia sakit terlantar kat hospital
koma 6 bulan, doktor nak masukkan darah, x boleh masuk!
sekali bapak dia nampak kelibat mcm bunian masukkan darah kat dia
n akhirnya dia sembuh
kiranya dia lepas tu bersahabat ngan bunian, dia ckp bunian tu ambik dia jadi adik angkat
n dia pernah dibawa melawat perkampungan bunian
dia cakap rumah bunian tu besar sangat, n cantik, kalau kat dunia sebenar kita ni, umpamanya sebuah banglo la

n nak tau mcm mana cara dia ubati mak aku?
dia bersembang dengan seseorang sebelah dia tapi kitorang semua x nampak!
dia cakap tu la bunian tu
bila kami tanya dia apa ciri2 bunian yg dia kawan tu?
dia cakap rambut kerinting2, putih2 n tinggi lampai
OMG!kalau aku termasuk ke alam bunian, mau x balik aku..hahaha..kidding
n pernah bunian tu call hp dia n xde nombor naik pada skrin hp tu
tapi kami semua dengar suara lelaki cakap kat phone tu
seram kannn...lol (actually waktu tu aku excited n teruja)

mungkinkah bunian pun ada kemajuan dan kemudahan cam kita?
sebab waktu mak aku ke rumah perepmpuan tu untuk berubat,
perempuan tu memaklumkan pada mak aku yg bunian yg tolong dia tu datang
menaiki keretanya sendiri n mak aku memang dengar enjin kereta tu
tapi tak nampak kelibat kereta pun
sejauh mana kebenarannya hanya Allah yg tahu
tapi x mustahil mereka pun ada kemudahan sama cam kita
sebab diorang pun boleh berfikir dan gaya hidup dorg pun sama cam kita
cuma bunian tiada jasad sebab dari unsur api dan angin

Tapi aku memang percaya tentang kewujudan bunian sebab
dah banyak kes yg melibatkan bunian berlaku kat sini
tapi kita tak digalakkan untuk bersahabat dengan bunian
kerana kita tak tau sama ada bunian tu benar2 beriman atau kafir
jin suka memperdayakan manusia
terpulang pada akal fikiran kita untuk mentafsirkannya

Dan sebagai makhluk Allah yang menumpang di bumi ni
kita haruslah sama2 menghormati makhluk2 Allah yang lain
sebab mereka pun hidup di bumi yang sama dengan kita
walaupun kita tak nampak mereka

Salam n peace

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright 2010 Monolog Seorang Aku.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.