Friday, February 3, 2012


Assalamualaikum dan salam sejahtera
Mari sama-sama kita semua berselawat ke atas nabi besar junjugan kita Nabi Muhammad SAW.

Sebenarnya saya post ini waktu sambutan Maulidur Rasul dulu, tapi lepas tu, saya tertengok satu video ceramah mengenai Bid'ah. Bid'ah ni adalah satu perkara baru yang direka dalam ibadah atau perkara lain dalam Islam. Dan saya dapat tahu yang menyambut Maulidur Rasul ini adalah satu Bid'ah juga sebab sambutan ini tak pernah disambut ketika Rasulullah masih hidup. Bagi saya, memang bagus kita memperingati Rasulullah dan berselawat padanya. Tapi dengan menetapkan supaya selawat ini lebih baik dilakukan dan lebih diperbanyakkan pada hari Rasululullah dilahirkan adalah sesuatu yang mungkin membawa kepada Bid'ah.

Amaran daripada al-Sunnah tentang bid‘ah:

Hadith Nabi shallallahu 'alaihi wasallam yang memberi amaran kepada pembuat dan pengamal bid‘ah sangat banyak jumlahnya. Kebanyakan para penyusun kitab hadith tidak ketinggalan memasukkan satu bab khas mengenainya di dalam kitab-kitab mereka. Di sini disebutkan beberapa riwayat, antaranya:

Pertama:

Sabda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam:

...فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ بَعْدِي فَسَيَرَى اخْتِلاَفًا كَثِيرًا. فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ الْمَهْدِيِّينَ تَمَسَّكُوا بِهَا وَعَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الأُمُورِ فَإِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ.

Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepasku akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kalian berpegang kepada sunnahku dan sunnah al-Khulafa al-Rasyidin al-Mahdiyyin (mendapat petunjuk). Berpeganglah dengannya dan gigitlah ia dengan geraham. Jauhilah kamu perkara-perkara yang diada-adakan (dalam agama) kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid‘ah dan setiap bid‘ah adalah sesat.[1]

Maksud “…gigitlah ianya dengan geraham…” ialah peganglah ianya dengan bersungguh-sungguh serta bersabarlah dengannya.[2]


Kedua:

Sabda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam:

مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ.

“Sesiapa yang membuat perkara baru dalam urusan kami ini (Islam) apa yang bukan daripadanya maka ianya tertolak.”[3]



Ketiga:

Sabda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam:

وَإِنَّ بَنِي إِسْرَائِيلَ تَفَرَّقَتْ عَلَى ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِينَ مِلَّةً وَتَفْتَرِقُ أُمَّتِي عَلَى ثَلاَثٍ وَسَبْعِينَ مِلَّةً كُلُّهُمْ فِي النَّارِ إِلاَّ مِلَّةً وَاحِدَةً. قَالُوا: وَمَنْ هِيَ يَا رَسُولَ اللَّهِ؟ قَال:َ مَا أَنَا عَلَيْهِ وَأَصْحَابِي.

“……Sesungguhnya Bani Israil berpecah kepada 72 puak dan umatku akan berpecah kepada 73 puak. Kesemua mereka dalam neraka kecuali satu puak”. Mereka (para sahabat) bertanya: “Apakah puak itu wahai Rasulullah?” Jawab baginda: “Apa yang aku dan para sahabatku berada di atasnya.”[4]

Jadi, selepas saya membaca mengenai hadis-hadis ini, terdetik di hati saya bahawa adakah saya terselamat dari Bid'ah. Jadi saya rasa baik kita tinggalkan beberapa perkara yang kita ragu-ragu samada itu Bid'ah ataupun tidak kerana kalau kita tinggalkan perkara itu, kita tak akan mendapat dosa. Tetapi kalau kita tetap melakukannya, takut-takut apa yang kita buat itu satu Bid'ah dan kita akan mendapat dosa dari amalan tersebut. Semoga Allah menjauhkan kita dari bahayanya Bid'ah ini. Mengapa kita perlu utuk mengikut amalan-amalan ciptaan mereka sedangkan kita abaikan sunah Rasulullah? Daripada kita terus melakukan Bid'ah dengan berniat untuk menambah pahala, mengapa kita tidak cuba untuk menambah pahala dengan melakukan amalan-amalan wajib yang telah jelas diperintahkan kepada kita oleh Allah? Sepatutnya kita sempurnakan dulu semua amalan-amalan wajib yang dituntut sebelum kita mencari-cari tambahan pahala dengan sesuatu yang kita ragu-ragu. Saya katakan ini pada diri saya sendiri juga. Semoga Allah memimpin kita ke arah jalan yang lurus dan benar serta lindungilah kami dari bahayanya bid'ah.

Jadi, untuk memperingati Rasulullah tidak salah, buatlah, bila-bila pun boleh. Takde tetapan tarikh dan waktu. Kalau nak selawat pun, tak payah tunggu Maulidur rasul, selawatlah ke atas baginda bila-bila kita suka. tak perlukan tetapkan. =)

BIODATA RASULULLAH SAW
Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka’abah)
Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

Saya ada satu puisi untuk Rasul kita Nabi Muhammad SAW,
tapi puisi ni x mampu nak dibandingkan betapa besarnya jasa Rasulullah SAW buat umat-umatnya.

Rindunya pada dirimu ya Rasulullah
Umatmu sentiasa mendambakanmu
Indahnya perjuanganmu ya Rasulullah
Tidak tergambar kemuliaanmu
Di saat dirimu pergi meninggalkan kami
Kalimah ummati mengiringi

Aku kehilangan kata-kata
Tangisan air mataku jua
Masih tidak mampu dan tidak bisa
Tiada kata yang layak
Walau puitisnya bahasa
Masih tidak kan mampu
Menggambarkan betapa
Tulusnya kasihmu
Buat umatmu

1 comments:

Anonymous said...

I do Love it!! Thanks.. :)

Post a Comment

 

Copyright 2010 Monolog Seorang Aku.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.