Thursday, February 16, 2012


Assalamualaikum dan Peace be upon u

hmmm..rasa cam malu plak nak cakap pasal ni
rasanya macam agak personal tapi tak tau kenapa nak tulis pasal ni

terlintas di hati nak tulis pasal ni bila tengok ramai kawan-kawan yang sudah berpunya..;)
sebenarnya ramai jugak orang tanya aku ada bf ke tak, n jawapan aku tu mcm buat diorang tak puas hati, haha..kenapa pelik ke kalau aku cakap saya xde bf?:D

Dulu memang pernah teringin nak ada seorang bf, ye la at least boleh la nak ngadu masalah ke, berkongsi sesuatu ke, mcm org lain

Tapi sekarang, perasaan tu dah x muncul dan bukan lagi satu masalah untuk aku.
Walaupun kawan-kawan mak aku asyik tanya, dah berpunya ke, makcik ni kan org dah ckp xde la, kenapa x nak percaya?=,=

Bagi aku, perkahwinan itu penting sebab ianya sunah nabi.
Tapi couple tu tak penting sebab couple x wujud dalam Islam.
Aku just serahkan soal jodoh aku pada Allah.
Allah tahu yang terbaik buat aku.
Tapi ada org ckp, kalau kita tak cari n serah pada Tuhan je, x kan jumpa punyer..ek?
Aku rasa buat masa sekarang, x payahla aku sibukkan diri nak cari2.
diri aku sendiri pun x cukup sempurna lagi, solatnya, amalannya,
Lebih baik aku persiapkan diri sendiri dari sibuk2 nak cari bf.
N banyakkan berdoa agar dipermudahkan Allah jodoh.
Semoga mendapat suami yang soleh dunia akhirat.
Kalau la aku dah ada bf pun sekarang, kalau jodoh aku ngan bf aku tu panjang, n jadi kahwin pun,
Mesti dah kurang keberkatan dalam alam perkahwinan n rumah tangga tu sebab sebelum kahwin pun dah jumpa selalu.
Personally, aku percaya pada 'cinta lepas kahwin'..;)
Aku tak rasa yang aku perlukan bf, tapi of course aku perlukan suami untuk melengkapkan kehidupan sebagai seorang muslimah.

Cintailah Allah kerana mencintai Allah itu sangat indah.
Cintailah manusia kerana Allah, mesti lebih berkat dan diredhai Allah.

p/s: seriously rasa awkward tulis entry ni..xD
SALAM N PEACE

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright 2010 Monolog Seorang Aku.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.