Setiap orang pernah melalui fasa remaja
Memang indah namun rugi sekiranya usia remaja itu disia-siakan begitu sahaja
Remaja tonggak negara, melihatkan pada situasi zaman sekarang, banyak masalah sosial berpunca dari remaja-remaja, kalau masalah ini berterusan, bagaimana bentuk dan corak pimpinan negara kita pada masa hadapan?
Bercakap soal remaja, saya teringat zaman remaja saya, maksud saya zaman umur masih di bawah 20 tahun.
Kebanyakan remaja menghadapi masalah dalam menangani isu kematangan diri mereka sendiri dalam peringkat umur belasan tahun. Saya sendiri contohnya. Sebab saya cakap macam tu?
Sebab waktu saya belasan tahun dulu, saya selalu berfikiran macam ni:
1. Saya sudah matang
2. Saya boleh berfikir untuk diri sendiri
3. Semua nasihat ibu-bapa hanya mengongkong kebebasan saya
4. Orang dewasa tak pernah memahami saya
5. Apa yang saya suka, itulah dunia saya
6. Sentiasa dalam dunia sendiri, tidak pernah cuba untuk mengambil tahu perkara-perkara lain
7. Kawan lebih penting dari ibu bapa
8. Keliru membezakan baik dan buruk
9. Menganggap kawanlah yang terbaik walaupun mengajak melakukan keburukan
10. Mudah terjerat dengan cinta monyet
11. Mencari kasih sayang dari tempat yg salah, kononnya kurang kasih sayang ibu bapa
LOL, banyaknyer saya list..:P, so kepada remaja-remaja di luar sana yang ada berfikiran macam ni, atau ada buat perkara yang sangat lah tidak patut dan merosakkan diri sendiri, bila kalian semua sudah dewasa or at least umur 21 ke, 22 ke, korang akan fikir balik semua ni and menyesal dan malu dengan apa yang korang dah buat. Macam apa yg saya rasa? :P..seriously dulu saya ingat semua yg saya buat tu bagus n dah cukup matang bagi saya. Sekarang, bila fikir balik.....astaghfirullahal'azim..kenapala saya ni x boleh berfikir sangat? Dan waktu remaja2 dulu, kadang-kadang kita selalu melakukan perkara-perkar yang menyakitkan hati ibu bapa kita dengan niat nak tunjuk protes kononnya. Nak tunjuk rasa tak puas hati. Tapi hakikatnya kita memperbodohkan diri sendiri. Sekarang saya sedar, betapa mulianya kasih sayang ibu bapa kita. Semua nasihat dan teguran itu tidak bermaksud untuk menyakitkan kita tapi mereka sayang. Mungkin sesetengah dari mereka tidak tahu perkataan apa yang sesuai untuk menzahirkan rasa prihatin dan kasih mereka, dan kita yang masih mentah dan berdarah muda ni salah tafsir pulak niat suci mereka itu. Selagi kita masih bernyawa dan punya masa, berbuat baiklah pada ibu bapa. Minta maaflah dari mereka. Jujur saya katakan semasa saya remaja dulu, tak pernah keluar perkataan 'maaf' dari mulut saya pada ibu bapa walaupun hari raya. Niat tu ada tapi tak terucap sebab ego remaja saya yang tebal dan saya sangatlah degil dulu. Tapi kalau kita betul-betul matang, kita akan ketepikan ego kita itu dan memohon maaf pada mereka. Baru-baru ni, saya terkasar bahasa dengan mak saya, saya rasa sangat berdosa dan takut andainya mak saya tak redha dan sudah pastinya Allah juga tak akan meredhai saya. Buat pertama kalinya saya ucapkan juga kalimah 'maaf' tu pada mak saya, waktu tu Allah je yang tau, saya cuma tahan air mata je dari terus jatuh. Lepas tu, rasa tenang, n lega=)
Tapi saya tahu, bukan semua remaja-remaja di luar sana macam saya, malah ada yang lebih baik dan bagus. Kalau begitu, Alhamdulillah dan teruskanlah. Dan personally, pada pendapat saya, remaja-remaja ni perlu didikan agama. Itu yang penting sebab kalau sempurna agamanya maka sempurnalah semua aspek kehidupannya. Didik mereka untuk mengenal Allah dan Islam yang sebenarnya. Bukan cuma mengajar solat tanpa memberitahu kewajipan menunaikan solat dan fadhilatnya. Kemungkinan mereka ini cuma akan solat bila ibu bapa ada, dan meninggalkan solat bila jauh dari ibu bapa. Beritahu mereka mengenai keindahan Islam dan semaikan rasa cinta pada Islam dalam diri mereka sehingga meninggalkan kesan yang kemudian membentuk identiti mereka sebagai remaja Islam yang kita harapkan. Generasi kini memerlukan remaja-remaja Islam yang berwawasan dan pada masa yang sama
mampu memimpin dirinya sendiri seterusnya orang-orang sekelilingnya di atas landasan Islam dan syariat.
Saya sayang adik-adik saya dan saya tak suka tengok remaja-remaja sekarang menzalimi diri mereka sendiri.
SALAM dan peace
0 comments:
Post a Comment