Sunday, December 8, 2013

She's a girl,
Who you can't understand
by just one two three glances

She's a girl,
Who you can't see her smiles
by just one two three typical jokes

She's a girl,
Who you can't see her tears
by just one two three broken love stories

She's a girl, 
Who you can understand
if you sinking deeper to the darkest part of her memories
suffocating reaching for light, dying
She's a girl,
Who you can make she smiles
if you emerge into her own fragile world, putting up some puzzles
which fell over into pieces, recover
She's a girl,
Who you can see she's crying
if you touch the bottom of her black numb heart, with your blade of honesty
slice it open like a slaughter, bleeding

She just a girl
Who never belong to this world
Chosen for one brutal world discovery
Selected for one rare experience
Shaped to be one girl like no others
As she can paint out the misery of world
beneath her skins

Thursday, December 5, 2013

Salam n selamat sejahtera

Entry ini tidak berniat untuk racist atau berbaur perkauman kerana aku juga adalah Melayu. Tak kan Melayu hilang di dunia. Hope so

Aku mengeluarkan entry sebegini rupa bukanlah kerana aku x mengenal jati diri aku sebagai Melayu malah aku bangga dengan tradisi dan ketinggian ilmu seninya. Lol, seni trus. Melayu banyak jugak melakar sejarah sebenarnya tapi generasi-generasi Melayu yg terkemudian ini yg aku maksudkan, mengecewakan.

Huk aloh, aku saja jer nak listkan kat sini sikap2 typical Melayu yg aku pernah observe dari kawan-kawan Melayu aku sendiri, check these out:

1. Perempuan je wajib memasak kat dapur, lelaki x yah
2. Belajar tinggi mana pun, yg pompuan tu haruslah menjadikan pencarian imam idaman hati sebagai goal utama hidup.
3. Jarang berfikir outside the box
4. wajib cari pakwe kalau semua kawan2 dah ada pakwe supaya x ketinggalan (utk perempuan)
5. Bergayut or call pakwe lebih lama dari parents or adik beradik (perempuan/lelaki)
6. Kunci kebahagiaan terletak pada pasangan kekasih, xde kekasih x bahagia, =_=..family n kawan-kawan jadi tunggul
7. Kahwin atau cari lelaki yg berada kalau xde kerja or menganggur (perempuan)
8. Layan drama Melayu jiwang pukul 7 kat tv3(banyak perempuan)
9. Tak berapa nk faham filem atau drama yg meletakkan ilmu or research sebagai intipati utama
10. Suka drama korea n k-pop (terasa sangat up to date)
11. Malas membaca, malas membaca buku-buku ilmiah n isu semasa kecuali majalah mangga, komik jalanan, n novel cinta yg tidak membawa kepada perkembangan minda dan menyumbang kepada perkembangan angan-angan hindustan.
12. Mendahulukan pakwe dari sahabat or kawan (perempuan)
13. Suka sembang kosong especially pasal pakwe (perempuan)
14. Malas berbincang sesuatu teori ilmu kecuali ada assignment
15. Belajar hanya untuk exam bukan dahagakan ilmu, lepas graduate kosong kepala hotak
16. Bekerja hanya untuk duit bukan kerana passion
17. Pilih bidang yang diri sendiri x suka tapi ikut mak bapak
18. Suka gosip n ambik tau hal retis lebih2
19. Tak kenal mana-mana tokoh
20. Kurang daya saing kecuali bersaing mendapatkan pakwe or makwe
21. Kurang integriti
22. Malu melakukan sesuatu yg betul sebab x ramai buat
23. Tak berapa menjaga alam sekitar
24. Masih racist pada kaum selain Melayu
25. Kurang profesional dlm kebanyakan isu
26. Berfikiran tertutup n terikat pada adat yg x memberi kebaikan n x perlu
27. Berpegang kuat pada kepercayaan tahyul nenk moyang zaman hindu-buddha dulu
28. Terlalu takutkan pandangan org lain
29. Tak meraikan perbezaan pendapat
30. Pemalas
31. Islam hanyalah untuk melayu, Islam datang dari Melayu sebab bangsa lain yg masuk Islam haruslah memakai baju melayu n menukar nama ke nama Melayu..=_= (masuk Melayu lebih diutamakan dari masuk Islam)
32. Suka tengok tapi x nak tolong
33. Taksub pada seseorang ketua or pemimpin or alim ulama
34. Tak suka bersatu
35. Bangsa yg layu sekiranya semua ini x diubah dari sekarang

Done. Jahat tak aku? Jahat kan? Sori kalau ada yg terasa, sori kalau kawan-kawan aku pun ada yg terasa. Sikap aku pun ada gak dlm list tu sebenarnya. N banyak aku wat utk perempuan sebab aku tulis based on observation aku sepnjang bergaul ngn kawan-kawan perempuan la. Lelaki aku x sure sangat. Hahaha

I'm being judgmental, but it's too obvious to not to post. pfffft























8.

Saturday, November 30, 2013

Why am I stop growing
Why I feel my heart stopping
Like a hole inside, just hollow
This chest, can feel no pain

I feel so blue
Lost in space
Wandering blindly
Floating to the sky

I'm totally stranded
Out of nowhere
Faces of crowd
Whose I recognized
But still I'm in doubt
Darkness with mask of light
Devil with wings of angels
Betrayal with promises of trust
Love with lies inside
I guess this world not real
But I'm still feel the wind
The reflection of sun
Still awake my stimuli
My feet still land on earth
And I did stand
While all I want is to fly



Sunday, November 24, 2013

Salam warga Bumi termasuk unggas-unggas hatta anjing jalanan~

Aku nak tulis ni untuk sahabat aku yg aku sayang sangat, yg selalu ada kt hati n minda aku.
Satu saat pun aku tak lupa kau.

Walaupun ko x boleh membaca malah menulis apatah lagi, tapi aku still nak tulis ni untuk ko. Aku dedikasikan ni untuk ko, Debab!

Aku nak minta maaf kat ko sebab aku memang x guna. Tulah, aku dah cakap awal-awal lagi yg manusia memang x bleh percaya semuanya, termasuk aku. Sebab aku ni manusia, kau pun terlalu percayakan aku n akhirnya aku kecewakan ko. Minta maaf Debab, aku pun xleh maafkan diri aku sendiri selagi aku tak jumpa kau semula.

Aku ingat lagi waktu ko kecik2 dulu ko suka kejar2 aku, nk gigit kaki aku. Takut btol aku ngn ko waktu tu. Serious. Tapi x lama lepas tu, cepat btol ko membesar. Ko makin comel n tembam. Aku suka main pipi ko. Ko biar je. Waktu makan, ko x memilih, semua kau makan. Bila aku jerit panggil nama ko, ko terus pusing kat aku, cepat btol ko respon.

Ko memang kucing yg bijak, setia n comel n adorable. You're the best cat I ever had. Bila aku sedih, tau2 je ko dtg dok tepi aku. Bila aku baring, ko pun baring tepi aku. Aku memang suka dukung ko. Aku rindu sangat. Walaupun ko kucing jantan, ko x suka keluar rumah, ko suka teman aku je. Wahaha, ko x reti ngorat kucing betina pun. Mak aku cakap ko pondan. Pffffttt..

Sampai la satu hari, aku x tau kenapa kucing jantan rumah jiran tu dengki ngn ko. Bila ko balik rumah, habis darah2 badan ko. Sedih aku tengok ko kena belasah mcm tu, dah la ko ni manja sangat. Mana reti gaduh2 ganas2 camtu. Ko memang x reti protect diri sendiri kan. Sampai aku kena halau kucing jantan tu baru ko berani keluar. Ko plak jadi cam trauma je, nak makan pun ko x nk kalau aku bagi kat luar rumah. Ko takut kena belasah, so terpaksa la aku tunggu ko makan sampai habis. Sambil makan, sambil tu ko tengok aku, takut aku blah. Huhu

Semua kucing jantan lain memang suka belasah ko, sampaikan ko lepak dalam bilik aku pun, kucing tu terkam ko dari luar. pfffftt!!! melampau sungguh. Kau plak penakut sampai ko nak berak kencing semua ko buat dlm rumah. Timbul la masalah sebab mak aku x tahan walaupun aku yg buang n cuci taik ko tu. Aku x kisah pun, sebab aku syg ko.

Satu hari tu, hari yg aku benci utk ingat. Mak aku suggest suruh buang ko kat market. Katanya x tahan kau berak kencing merata. Tapi, kau x pernah hidup kt luar, selama ni makan pun aku yg teman. Mcm mana ko nk survive? Aku pn cuba ignore cadangan mak aku tapi dia berkeras nk buang kau jugak. Dia suruh aku gi tangkap ko n letak dlm guni....sebak aku rasa waktu tu. Aku buat2 x dengar. Adik aku pun gi berkas ko n letak dlm guni. Aku dengar suara ko meow2, makin sedih aku rasa. Aku lari masuk bilik n aku duduk je tanpa wat apa2, pastu adik aku balik dari market, lepas diorg buang ko. Adik aku ckp ko merayu n asyik bunyi je atas kereta, aku nangis waktu dengar tu.

Lepas tu, tiap kali aku lalu kt market tu, aku mesti cari ko. Sekali tu aku jumpa ko tapi aku atas kereta, aku panggil nama ko, tapi ko x dengar. Lepas tu aku balik ke kampus aku. Aku x tau apa jadi pada ko. Apa nasib ko kat market tu sedangkan ko dari kecik lagi x pernah kluar rumah.

N baru2 ni aku balik rumah sebab cuti, aku nampak ko. And aku yakin tu ko. Aku cepat2 turun kereta n pergi kat ko. Aku x peduli org kt kedai makan tu tengok aku pelik. Dulu pun aku jumpa ko kt kedai makan tu tapi aku x turun kereta. Bodoh btol aku. Kesian aku tengok ko menagih simpati kt tauke kedai tu mintak dia bagi ko sisa makanan. Padahal dulu aku x pernah bagi ko makan sisa pun. Sedih sangat aku rasa. Aku pergi kt ko, aku pegang muka kau, kau x lari pun. Aku terkejut tengok mata sebelah kiri kau hitam semuanya. Ko dah buta!! Bulu ko pun kotor x bersinar mcm dulu. Ko jalan tempang pulak tu, ya Allah sampai mcm tu sekali. Aku x dapat bayangkan mcm mana mata ko boleh jadi mcm tu. Kenapa teruk sangat keadaan kau. Dan tersentuh hati aku n sebak sngt aku rasa bila kau pandang mata aku, ko tenung aku dengan pandangan sayu. Ya Allah...ko ingat x lagi aku?  Tiba2 mak aku panggil masuk dlm kereta. Ayah aku pulak suggest suruh aku ambik kau bwk balik rumah. Aku nak sangat peluk kau dan bwk masuk kereta. Tapi, tiba2 mak aku ckp sth berbaur ugutan, terpaksa aku batalkan lagi hasrat aku. Aku tinggalkan kau lagi kt tepi jalan. Aku tengok kau makin jauh n jauh sampai hilang dari pandangan aku. Sepanjang dlm kereta, aku x dpt tahan lagi air mata aku dari jatuh, aku menangis je x peduli dah mk n ayah aku. N aku janji aku akan ambik kau balik lepas ni. Betul! Tunggu aku! Tolong jgn mati! Aku akan bwk balik ko n mandikan ko. :'(







Friday, November 22, 2013

Salam warga Bumi

Apalah erti dewasa...apa maksud sebenar matang? hmmm
Aku selalu dipanggil kebudak-budakan oleh kawan-kawan aku n my own mom. Well, whatever! people may judge, we can't stop that.

Lahir, jadi baby
Masuk skolah, UPSR, PMR, SPM
masuk U, graduate
kerja, dapat gaji
Beli rumah, beli kereta
Kahwin, dapat anak
n the same cycle begin again n again
Make your family generation bigger and bigger

Oke start dari part 'kerja, dapat gaji' sampai 'kahwin, dapat anak'
Adakah itu maknanya dewasa? DEWASA? sekali lagi, DEWASA?

Mungkin bagi kebanyakan org YES! or sesetengah je kot.
Tapi aku rasa itu x bermaksud dewasa kerana bukan setiap manusia di muka bumi ni akan menghadapi flow yg sama mcm tu tau kawan2.

Ada yg flow dia sampai kerja je pastu meninggal, ada yg x pernah dpt peluang belajar pun sejak kecik, ada yg bertarung untuk hidup di mana kahwin bukanla satu priority dia lagi waktu tu. So, adakah mereka ini tak dewasa? mereka still dewasa kan even x mengalami flow tu.

Kenapa kedewasaan seseorang n kematangan seseorang especially dlm kalangan kelompok masyarakat melayu amnya (cewah) selalu dikaitkan dengan perkahwinan malah hubungan cinta sepasang kekasih? Adakah kerna kita disogokkan dengan drama-drama cinta mcm 'love u my. arrogant', 'cinta jannah', and whatever? lol isu drama bukanlah topik utama aku kali ni tapi still boleh relate kot.

Aku suka berfikir. (hmmmm..POYO..Statement ini POYO)
oke, adakah dengan mempunyai hubungan cinta dengan pasangan pilihan hati membuktikan kita dewasa? Adakah sebab kita bagus dalam meluahkan perasaan n membina satu hubungan n saling mempercayai antara satu sama lain? Apa kita tak mampu bina hubungan n saling percaya dengan ibu bapa kita sendiri ke sebelum tu? Dengan kawan-kawan?

 Adakah jugak sebab kita berani mengorak langkah baru untuk keluar dari friend zone? mungkin...hmmm, atau mungkin jugak sebab kita bersedia untuk menggalas satu tanggungjawab n komitmen dalam membina sebuah keluarga baru. Well, alasan bagus untuk jadi dewasa. Kita akan belajar sesuatu yg kita belum pernah lalui tapi sesuatu yg dah dipraktikkan oleh generasi-generasi sebelum kita. Selain tu, adakah sebab kita melakukan seks melalui perkahwinan maka kita rasa lebih dewasa? n kemudian mampu melahirkan anak? ada jugak remaja bawah umur melakukan seks n melahirkan anak luar nikah...dewasa jugak ke mereka ni?

Tapi, menjadi dewasa tu ada banyak caranya. Aku sebenarnya setuju melalui perkahwinan kita akan lebih jadi dewasa..tapi perkahwinan tu salah satu caranya bukan the only way. Even kanak-kanak pun ada yg lagi dewasa dari org tua yg dah beranak pinak tu. Mungkin kanak-kanak tu melalui pengalaman yg tragis dan memaksa dia untuk matang awal dari usianya.

Mesti ada org yg ckp aku xnk kawen lepas baca post ni. Takdelah, aku nk kawin tapi thts not the top priority for me at this time. I got bigger things to do first. bukan semua manusia alami flow yg sama, remember? n bukan semua manusia perlu paksa diri untuk lalui flow tu, mungkin ada yg perlu diubah sikit, so akhirnya dia boleh adapt pada flow tu. N I'm one of the human who not really attached to that system flow. Yes, I am weirdo. Thanks for calling me that! I took it as the compliment. Oke mcm off topic plak.

Apa-apapun, matang tu subjektif..there is a child in every adult. Even mak bapak aku selalu ckp.."kak, belajarla jadi matang.." bila dia tengok aku nga tonton movie kartun "grave of the fireflies" karya studio Ghibli tahun 1988. Mungkin image kartun tu membuatkan dia risau aku masih berkelakuan budak2, walhal movie tu lebih berat dari 'love you mr. arrogant' and 'cinta jannah'. Movie yg berkisarkan era pengeboman Amerika ke atas Hirosyima n Nagasaki di Jepun. Well, childish kan movie ni? pfffft

N org akan tengok aku pelik n geleng kepala bila aku nga layan movie 'laskar pelangi' dari Indonesia di mana watak-watak movie tu semuanya kanak-kanak bawah 12 tahun. Err..movie tu berkisarkan semangat ingin belajar yg tinggi yg ditunjukkan oleh budak2 ni even miskin n x ada kemudahan pelajaran yg sepatutnya selepas era penjajahan British ke atas daerah tersebut. Childish kan...pfffft

N aku pernah tengok gelagat manusia-manusia yg pernah cop aku childish, acting childish tanpa diorang sedari tapi im sorry if I was wrong.Teetttttt...ops I'm being a judgmental now!!!

Bagi aku, salah statement ni 'yg tua dihormati, yg muda disayangi' sepatutnya 'yg tua dihormati, yg muda pun dihormati'. Why? Coz org kita suka attach to this theory sampaikan bila yg tua buat salah, semua diam. Bila org tua buat salah pada yg muda, jgn harap mulut dia nk ucap maaf. Sebab apa? sebab I'm the oldest. I dun have to apologize. To earn respects, You should learn to respect first. Right? No? Tak kan jatuh ego kalau kita minta maaf pada yg muda. Tua x bererti semua betul. Muda tak bererti semua salah. Aku rasa cm makin melalut.

Aku semangat plak hari ni da lama x berblog kan. Apa2 pun, aku tak ckp yg aku ni matured giler x childish langsung. Hakikatnya aku childish gak kadang2 but matured gak kadang2. Just balance. Kalau serious je memanjang, bosan juga hidup.

So, thanks if u're reading this crap..wahaha
pffffft!

Thursday, November 14, 2013

This is a story about a girl.

She born with the sadist encounters, making life more tougher
She just a lonely child, without she realized that she is lonely
She isolated herself from them, she always alone
She running out of tears, she can't cry
She lost of feelings, unable to catch up moments
She choose to remain silence, she just quiet
She grow up as a no ordinary human girl
Just like a doll, she is
She unable to taste the wind with her skin
She is numb
But it was never her fault
Human turned her that way
She feel the pain enough
She cried a river
She screamed loud enough
And she decided to stop
She gave up with life

After quite some time
There is human in her garden of heart
Who dares to break the gate
And her heart start to feel
Beating faster than she could imagine
Her lips curved upwards, they called it's smiling
She can capture the moments
She start to know what friend is
It's warmth, it feels good
She was too careful
She never run away
never even far an inch
She scared if it will be gone
She never be in this state for so long
She started to be human again.

And yet, human are suck
Yes, the so-called human
She felt like her heart being ripped off
Again she taste the terrible pain
She cried an ocean
She scream out louder than before
her lips back to a straight line
She's in pain
pain
pain
and pain.
It's hurt so deep
What the best choice she got
She should maintain the old one
The non-human one
The doll one.

And yes, here she back again.
She walk alone at the side of her own route
Watching her own shadow
With her dark black eyes
She's ok.

Thursday, September 5, 2013

Salam

Passion aku, aku rasa dari kecik lagi...aku memang x boleh berpisah dari hobi ni. Melukis.
Kalau diselusuri sejarah passion aku ni, hmmm

Sejak umur aku 4 tahun lagi, agak2 dah pandai pegang pensil, aku dah start melukis n aku mulakan melukis dinding n pintu-pintu rumah aku. Haahaa, dah la rumah sewa waktu tu, kesian tuan rumah redha je.

Dari sekolah rendah ke sekolah menengah, dari skolah menengah ke matrik, dari matrik ke universiti, dari habis universiti sampai sekarang....aku masih melukis. Aku melukis bukan sebab bosan semata-mata, bukan sebab mahukan glamour or duit, tapi aku memang melukis out of passion. Korang pernah tengok org menangis sambil melukis? Mungkin pelik bagi korg tapi aku pernah, n bila aku berjaya siapkan satu lukisan yg buat aku puas hati, aku akan tengok lukisan tu lama-lama sebelum tido dengan perasaan puas, n aku x sedar yg tangan aku pegang lukisan tu sampai pagi esok. :')

Tapi, aku masih lagi bukan seorang pelukis mahupun aktivis seni mahupun artis. Aku hanyalah penuntut universiti dalam bidang sains, just typical science student like most of other malaysian student. Berapa ramai manusia dalam Malaysia ni yg berani bermimpi? Eh, bermimpi tu sesuatu perkara yg paling sukar tau. Sebab dari kecik aku bermimpi untuk menjadi pelukis n penggiat seni, tapi sampai sekarang n sampai ke saat ini, aku x berani untuk merealisasikan mimpi tu. Aku cuma seorang pengecut yang mengorbankan passion hidup aku pada sistem and peraturan yg ntah siapa wujudkan.

Aku hanya boleh bermimpikan sesuatu yang aku tau x akan pernah mampu untuk menjadi realiti. Aku berpijak pada realiti sekurang-kurangnya, mengingatkan diri sendiri yang dunia realiti yg aku ada sekarang tak mengizinkan aku untuk bermimpi. Aku perlu mengorbankan kesukaan aku, kecintaan aku, untuk hidup seperti manusia lain. Walaupun aku tak menginginkan hidup seperti mereka, aku tak sampai hati untuk mementingkan diri sendiri buat sesuatu ikut kata hati kerana adanya manusia-manusia yg masih sayangkan aku walau mereka tak tahu apa yg menggembirakan aku menyedihkan mereka.

Kadang-kadang aku terfikir kenapa aku dilahirkan dengan berbekalkan bakat yg aku tak pinta. Sebenarnya ianya menyakitkan. Aku tau aku boleh dan mampu untuk pergi lebih jauh dalam bidang lukisan n seni, ini passion aku, tapi aku juga tau aku x boleh keluar dari penjara sistem bodoh ni. Tapi aku rasa masih belum terlewat. So, keep on dreaming. ;)
 

Copyright 2010 Monolog Seorang Aku.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.