Thursday, December 1, 2011


ok masyarakat melayu dulu-dulu dan even sekarang memang percaya dan praktik benda-benda tahyul ni semua,
Dulu aku memang tak percaya benda ni semua, tapi sejak akhir-akhir ni aku asyik fikir pasal ni,
dan based on pengalaman tentang apa yg berlaku kat family, naluri aku kuat mengatakan yg alam mistik melayu memang wujud

dan semua ni berkaitan dengan jin
Dalam Islam pun menyuruh kita percaya tentang kewujudan alam ghaib
dan yg bestnyer aku rasa topik ni sangat menarik
dan kajian tentang alam mistik melayu patut dibuat
perasaan ingin tahu pasal alam mistik ni buatkan aku nak tahu n tahu lebih lagi

Surah Al-Hijr ayat 26 - 27 :Yang bermaksud : Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah liat yang kering kontang yang berasal dari lumpur hitam yang di beri bentuk dan Kami telah ciptakan Jin sebelum di ciptakan manusia daripada api yang sangat panas.

n yg paling popular ialah SAKA
korang tau apa tu SAKA?
SAKA tu ialah jin yg mendiami tubuh manusia tanpa dia sedar
keadaan ni terjadi disebabkan mungkin nenek moyang dia pernah membela jin
atau membuat perjanjian dengan jin tu
n bila nenek or pemilik asalnya meninggal dunia
SAKA ni akan cari tuan barunya melalui waris turun temurun
jadi kemungkinan cucunya yang tak tau apa2 akan dapat gangguan SAKA ni

Ada beberapa tanda2 or symptom2 kalau org tu diganggu SAKA:

Gejala Ketika Tidur

1. Susah tidur malam.

2. Mudah terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.

3. Mimpi buruk dan menakutkan.

4. Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, ular,serigala, tikus dan sebagainya.

5. Bunyi gigi berlaga ketika tidur.

6. Mimpi terjatuh dari tempat tinggi.

7. Berdiri dan berjalan ketika tidur.

8. Bermimpi berada di tempat yang sunyi.

9. Bermimpi berada di kawasan kotor dan kawasan perkuburan.

10. Mimpi melihat makhluk halus.

11. Mimpi melihat salib atau gereja.

12. Mimpi bertemu paderi.

13. Mimpi melihat budak kecil.


Gejala Ketika Jaga

1. Sering lalai daripada mengingati Allah S.W.T

2. Hilang ingatan (gila).

3. Lesu dan malas.

4. Rasa sakit pada sebahagian anggota badan.

5. Sakit di bahagian belakang badan terutamanya tulang belakang.

6. Lenguh sendi-sendi.

7. Melihat sesuatu yang pelik.

8. Ketumbuhan yang sukar diubati (kanser).

9. Terasa seolah-olah memijak telur atau batu di bahagian tapak kaki.

10. Mudah panik bila berhadapan dengan masalah.

11. Jiwa lemah.

12. Selalu mengantuk.

13. Mudah marah dan panas baran.


Kesan Dan Akibat

1. Sukar mendapat zuriat.

2. Banyak berlaku perkara ganjil di dalam hidup seseorang.

3. Banyak mengidap pelbagai penyakit.

4. Tidak suka bermasyarakat.

5. Mudah sensitif dan mudah terasa.

6. Mengetahui perkara-perkara yang mustahil diketahui oleh orang lain (bisikan jin dan syaitan).

7. Selalu menangis ketika kecil dan berperangai buruk apabila dewasa.

8. Kehidupan menjadi tegang dan suram.

ok aku agak takut jugak sebab tanda2 ni ada berlaku kat aku honestly....
tambahan pulak family aku pernah kena buatan org dan banyak perkara pelik berlaku kat family aku,
kalau aku cerita mungkin certain org tak percaya, tapi terpulang pada pandangan masing2

Aku cuma berminat dengan alam mistik melayu
dan aku suka baca pasal benda2 ni
bukan bermakna aku nak amalkan benda2 tahyul ni
berdosa!
aku cuma nak tau je n nak kaji benda ni
sebab ni jugak salah satu peninggalan budaya Melayu dulu2
n sangat menarik untuk dikaji

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright 2010 Monolog Seorang Aku.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.