"HIDUP adalah untuk MATI"
maksudnya?
maksudnya setiap sang hidup pasti akan berakhir dengan si mati.
setiap kehidupan dinoktahkan dengan kematian.
namun, dalam Islam, kematian adalah permulaan kehidupan dan oleh sebab itu kita sebagai Muslim harus bersiaga dan bersiap sedia menghadapi maut yang bakal menjemput kita bila-bila masa sahaja.
kematian tidak mengenal usia, pangkat, harta, atau sesiapa saja.
seorang pun tidak akan terlepas dari kematian.
Sebab itulah saya mengatakan di sini bahawa hidup kita adalah untuk mati.
maka, perbanyakkanlah amalan dan ibadah.
kutiplah seberapa banyak pahala yang kita mampu.
elakkanlah berbuat dosa.
kejarlah kejayaan dalam apa bidang yang kita ceburi selagi tidak bercanggah dengan Islam dan moga kejayaan itu bakal memeberi kelebihan dan manfaat pada Islam.
Niatkan di dalam hati bahawa setiap perbuatan atau pekerjaan yang kita buat ini, semuanya kerana Allah, moga kejayaan kita ini bererti kejayaan buat umat Islam seluruhnya.
Dan andai ilmu yang kita curah, atau kejayaan yang kita tempa sering digunakan dan dimanfaatkan oleh orang lain walaupun kita sudah tiada, pastinya pahala itu tidak pernah berhenti untuk kita walau kita sudah di alam mati.
Jadi, marilah kawan-kawan dan semua saudara seIslamku, kita sama-sama bersedia sedaya upaya sebelum matlamat atau destinasi terakhir kita tiba, iaitu KEMATIAN.
Assalamualaikum n peace
by: Mira
0 comments:
Post a Comment