Saja nak citer pengalaman aku sebagai pelajar fine art dengan background aku as marine biology student. Hahaha
Aku memang dari dulu minat seni tapi aku xde peluang untuk belajar dalam bidang seni secara formal so biasanya aku belajar sendiri. Disebabkan kedudukan rumahku dan tempat belajar aku yg x terlalu common dengan art exhibition, art stores, galleries dan sebagainya so lagilah aku xde pengalaman dalam semua tu.
Tapi lepas habis degree in marine bio, aku mencuba nasib apply master in fine art dan Alhamdulillah aku lulus interview dan dapat.
Nak citer la ni hari first dtg, aku sebenarnya takut n rasa rendah diri sngt2. Yelah, aku ni kalau nk compare dgn retis2 yg dah berpengalaman, yg dah ada show, yg keluar masuk galeri..aku ni nothing la. hahahahaha...........-_-
Masuk kelas je, bila sesi perkenalkan diri, mesti org terkejut beruk bila tau aku budak biologi dulu. Lecturer apatah lagi, haruslah aku akan menjadi aim n target pasni dlm kelas. Selepas aku cuba berkenalan dan bersembang dan berdiskusi dengan bebudak fine art dan senior, baru ku tahu seni itu luas. Scientific procedures or laboratory works pun buleh jadi karya seni. Aku pun hmmmmmm. Otakku ligat berfikir utk tajuk research nanti. Segala bayangan pasal cat minyak, cat arkilik, dan kanvas dalam kepalaku hilang berganti dengan bayangan bakteria, agar, plankton, mikroskop, parasite, ikan..ek. Hahahahaha. Aku rasa kenapa perlu aku kuburkan semua ilmu sains yg aku belajar dulu? Rugi je mak aku hntr aku gi umt tu kalau x apply. Apply dalam art pun jadi la kalu xleh apply dalam industri sains negara. -_-.
Pastu aku terjumpa sorg otai la jugak...full time artist major in sculpture. Dia tau je yg aku ni dulu budak marine bio..respon dia.."pelik. Menarik. Ko memg pelik, setakat ni ko paling pelik. xpe aku akan hebahkan pasal ko ni kat artis2 lain."....waktu tu aku dah kecut perut sebenarnya..dalam otak aku..'habislah...masaaakkk masakkk'..pastu dia mintak aku tunjukkan hasil lukisan yg aku penah wat, aku pun kasi la....pastu dia komen.."pergh skill power niii"...agak terkejut sket aku waktu tu sebab aku merasakan skill aku biasa2 saja n xdelah power mana. Aku memg suka melukis, 4 tahun 5 tahun da rajin conteng dinding rumah, pintu jamban dan sebagainya. Terdedah pada gejala vandalisme di usia yg muda. Pastu turut membawa budaya vandalisme itu ke sekolah dengan menconteng meja, buku teks, dinding tandas dan apa2 saja yg kosong. Itulah aku..hahaha, aku cuma x pernah stop melukis. Tu je cara aku belajar. Bila besar sket, bertamadun sket lukis atas kertas.
And sekarang aku still fikir idea utk research aku. Aku must come out with a concept, significant, and can be conducted la kalau boleh. Huuuuu idea marilah berdamping dgnku.......
Why I English
2 months ago
0 comments:
Post a Comment