Mahu apa lagi dariku
Aku juga manusia
Sama sepertimu
Aku juga punya hati
Aku bisa menangis
Aku bisa kecewa
Aku manusia
Aku tahu
Walau emas mencecah langit kuberi
Masih aku ini digelar miskin hina
Walau mereput tulangku berkhidmat
Masih aku ini si malas merempat
Walau nyawaku hilang mempertahnkanmu
Masih namaku dikeji dicebik kamu
Lalu siapakah aku sebenarnya dalam hidupmu
Bagaimanakah harus aku menjadi sempurna di matamu
Walau dunia ini aku miliki semuanya
Aku yakin masih belum sempurna
Kerna manusia tidak pernah puas kehendaknya
Apakah aku durhaka dalam melakukan khilaf
Apakah engkau sempurna tiada dosa seperti malaikat
Bukankah aku ini amanah kalian
Mengapa kata nista dilempar
Kata-kata hikmah disimpan
Namun aku masih sedar layaknya aku
Darjatmu sentiasa tinggi di langit
Darjatku tunduk menyembah bumi
Dan aku mohon
Jadilah manusia kerna aku jua manusia
p/s: terbukak satu forum n terbaca masalah2 anak-anak yang menghadapi ibu bapa yg berakhlak buruk. So, saja tulis puisi ni untuk diorang. Untuk sesiapa yg menghadapi situasi yg sama. Sebab tu lah, sebelum berkahwin, pastikan kita sudah ada ilmu keibu bapaan yg mantap. Sebab ibu bapa pun boleh derhaka pada anak2 nya terlebih dahulu sebelum anak2 derhaka pada mereka. Nasihatlah dengan hikmah, bukan dengan cacian, maki hamun, cercaan, sialan, babian, anak harramm..maaf kasar plak, anak2 adalah amanah, anak2 juga punya hati punya perasaan. Setiap kata-kata boleh mengguriskan perasaan. Tak perlulah kita nk mengharapkan kesempurnaan sedangkan diri sendiri x sempurna. Tak bermakna kita di atas, kita selalunya betul. Tapi darjat ibu bapa tetap tinggi dari anak2, jadi kepada mereka2 yg menghadapi masalah ni, bersabar, sabar, sabar, sabar, dan doa. Allah yang memegang hati-hati manusia. Berdoalah.
Why I English
2 months ago
0 comments:
Post a Comment