SALAM semua, =)
OK post kali ni rasanya sangat kontroversi tapi dalam diri ni membuak2 nak ekspresskan pendapat saya. So, saya nak minta maaf andainya ada kekasaran bahasa dalam entry ni.
Honestly, saya tengah keliru sekarang, BERSIH tu saya patut sokong atau tak? atau saya patut tolak?
Betulke kalau saya tolak, saya ni dikira dalam kategori manusia yg tak sayangkan islam? Astaghfirullah..saya sayangkan Islam..:'/
BERSIH dibuat untuk memohon keadilan dalam pilihanraya. Jujurnya saya menyokong hasrat ni, biar ada ketelusan dalam pilihanraya, tidak ada unsur2 penipuan dan sebagainya. Tapi, kenapa dari apa yang saya perhatikan terutama daripada penyokong2 BERSIH, adalah 'jatuhkan kerajaan'. Bukankah memohon keadilan dalam pilihanraya berbeza dengan menjatuhkan kerajaan. Alasannya kerajaan tidak pernah berlaku adil dan zalim terhadap rakyat. Saya tak tahu pasal tu sebab mungkin tak pernah berlaku pada saya, mungkin org yg mengalaminya sahaja yg tahu.
Tapi apakah dibenarkan untuk kita menjatuhkan kerajaan? Adakah perjuangan itu betul kerana kita memperjuangkan kebenaran Islam dan ingin menjatuhkan pemerintah yang mungkin tidak mengamalkan 100% pemerintahan Islam contohnya hukum hudud.
Dari perbualan saya dengan mereka-mereka yang menyokong BERSIH, ada yang mengatakan kita perlu sokong sebab kita memperjuangkan Islam, pemerintahan kerajaan tidak lagi adil. Kebanyakan memberi pendapat yang sama, ada juga yang mengaitkan pelaksanaan hukum hudud. Kerajaan menolak hukum Allah dan perlu kita umat Islam membantah. OK personally saya sokong hukum hudud sebab saya tau hukum hudud itu adil. Tapi perlu ke jatuhkan kerajaaan? Perlu diaakui kerajaan tidaklah sempurna, memang betul tapi relevankah tindakan menjatuhkan kerajaan itu seperti yang berlaku di Iraq dan Mesir?
Hayati Ayat ini:
Maksudnya: "Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya, dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya." (Surah an-Nisa': 59)
Hayati pula hadis ini:
Maksudnya: "Barang siapa yang diperintahkan oleh seorang pemerintah, kemudian ia melihatnya melakukan maksiat kepada Allah Ta'ala, hendaklah ia membenci perkara maksiat tersebut, tetapi tidak boleh mencabut ketaatannya kepada pemimpin tadi." (Hadis riwayat Muslim)
Bagaimana pula dengan hadis ini?
Maksudnya: "Barang siapa yang keluar daripada ketaatan, serta berpisah daripada jemaah, lalu ia mati, maka matinya dalam keadaan jahiliah." (Hadis riwayat Muslim)
Seandainya perjuangan atau reformasi yang dibuat untuk menjatuhkan pemerintah Islam yang tidak adil dan zalim itu memberi impak yang lebih buruk seperti mula wjudnya perpecahan ummah, adakah reformasi itu perlu diteruskan?
Perlu dilihat impak dari reformasi itu sendiri, sekiranya membawa kepada perpecahan, sepatutnya tidak perlu diteruskan. Ini bukan pendapat saya, saya cakap just based dari hadis nabi. =)
Kalau ikut pendapat sendiri, semua orang boleh, saya rasa kita perlu kembali pada Quran dan Sunah, bukankah nabi juga pernah bersabda yang di akhir zaman, umat Islam akan berpecah kepada 73 puak di mana satu puak akan ke syurga dan selebihnya ke neraka. Di manakah kita? Manakah pegangan Quran dan Sunnah kita? Yang mana patut kita utamakan dahulu? pendapat sesetengah ulama atau hadis Rasulullah? (p/s: kecuali pendapat ulamak yang menggunakan nas Quran dan Hadis)
Hayati hadis ini lagi:
Ubadah bin al-Samit berkata: "Kami berbaiah kepada Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam untuk memberi ketaatan dalam keadaan kami suka atau benci, dalam keadaan susah dan senang, kami akan mengutamakan Rasulullah ke atas diri kami sendiri dan kami tidak merampas hak pemerintah." Kemudian Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Kecuali jika kamu dapati kekafiran yang jelas, yang ada dalil dan bukti daripada Allah Ta'ala."
"Ini merupakan dalil bahawa tidak harus menderhakai pemerintahan serta cuba menjatuhkan mereka, kecuali jika terhadap kekurufan yang nyata yang terdapat dalil daripada Allah Ta'ala. Ini kerana cubaan untuk menjatuhkan seseorang pemimpin boleh menyebabkan kerosakan yang besar serta keburukan yang dapat menggugat keamanan serta mengabaikan kewajipan. Pada ketika itu tiada orang dapat menghalang kezaliman dan membantu mereka yang dizalimi, serta keadaan menjadi kacau-bilau dan keamanan tidak lagi wujud."
"Jika kumpulan yang melucutkan jawatan pemerintah yang melakukan kekufuran yang nyata itu mempunyai kekuatan untuk berbuat demikian dan menggantikannya dengan seorang pemerintah yang soleh dan baik tanpa membabitkan sebarang kemusnahan terhadap orang Islam, maka hal itu dibenarkan.
"Tetapi jika perbuatan mereka itu mendatangkan kerosakan, menggugat keamanan, menzalimi orang ramai, serta lain-lain keburukan maka perbuatan itu tidak diharuskan. Bahkan mereka diwajibkan bersabar, dengar dan taat di dalam perkara yang makruf. Menasihati pemimpin serta menyeru mereka ke arah kebaikan. Mereka juga mesti berusaha meringankan atau mengurangkan kejahatan tersebut serta memperbanyakkan kebaikan."
Jujur saya katakan sebagai seorang Muslim di akhir zaman di mana fitnah berleluasa, kita cuma ada Quran dan Sunnah untuk dipegang, berpeganglah kuat pada Quran dan Sunnah, memang benar ulamak itu harus dihormati. Tapi janganlah sampai kita menolak hadis Nabi sendiri dan meletakkan pendapat sesetengah ulamak itu tinggi dari hadis nabi. Saya menyokong bersih sekiranya bersih itu diadakan cuma untuk menuntut keadilan dalam pilihanraya, tetapi saya tidak akan menyokong bersih sekiranya keburukan dan perpecahan ummat yang dapat dilihat hasil dari perjuangan itu. Jangan sampai kita tergelincir dari landasan dalam keghairahan memperjuangkan sesuatu. Saya pun tak sehebat mana, ilmu agama pun tak tinggi. Banyak kena belajar, tapi saya tak nak ikut membuta tuli, dan saya tak suka bila org cakap, "ikut je, jangan sibuk nak tanya kenapa dan persoalkan". Tapi berkemungkinan juga ada dalil2 dan nas2 yang membolehkan kita untuk menjatuhkan pemerintah yang tidak mengikut hukum Islam ini? Jika ada, saya mahu tahu, sebab saya perlu tengok dari kedua2 belah pihak, buat masa sekarang mungkin sebaik-baiknya berdiam diri dahulu dan cuma memerhatikan yang mana lebih baik dan meyakinkan untuk kita. Dan jangan percaya 100% pandangan saya tapi anda boleh mngambil hadis2 itu untuk rujukan, sebaiknya kita kaji lebih lagi dan membaca dengan lebih banyak lagi dan bertanya pada yang lebih tahu. Mungkin ada yang saya terlepas pandang tapi setakat ini, ini saja yang mampu saya kongsikan. :)
(EXTRA2)
Saya tak suka melebihkan satu pihak sahaja, patutnyer kita baca n tengok pendapat dari semua orang kan, ada juga yang mengemukakan pendapat bahawa kita memang perlu menyokong perjuangan menjatuhkan pemerintah yang tidak mengamalkan Islam dengan benar. Kalau diikutkan politik dan pemerintahan dalam Islam, yang betul adalah sistem khalifah dan bukannya demokrasi. Tetapi negara kita mengamalkan demokrasi. Ada yang berpendapat sistem demokrasi ini bukanlah sistem Islam tetapi demi menegakkan pemerintahan Islam, kita terpaksa melalui sistem demokrasi tersebut dahulu kerana negara kita telah menggunapakai sistem ini sejak sekian lama. Jadi, nak tak nak, kita tetap kena mengundi, persoalannya, perlu undi siapa? Adakah parti yang betul-betul memberi jaminan 100% dalam menegakkan sistem pemerintahan Islam? Based on my personal opinion la, takde pun. Seriously takde. Jadi saya rasa jangan kita mengundi parti, tapi undilah pemimpin, ada ramai yg kasi tips, kita kaji dulu perangai pemimpin or calon kat kawasan kita, tak kisahlah dia parti apa, kita undi dia, =,="", oke tu pendapat je. Saya tak pernah ambil tahu soal politik, tapi bila politik sudah menyentuh soal agama saya iaitu Islam, saya rasa terpanggil untuk mengkaji lagi dan lagi. Siapa sebenarnya yang betul, siapa yang salah? Adakah saya salah, adakan anda betul? Yang mana diterima Allah, apa jalan penyelesaian terbaik untuk orang yg jahil seperti saya? mengundi bukan kerana ketaksuban kepada parti politik, tapi undilah dan ambillah langkah yg terbaik untuk menyelamatkan akidah kita sendiri.(Takut tersalah undi je)
EXTRA LAGIIIII
OK tu pasal isu jatuhkan kerajaan, kalau dari segi perhimpunan BERSIH ni, dari pendapat peribadi saya, saya rasa andai demonstrasi BERSIH 4.0 akan diadakan lagi selepas ini, saya harap pihak polis tak perlu terlibat dan sepatutnya diberikan cuti, dan biarkan sahaja demonstrasi itu berlangsung. Personally, lepas membaca macam2 sumber pasal kes pergaduhan dan pukul-memukul dalam isu BERSIH tu, saya tak setuju dengan cara polis menangani keadaan. Apa-apa pun saya tak bleh komen lebih sebab saya tak berada di kawasan tu, kalau ada BERSIH 4.0, saya harap dapat sertai sebagai pemerhati sahaja. Hehe, kita nak tau kebenaran kita kenalah berani pergi tengok sendiri kan. :P
KESIMPULAN:
1. Adakah boleh bagi umat Islam menyertai perhimpunan atau sesuatu yang dianjurkan oleh orang bukan Islam sekiranya tujuan perhimpunan itu atau perjanjian itu adalah baik?
Jawapannya boleh umat Islam turut serta sebab tujuannya baik. Sebab Rasulullah juga pernah membuat perjanjian dengan orang kafir Quraisy, dan Rasulullah berkata yang seandainya akan ada lagi perjanjian seperti ini oleh orang bukan Islam, Rasulullah pasti akan sertainya. So, perhimpunan BERSIH ni walaupun ada NGO2 dan juga penganjurnya yang terdiri daripada orang bukan Islam, tak salah kita sertai selagi matlamatnya benar sebenar2 nyer. Sebab tu la saya ckp tadi saya setuju dengan tuntutan BERSIH tu, menuntut keadilan dalam plihanraya. Tapi terus-terang tak suka dengan sikap segelintir penyokong bersih yang memaki-hamun atau tidak berkelakuan dengan sepatutnya. Tapi saya juga tak suka cara polis tangani pendemo yang over tu. And walaupun segelintir polis2 ini berkelakuan kasar, janganlah kita label semua polis tu dengan perkataan yg x sepatutnya. Islam tak ajar kita macam tu. Samalah jika kita menggelar pendemo bersih ini dengan perkataan tak sepatutnya walaupun bukan semua yang memaki-hamun dan sebagainya. So, yang baik kita sokong, yang tak baik, kita jangan sokong walaupun yg tak baik tu ada dalam kelompok kita sendiri. Jangan kerana dia satu haluan dengan kita, maka kita menghalalkan perbuatan dia. Yang salah tetap salah.(Sumber dari Ustaz Asri)
2. Tiada parti politik yang sempurna. Setiap org yang menyokong sesebuah parti politik itu merasakan parti politik itulah yang benar. Tidak mengapa untuk berbeza pendapat tetapi janganlah terlalu fanatik terhadap pendapat sendiri sehingga menolah mentah2 dan mengenepikan pandangan orang lain walaupun pandangan orang lain itu bernas. Setiap orang punya alasan tersendiri dan hak sendiri untuk mengundi. Jangan kerana perbezaan itu, kita sesama Islam bergaduh dan berpecah-belah sedangkan Islam itu bersaudara.
3. Konklusinya, saya menyokong tuntutan BERSIH tetapi saya menolak kepada perpecahan umat Islam yang terlalu taksub dengan perjuangan parti politik masing-masing. Dan sebagai umat Islam, kita tidak sepatutnya mencela orang lain tanpa usul periksa, jangan membiarkan niat menghalalkan cara. Biar niat dan cara itu seiring.
Sekian, terima kasih
p/s: kepada penyokong2 bersih, minta maaf kalau terguris ke apa, kita masih saudara sesama Islam, ingat tu. :)
And lagi satu, saya ni pun manusia biasa, x sempurna, mungkin ada kekhilafan tentang sesuatu isu dalam entry ini, dan mungkin pemahaman saya terhadap hadis2 ini sedikit berbeza, mungkin perlu dibetulkan kerana siapalah saya yg jahil ini untuk mentafsir hadis2 ini, jika ada silalah tegur saya, dan saya amat megalu-alukan sebarang komen yg bertujuan untuk membetulkan saya, tapi pastikan komen itu tidak berbaur kemarahan, emosi, dan nafsu semata2, kalau boleh biarlah berpandukan dalil2 yg boleh dipercayai. :)
Reference: http://scripters.ning.com/forum/topics/fatwa-fatwa-ulama-berkenaan-menjatuhkan-pemerintah?xg_source=activity
“Sistem Politik Islam Menurut Pandangan Al-Quran, Al-Hadis dan Pendapat Ulama Salaf,” Karya Khalid Ali Muhammad Al-‘Anbariy, Terbitan Telaga Biru, Rujuk Lampiran; Fatwa Samahatus Syeikh Abdul Aziz Ibn Abdullah Ibn Baaz, no: 1 & 2. Fatwa Syeikh Muhammad Ibn Shalih Al-'Utsaimin, no: 1 & 7. Fatwa Syeikh Shalih Fauzan Al-Fauzan, no: 6, 8 & 11. Judul Asli: Fiqh As-Siyasah Asy-Syar’iyyah Fii Dhaw`i Al-Qur’an wa As-Sunnah wa Aqwal Salaf Al-Ummah.
Why I English
2 months ago
2 comments:
assalamualaikum... i am so happy for you because at least you try to find the truth by reading and not hearing only. All you said are true. malaysia guna sistem demokrasi,tapi demokrasi kah kita? thats the question to ponder upon. malaysia negara yg telus dan aman di mata org2 kampung krn mereka hny melihat tv1,tv2,tv3 shja..and semuanya menunjukkn kecintaan krjn kita kpd rakyat.. I am on the foot yg nak BN/UMNO dijatuhkan. i'm sorry to say this. we know x sokong kerajaan adalah pembangkang but this is not relevan in penang sbg cth. krjn penang adalah pr not bn. hehe.. tampuk pimpinan sekarang byk membuat kerosakan, korupsi, mkn harta rakyat..yg kaya btmbh kaya, yg mskin btmbh miskin.. they said whoever sokong selain drpd dorg adlh pembangkang. adakah berlainan pendapat xboleh?berlainan hujah xboleh? they also ugut sape yg xsokong dorg xdpt naik pgkat,xkan ditolong dsb. islam sepatutnya berada di ats tp isteri n anak2 pemerintah pon x tutup aurat ape kes..so terjadilah maksiat berleluasa skrg,makin btmbh, tiada sekatan rancangan. program belia yg lucah and haram, bdk2 skolah semakin liar, etc.. sbb ape?? the government now rules everything..every single thing! siaran tv,berita diputarbelit..ilmu agama di skolah amat terhad! pergauln bebas. artis yg melampau. all these things bcoz of the rulers now. they create them. and if you want to know more, i suggest you read blog from ustaz hasrizal, dr.asri, dan ramai lg tokoh2 yg hebat. pihak krjn skrg tahu putar belit like kj did during debat wif rafizi and also isu panas skrg dkt perak yg laki ni nk keluar umno sbb mntk projek xdpt etc..lepas bg prjk trus msuk blk n slhkn nizar pulak..what an irony...also not just only read, but watch video..byk dah dkt youtube. cheers ^^
actually im not really into politic, coz for me its a scary world, honestly and personally i dun mind if anyone wanna jatuhkan bn/umno, what i dun like is, some people who in tht particular politic party will be so fanatic until they condemn and make other people who not support them (as example, people who not on any side) just like enemy even though we are all Muslims, and i think these people dangerous, suddenly i feel insecure..(sorry i been judgemental, coz i met some people like tht)i'm sad when some of these people separatred juzt coz of this, coz Rasululllah sangat bencikan perpecahan ummah, sedangkan itulah yg kita kena jaga. dan saya? saya x pernah mengundi sapa2 pun sebenarnya....=,=
Post a Comment