Saturday, January 14, 2012


Assalamulaikum n Peace be upon u~

Kepada peminat2 novel di sana, aku baru nak kenal novel..hahaha
Sebelum ni x pernah baca novel langsung actually (*pemalas)
Tengok novel tu tebal giler trus x nk baca, haha
Tapi disebabkan adanya voucher RM200, aku telah menggagahkan diri
Pergi ke pesta buku ntok menghabiskan voucher buku aku tu. Weeeee
N berkat hasil hasutan kawanku, cik fathiah mahsan (perlu ke mention nama ko? )
Aku akhirnya beli novel buat pertama kalinya dalam sejarah hidup aku
So thts why aku teruja sangat sampai tulis dlm blog, hahaha

Well, novel tu adalah ‘Fiksyen 302: Jangan Percaya’ karya Ramlee Awang Murshid. Mesti peminat2 novel yang lain kenal kan dia? Hehe, aku tertarik sebab Nampak ayat ni kat atas cover novel tu,;
‘novelis thriller nombor 1 Malaysia’...wow!! buat aku excited sebab aku memang suka thriller2 ni!!><
Aku sebenarnya nak citer pasal novel ni
Penulis nak bagi mesej pada kita yang jangan mudah percaya dengan apa yg kita dengar, mungkin betul tapi mungkin jugak perangkap~

Well, novel ni merungkai misteri 4 kes pembunuhan yang melibatkan 4 orang berbeza tetapi menggunakan kaedah pembunuhan yang sama. Yang bestnya kes pembunuhan ni x selesai dan ditutup n berlarutan selama 11 tahun tanpa mengetahui siapa pembunuh sebenar. Hoooo
Bagi aku, pembunuhnya sangat licik dan genius. Sebab pembunuh sebenar bukan 4 orang tu tapi Cuma seoarang je yg jadi mastermind criminal yang berselindung di sebalik bayang-bayang. Cewah~
Dia berjaya mereka satu fiksyen watak atau watak dongeng dan membuat semua orang percaya yang dia sebenarnya tak wujud termasuk aku. Hahaha

Tapi last2 dapat jugak tau siapa pembunuhnya selepas mengorbankan banyak nyawa yang tak berdosa

Watak yang aku paling suka dalam novel ni ialah watak peguam muda, Norhafiza Izura. Aku tak tau waktu baca ni, aku terautomatic terbayang fazura yg bwk watak dia...==”””, aku rasa mungkin sebab ada persamaan watak peguam tu dengan watak yg fazura bawak dalam tahajjud cinta sebagai peguam syariah. Haha, sebab dua2 watak ni tegas, berani n sangat berdedikasi dengan tugas dorang n yg aku suka dorang sangat passionate nak rungkai misteri tu x kira dengan cara apa pun walau terpaksa menggadai nyawa. Fuyyoo..haha

N satu lagi yg aku suka pasal novel ni sebab ada unsur-unsur futuristic sket sebab cerita dia berlaku sekitar tahun 2012, 2014 n 2023. Hahaha (*asyik gelak je)

Dan dan dan!!! Novel ni ada reference kat belakang dier!! Aku ingat journal or lab report je kena letak reference. Terbaek la ada reference, hehehe. N siap ada ruang ilmu lagi. Terbaek!! Aku bagi 5 bintang untuk novel ni. Mulai saat ni, aku peminat Ramlee Awang Murshid and of course aku akan terus baca karya-karya dia. ^^v

Karya dia je kot. Novel cinta ni aku x berapa la, ombak rindu pun aku x pernah baca, tapi aku tengok ar movie dia. Movie aku ok, haha, aku pernah baca novel cinta, tajuk dia bicara hati ke rahsia hati ntah, tu pun kawan aku paksa. Tapi, takdela pulak lepas baca novel tu aku se’teruja’ mcm aku baca novel thriller ni. So aku rasa aku x sangat kot kalo novel2 cinta ni, ngantok..hahaha
And aku harap akan ada filem adaptasi untuk novel fiksyen 302..please...T.T

N sempena musim voucher buku ni, aku nk promote korang beli la buku ‘Quran Saintifik, Meneroka Kecemerlangan Quran daripada teropong sains’. Memang best n x rugi beli. Semua yang berkaitan sains ada diterangkan dan dikaitkan dengan ayat2 Quran yang menjelaskan lagi kejadian-kejadian alam. Setiap Muslim dilahirkan sebagai saintis.:)

SALAM n Peace~..^^v

2 comments:

idea semulajadi said...

salam ziarah dari warga KBU~

jeleznye tgk org len dpt voucher buku~
saya x smpat nak amik, da blik kg halaman sehari sebelum umt kuarkan voucher tu~~ T.T

mira said...

haha..sayangnyer..kat sini ada buat pesta buku, n banyak jugakla buku2 best,hehe

Post a Comment

 

Copyright 2010 Monolog Seorang Aku.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.