Monday, December 26, 2011


Aku tak faham dengan sesetengah manusia yang cakap tak serupa bikin
kenapa seseorang tu dengan megahnya mendabik dada melaungkan pada semua
yang dialah Muslim tapi tingkah lakunya sedikit pun tidak mencerminkan Islam.

Aku malu, sampai aku yang merupakan seorang Muslim pun diherdik dicaci oleh saudara se-Islamku sendiri

Dia bangga yang dia adalah Muslim, baguslah. Tapi kenapa sikapnya sangat memalukan umat Islam seluruhnya?

ibaratnya dia membina masjid untuk umat Islam mendirikan solat, namun dia jugak yang meruntuhkan masjid satu lagi di tempat lain??

straight to the point= kalau awak nak tegur saya, ok saya akan terima teguran itu, kerana saya juga manusia lemah, tapi ayat-ayat teguran awak itu membuat saya keliru kerana terlalu kasar. Perkataan mcm...'ko ni bodoh la, ba**'...adakah itu namanya teguran? bolehkah saya menerima nasihat yang berbunyi sebegitu? adakah itu layak dipanggil teguran yg membina?
dan paling sedih adakah itu layak digelar teguran dari seoarang Muslim terhadap saudara se-Islamnya?

Islam tidak pernah mengajar kita untuk bersikap biadab, kasar, terhadap orang lain. Makna Islam itu sendiri adalah 'sejahtera' dan mendamaikan. Saya sedih dengan sikap segelintir umat Islam yang dengan lantangnya mengaku Islam tetapi tingkah lakunya membuatkan ramai orang bukan Islam memandang rendah pada Islam.

Anyway terima kasih di atas 'teguran membina' itu, mungkin saya patut tapis dulu teguran itu kemudian ambil isinya dan buang hampasnya.

Hati yang Keliru,
Mira Diba

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright 2010 Monolog Seorang Aku.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.