Sunday, January 29, 2012


"HIDUP adalah untuk MATI"

maksudnya?

maksudnya setiap sang hidup pasti akan berakhir dengan si mati.
setiap kehidupan dinoktahkan dengan kematian.
namun, dalam Islam, kematian adalah permulaan kehidupan dan oleh sebab itu kita sebagai Muslim harus bersiaga dan bersiap sedia menghadapi maut yang bakal menjemput kita bila-bila masa sahaja.

kematian tidak mengenal usia, pangkat, harta, atau sesiapa saja.
seorang pun tidak akan terlepas dari kematian.

Sebab itulah saya mengatakan di sini bahawa hidup kita adalah untuk mati.
maka, perbanyakkanlah amalan dan ibadah.
kutiplah seberapa banyak pahala yang kita mampu.
elakkanlah berbuat dosa.
kejarlah kejayaan dalam apa bidang yang kita ceburi selagi tidak bercanggah dengan Islam dan moga kejayaan itu bakal memeberi kelebihan dan manfaat pada Islam.
Niatkan di dalam hati bahawa setiap perbuatan atau pekerjaan yang kita buat ini, semuanya kerana Allah, moga kejayaan kita ini bererti kejayaan buat umat Islam seluruhnya.
Dan andai ilmu yang kita curah, atau kejayaan yang kita tempa sering digunakan dan dimanfaatkan oleh orang lain walaupun kita sudah tiada, pastinya pahala itu tidak pernah berhenti untuk kita walau kita sudah di alam mati.

Jadi, marilah kawan-kawan dan semua saudara seIslamku, kita sama-sama bersedia sedaya upaya sebelum matlamat atau destinasi terakhir kita tiba, iaitu KEMATIAN.

Assalamualaikum n peace
by: Mira

Saturday, January 14, 2012


Assalamulaikum n Peace be upon u~

Kepada peminat2 novel di sana, aku baru nak kenal novel..hahaha
Sebelum ni x pernah baca novel langsung actually (*pemalas)
Tengok novel tu tebal giler trus x nk baca, haha
Tapi disebabkan adanya voucher RM200, aku telah menggagahkan diri
Pergi ke pesta buku ntok menghabiskan voucher buku aku tu. Weeeee
N berkat hasil hasutan kawanku, cik fathiah mahsan (perlu ke mention nama ko? )
Aku akhirnya beli novel buat pertama kalinya dalam sejarah hidup aku
So thts why aku teruja sangat sampai tulis dlm blog, hahaha

Well, novel tu adalah ‘Fiksyen 302: Jangan Percaya’ karya Ramlee Awang Murshid. Mesti peminat2 novel yang lain kenal kan dia? Hehe, aku tertarik sebab Nampak ayat ni kat atas cover novel tu,;
‘novelis thriller nombor 1 Malaysia’...wow!! buat aku excited sebab aku memang suka thriller2 ni!!><
Aku sebenarnya nak citer pasal novel ni
Penulis nak bagi mesej pada kita yang jangan mudah percaya dengan apa yg kita dengar, mungkin betul tapi mungkin jugak perangkap~

Well, novel ni merungkai misteri 4 kes pembunuhan yang melibatkan 4 orang berbeza tetapi menggunakan kaedah pembunuhan yang sama. Yang bestnya kes pembunuhan ni x selesai dan ditutup n berlarutan selama 11 tahun tanpa mengetahui siapa pembunuh sebenar. Hoooo
Bagi aku, pembunuhnya sangat licik dan genius. Sebab pembunuh sebenar bukan 4 orang tu tapi Cuma seoarang je yg jadi mastermind criminal yang berselindung di sebalik bayang-bayang. Cewah~
Dia berjaya mereka satu fiksyen watak atau watak dongeng dan membuat semua orang percaya yang dia sebenarnya tak wujud termasuk aku. Hahaha

Tapi last2 dapat jugak tau siapa pembunuhnya selepas mengorbankan banyak nyawa yang tak berdosa

Watak yang aku paling suka dalam novel ni ialah watak peguam muda, Norhafiza Izura. Aku tak tau waktu baca ni, aku terautomatic terbayang fazura yg bwk watak dia...==”””, aku rasa mungkin sebab ada persamaan watak peguam tu dengan watak yg fazura bawak dalam tahajjud cinta sebagai peguam syariah. Haha, sebab dua2 watak ni tegas, berani n sangat berdedikasi dengan tugas dorang n yg aku suka dorang sangat passionate nak rungkai misteri tu x kira dengan cara apa pun walau terpaksa menggadai nyawa. Fuyyoo..haha

N satu lagi yg aku suka pasal novel ni sebab ada unsur-unsur futuristic sket sebab cerita dia berlaku sekitar tahun 2012, 2014 n 2023. Hahaha (*asyik gelak je)

Dan dan dan!!! Novel ni ada reference kat belakang dier!! Aku ingat journal or lab report je kena letak reference. Terbaek la ada reference, hehehe. N siap ada ruang ilmu lagi. Terbaek!! Aku bagi 5 bintang untuk novel ni. Mulai saat ni, aku peminat Ramlee Awang Murshid and of course aku akan terus baca karya-karya dia. ^^v

Karya dia je kot. Novel cinta ni aku x berapa la, ombak rindu pun aku x pernah baca, tapi aku tengok ar movie dia. Movie aku ok, haha, aku pernah baca novel cinta, tajuk dia bicara hati ke rahsia hati ntah, tu pun kawan aku paksa. Tapi, takdela pulak lepas baca novel tu aku se’teruja’ mcm aku baca novel thriller ni. So aku rasa aku x sangat kot kalo novel2 cinta ni, ngantok..hahaha
And aku harap akan ada filem adaptasi untuk novel fiksyen 302..please...T.T

N sempena musim voucher buku ni, aku nk promote korang beli la buku ‘Quran Saintifik, Meneroka Kecemerlangan Quran daripada teropong sains’. Memang best n x rugi beli. Semua yang berkaitan sains ada diterangkan dan dikaitkan dengan ayat2 Quran yang menjelaskan lagi kejadian-kejadian alam. Setiap Muslim dilahirkan sebagai saintis.:)

SALAM n Peace~..^^v

Friday, January 13, 2012







Aku just nak cakap pasal muzik-muzik yang ada sekarang
aku tahu apa yg terlintas kat minda korang!! haa....K-POP la tu, haha
hurm taklah, bukan nak cakap pasal K-POP sebab aku bukan peminat K-POP, korang letakla semua video klip K-POP tu depan aku, biarla dorang nk menari2 terlompat2 ke, aku x minat jugak, haha
well, x nak la aku kutuk lebih2, xde manfaat untuk aku sendiri

aku sebenarnya nak kongsi dengan korang muzik2 yang bersifat Islamic dan yg ada mesej2 penting
dan best jugak untuk didengar..haaaa
korang mesti fikir Maher Zain kan? ye2, Maher Zain salah sorang la
sebenarnya ada banyak lagi artis2 solo n band yang buat lagu yg best2 n pada masa yg sama ada message n buat kita fikir
itula yg dimaksudkan berhibur yang memberi manfaat, x nak la berhibur yg sia2 je, x nakla2, haha

so aku nak list sket beberapa artis ni, yg paling aku minat of course Maher Zain number 1, haha, selain dia, aku paling minat OUTLANDISH, lagu2 outlandish kebanyakannya berentak rap, tapi best sebab dorang ni ahli group dia campur2 tau, ada dari Latin, so ada verse lagu yg berbunyi amerika latin kadang2 dlm lagu dorang, sedap~..haha..bukan sedap dimakan, sedap didengar

second, aku baru kenal group ni, group PMAC, lagu dia yg buat aku tertarik ialah lagu 'queens of Islam', rap jugak, ala, dalam blog aku ni ada aku letak lagu dia, check la kat playlist music box aku tu. hehe, aku mula2 jumpa lagu ni dalam youtube, lepas tu aku cari saper yg nyanyi then aku jumpa la..hehe

next ialah D-clique, tapi aku tak tau dorang ni asal dari mana, hmmm..tapi lagu dorang semua best2!! contohnya lagu 'stand tall' dan 'please'.Ha!! lupa plak, lagu dari D-clique pun ada dalam blog aku ni, tajuk dia better days. best.:)

next is band, 'the sound of reason'..haaaa, nama band pun dah menjelaskan kan? ^^v. Dorang ni pernah tercalon MTV's artist of the month. Of course semua lagu ada mesej yg hendak disampaikan. best kan?:)

banyak lagi sebenarnya, aku malas nak taip, haha..aku share ni untuk korang pun sama2 dengar. Aku ni jenis suka dengar lagu, kalo x dengar lagu, bosan plak aku. Tapi aku x suka la kalo asyik disogok lagu2 yang terlalu melalaikan n kebanyakan lagu cuma cakap pasal cinta, cinta, cinta, having fun, xde maknanyer. So aku cadangkan pada diri aku sendiri n jugak pada saper2 yg berminat, silakan2, x salah dengar lagu yang membina n buat kita berfikir kan?

Salam n peace be upon u
=)

Bagaimana anda mahu menggerakkan atau mengarahkan diri anda sendiri untuk melakukan sesuatu tugasan atau perkara-perkara yang penting?

contohnya belajar, buat homework, n lain-lain tugasan?
pernah tak anda mengalami rasa malas yang terlalu maksimum tahapnya tapi pada masa yang sama anda mampu melakukan aktiviti-aktiviti lain seperti ber-fb, ber-chatting...=,=

kenapa perkara macam ni boleh berlaku??
sepatutnya sekarang atau ketika itu anda sedang melakukan tugasan atau tekun menelaah pelajaran memandangkan peperiksaan cuma beberapa hari sahaja lagi!!!

okey sebenarnya semua kenyataan di atas saya tujukan pada diri saya sendiri
saya pun tak tahu kenapa sikap malas tu sangat menebal dalam diri saya sekarang
dari pagi saya berazam untuk mulakan hari ini dengan menyiapkan tugasan dan juga study
tapi tengok, 1% percent pun saya tak mulakan langsung
tapi saya tak bolehkansalahkan sesiapa melainkan diri sendiri jugak
saya harus lebih kuat untuk mendorong diri sendiri memulakan semua tugasan-tugasan penting ni....T.T

WUAAARGHHH
SALAM...=.=

Friday, January 6, 2012

Perbuatan memaafkan kesalahan orang lain bagi aku adalah sesuatu perkara yang sangat bermakna dan sebagai Muslim adalah patut kita memaafkan kesalahan orang lain, sebaik-baiknya sebelum kita tidur, kita maafkan semua kesalahan setiap orang, barula kita rasa tenang

setiap kali aku teragak-agak untuk memaafkan seseorang, aku mesti berfikir yang Rasulullah S.A.W. dulu lebih kuat dugaannya, macam2 orang buat pada baginda, yang menentang baginda, macam2, tapi sikit pun baginda x menyimpan dendam, malah baginda maafkan semua umat2 baginda.
Tapi aku? layakkah aku untuk membenci manusia yang menyakitkan hati aku, layakkah aku? layakkah aku untuk menghukum manusia lain? siapa aku untuk menghukum? bukankah aku hanya hamba yang lemah di hadapan Pencipatanya, maafkan saja, bukankah itu lebih baik.
Jika terlalu berat sakitnya, bersabarlah, sesungguhnya Allah sentiasa bersama-sama mereka yang sabar dan mohonlah ketenangan hati pada-Nya. =)
 

Copyright 2010 Monolog Seorang Aku.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.