Saturday, June 29, 2013

.
..
...
....
Kadang-kadang aku tak tahu apa yg aku nak sebenarnya
Kadang-kadang aku selalu merasakan diri aku buat sesuatu yg x perlu
Kadang-kadang aku merasakan kewujudanku dibenci semua
Kadang-kadang aku merasakan tiada manusia yg peduli aku siapa
Tiada siapa pun peduli apa ceritaku, apa yg aku lalui, apa penderitaanku, apa sebenarnya aku
Dunia tak perlu tahu.

Tapi aku selalu merasakan kewujudanku adalah sesuatu yg tak perlu, dalam hidup sesiapapun.
Aku x punya walau satu kualiti sebagai manusia yg mampu membahagiakan manusia lain.
Aku cuma layak hidup sendirian, mati sendirian
Itu sesuai untuk aku, aku dah lama mati, jauh di sudut paling dalam, dalam diri aku.

Aku benci diriku.
Aku tau kadang-kadang aku seakan berputus asa, tapi aku masih mencuba mencari sesuatu yg boleh membuat aku menghargai diriku sendiri.


Thursday, June 27, 2013

SALAM

Mimpi apa semalam?

Saja je nak bermonolog lagi malam ni, dah la dok sorang2, housemates sumer enjoy cuti. Untungla

Aku pulak terflash back mimpi yg aku xleh lupa.
Nak tau mimpi apa? mimpi tu berlaku waktu aku still darjah satu or waktu sekolah rendah. Mimpi-mimpi waktu tu terlalu dramatik n best sampai aku bleh ingat berbanding mimpi-mimpi yg sekarang. Mungkin hipotesisnya semakin berusia seseorang, makin x best mimpi dia. Ek?

Well, back to mimpi.
Mimpi tu still bagi aku goosebumps even sekarang bila aku ingat balik. The memory of that dream really give me a sad feeling n loneliness. Mungkin mimpi tu ada maksud tersirat untuk aku di waktu tu, cuma waktu tu aku x dapat nak menafsir tapi sekarang aku dah faham.

Aku bermimpi yang satu petang yg macam mendung2 gitu, aku n abah n mama nak pergi ke rumah org tua ni. Tapi rumah dia kat tepi tebing sungai. Tak tau macam mana abah, mama, n aku meniti titi kecik untuk ke rumah dia. So, aku ikut kat belakang sekali. Abah n mama lompat ke tebing sungai, pastu bila aku nak lompat je, aku terjatuh dalam sungai. Sungai tu dalam. Aku cuba nk naik ke permukaan tapi xleh, aku cuba jerit pun xleh. Tangan aku tergapai-gapai harap mama n abah tarik aku, tapi diorang jalan terus panjat tebing x pedulikan aku. Seolah-olah diorang lupa aku ikut sebenarnya. Aku makin lemah n aku biarkan diri aku hanyut. Aku hilang keinginan untuk cuba berenang ke permukaan, aku putus asa untuk berjuang demi nyawa, aku biarkan arus sungai tu hanyutkan aku jauh n makin jauh dari abah n mama. Dan, perasaan aku waktu lemas tu bukan takut mati, tapi sedih sebab tak ada org tarik aku or gapai tangan aku. So, aku rasa baik aku biarkan je diri aku lemas. N waktu aku hanyut tu, aku still boleh nampak mama n abah dari jauh, dorang jalan tanpa toleh belakang sikit pun, n pandanganku makin kabur.



Tulah mimpinyer, macam ada sesuatu. Aku xleh lupa sampai sekarang. Mimpi tu macam dah lekat permanent dalam memori aku.

Tuesday, June 25, 2013

Saturday, June 22, 2013

Homesick

Perkataan famous ntk budak2 asrama
Hatta sekarang pun kadang2 aku still rasa homesick dok kat rumah sewa ni..pffft.

Adat la homesick, waktu tu aku baru 13 tahun. Selama ni x pernah berjauhan dari family, tiba-tiba kena campak ke asrama suruh dok ngan kawan-kawan yang x berapa nak besar.

Rasanya lama jugak aku homesick. Rasa cam x mampu nak teruskan hidup kat situ. Bila aku makan, automatic teringat makanan kat rumah masakan ibu, sebak dada ni menahan nangis. Kunyah nasi punya la seksa, sebak punya pasal. Pffft!!
Pastu, bila gi mandi, atmosphere dalam bilik mandi tu tiba-tiba membawa mood homesickku kembali. Dengan tak semena-mena muncul muzik latar dalam kepalaku, n aku pun melayan homesick. Nangis bajet cam dalam filem sedih cter hindustan, sambil air dari shower turun bersama air mata. =_=
Keluar keluar je, mata merah. pui!
Bila nak tidur pulak, siap flashback lagi kenangan-kenangan indah bersama family. Boleh pulak cam slow motion flashback tu. Wahaha, pastu nangis lagi sampai basah bantal tu. Tu la penangan homesick.

Seusai orientasi berikutnya, lol. Aku cepat-cepat cop public phone. Kitorang budak asrama mana boleh bawak hp. Lagipun waktu tu hp x berapa popular lagi di kalangan remaja..wahaha. Aku punya la simpan duit syiling pemberian ibuku. Berdebar aku call family kat rumah. Lepas puas melepaskan rindu kat abah n mama, hatiku berbunga campur sayu. Still homesick. Pastu aku bagi peluang kat budak-budak lain yg beratur belakang aku untuk melepaskan rasa homesick mereka juga. 

Tak lama lepas tu, aku dah makin boleh get along dengan roommates aku. Aku perasan yg si Ilani ni jenis banyak cakap budaknyer n ada gaya kepimpinan gitu. :3, aku pulak waktu tu tetibe teringat sajak waktu kem UPSR dulu, sajak untuk kasi motivasi n semangat kat budak-budak yg nak jawab UPSR. Aku memang ingat sajak tu waktu tu, terus gi tulis atas kertas, n aku ceritakan kat Ilani semua ritual n protokol kitorang waktu kem UPSR tu. Tiba-tiba, Ilani naik semangat untuk buat balik acara tersebut walaupun kitorang semua dah dapat 5A UPSR..=_=

Malam tu, gang roommates aku menjemput semua penghuni floor asrama tu yakni student form 1 MRSM Lenggong, untuk ke bilik kitorang. Penuh semua kat situ, penuh katil aku jadi tempat duduk, selagi ada space, selagi tu diorang duduk. Pastu....tup! Lampu bilik ditutup, and dengan poyonya keluar lagu nasyid nyanyian kumpulan "aiman" x silap aku..(ntah aku x ingat tapi ni kumpulan budak2 lagi)..

-Ibu~~~ mengalir air mataku~~~terbayang...wajahmu yang redup sayu~~

haaa..lagu tu lah, mesti pernah dengar kan. =_=..sedih kan lagu tu
Pastu si Ilani dengan lantang n emonya n penuh penghayatannya melantunkan sajak---

"Tanggal 1990 aku lahir ke dunia!!
Ayahku ..bla bla bla

aku dah x ingat tapi sajak tu macam nak sedarkan anak-anak yg betapa besar pengorbanan ibu bapa kita besarkan kita, n menjadi tanggungjawab kita ntok buat yg terbaik jugak..

Semua dalam bilik tu senyap je, Ilani je bersuara sorang-sorang melantunkan sajak beliau sambil diiringi lagu sayu bertajuk "ibu". Lepas habis je, aku gi bukak lampu bilik. Peerrrrghhhh!! Masing-masing muka merah n mata berair...menangis tersedu-sedan. Memang menjadi la event kitorang malam tu. Ada yg siap peluk-peluk lagi. Menangis giler-giler la. Aku tak tau knape waktu tu aku gi sengih. =_=

Tiba-tiba macam citer one litre of tears waktu babak budak2 kelas Aya berlari-lari kejar Aya yg nak pindah sekolah, semua budak-budak ni berlari turun dari hostel meluru ke public phone. Dramatik sungguh! errrrr...=_= (aku rasa bersalah btol bila fikir balik sekarang). Semua call family sambil nangis2. Mesti parents diorang fikir kenapa la anak aku elok-elok dok hostel nangis2 plak ni. Ada event motivasi apa plak la ni. 

And tak memasal aku mewujudkan n mencambahlan perasaan homesick pada mereka-mereka jua. Kesian. Tapi tu bukan niat asal aku n Ilani la. Sebenarnya aku sendiri pun x tau knape aku wat gitu. Bosan kot. Tapi yg pasti bukan untuk UPSR. 

Friday, June 21, 2013

Minggu orientasi. Saper tak pernah rasa?

Dah aku baru masuk as Form 1, haruslah ada minggu orientasi. Tapi sebenarnya tu first time aku merasai orientasi sebab waktu kat sekolah rendah mana ada orientasi? Kan? Ke korang ada..-_-

Jadi, serious waktu tengok jadual orientasi tu, aku baca banyak2 kali dan terdetik di hatiku, "pelik la sekolah ni, memang tak belajar ke? baca buku sendiri ke? macamana ni? Kenapa asyik kena pergi dewan je, memang xde kelas ke?" Dekat berejam jugak aku memikirkan masalah mustahak tersebut. Pun begitu, aku tetap ikut jadual tersebut dengan skemanya.

Memang xde tempat lain, dewan la pusat utama orientasi. Mula-mula masuk dewan, dengan muka jakun aku, aku observe je dewan yg bagi aku sangat besar compared to sekolah rendah yg dewannya adalah gabungan kelas2 budak2 darjah 4 sampai darjah 6. N di dewan itulah, aku terpisah dari roommates aku sebab kena ikut kelas. Kelas aku nama dia, 1 Alpha. Aku yg sangat jakun dan merupakan anak kampung sangatla teruja dengan nama kelas yg bagi aku classss sangat. 1 Alpha..-_-. Kelas depan tu, walaupun kitorang diberi kelas x ikut prestasi pun. So, seperti orientasi-orientasi lainnya, kitorang duduk dalam bentuk bulatan. Ko tengok aku, aku tengok ko. -_-, x berapa kenal lagi masing-masing. Pastu, datangla seorang fasilitator iaitu senior mengepalai kumpulan kitorang. Dia pun start la cakap-cakap, tanya itu ini, bagitahu pasal pelajaran kat situ. Aku ni pulak waktu tu memang kira budak yg senyap n pemalu. Aku giler nervous n impressed dengan fasi tu sebab dia bleh cakap tanpa sean silunya. Lepas tu, dia suruh kitorang tulis pasal diri masing-masing atas kertas besor warna putih yg korang selalu buat presentation dalam kelas tuuu. Kena tulis nama, hobi, etc n etc. Yg paling x bley blah, kena tulis idola. Aku ckp x bley blah sebab aku gi tulis Kelly Clarkson idola aku..-_-..bangga pulak tu. Sejujurnya aku x mengerti erti idola. Aku ingat idola tu artis yg kita minat. Ehe. Waktu tu nga minat Kelly Clarkson lepas dengar lagu "Behind These Hazel Eyes" n terpoyo yg mata aku jugak hazel kann..-_-

Aku tengok je kawan-kawan lain present. Ada sorang tu cakap, "idola saya, Rasulullah". Aku pun buat muka poker face. Dalam hati aku cakap, "idola boleh yg bukan retis ek?" bodoh sunggoh kurasakan. Semua idola diorang sebenarnya memang layak dipanggil idola, tapi tiba je part aku, "idola saya Kelly Clarkson, =)..siap sengih lagi pastu, dengan rasa bangganya tanpa ada sekelumit perasaan malu n pelik. Aku tengok budak-budak lain muka cam redha je. -_-, pastu bleh plak si fasi tu pergi rephrase lagi, "idola dia Kelly Clarkson, nk jadi macam Kelly Clarkson ke?"..pffffffffffffft. Aku bleh plak balas, "tak, saya suka lagu dia." Jelas di situ aku sorang je lost dalam pengertian kata 'idola'. Tapi waktu tu aku bangga. -_-v

Sesi orientasi berakhir lewat petang itu. Pffffft, hatiku berbunga dapat memperkenalkan idolaku pada semua. Kenapa la aku x cakap mak aku ke, nenek pun dah ok. Aku pun balik ke hostel n tidur dengan lenanya tanpa ada sekelumit pun perasaan bersalah pada kesilapan aku tidak memperidolakan org yg sepatutnya.

Sunday, June 16, 2013

SALAM, n selamat sejahtera~

Aku ni bukanla pelukis yg hebat2 cam ....-_-..serious aku pun x kenal nama2 pelukis yg famous, korang kenal?

Yang aku ada cuma minat dan passion n sedikit bakat semulajadi..ehem, sebab family belah mak aku pun selalu wat benda2 seni ni..-_-

So, aku just nak share karya aku yg x berapa nak karya sangat la kat sini..
start dari karya yang terawal sampai terlatest, I mean yang aku scan n capture je. Sebenarnya ada banyak lagi, cuma aku tak dapat nk capture semua masuk dalam laptop ni. So, aku boleh share yg ada dalam laptop je la. Enjoy~



OK, yang ni lukisan or sketch yang aku buat atas kertas A4 biasa je, directly guna artline marker n pen lukisan yang ada variable sizes tu. Aku sejak kecik memang x lukis guna pensil n jarang guna pemadam..ceee bukan nk bangga, tapi itu sebenarnya pelik n teknik yg cam salah je, tapi aku lebih selesa wat style n cara sendiri dari terikat ngan certain methods. N pompuan dalam gmbr ni bukan aku..-_-

Well, ni my 1st attempt untuk lukis potret kononnya tapi tak pernah belajar teknik melukis potret yang sebenar, tu yg still nampak kartun tu. Aku sebenarnya nak lukis gambar Nisyikido Ryo..=_=""..mungkin berjaya versi kartun, bukan potret


Lepas beli banyak pen lukisan yang ada banyak sizes, aku makin excited untuk melukis kartun sambil bermain menggunakan saiz pen yg berbeza2, n it's fun to see the results..pffft. Tapi lukisan aku masih lagi berorientasikan kartun dengan ciri-ciri anime jepun. Tu sebab aku otaku waktu sekolah dulu, n lukisan aku banyak dipengaruhi oleh anime. N aku cuba untuk wujudkan style sendiri n tak terlalu nampak anime sangat, tapi still nampak anime..=_=..nk wat camner



Well, masih lagi excited bermain dengan pen with variable sizes n x nk keluar dari zon selesa itu, so lukisan aku masih di level yg sama which is there are still cartoons with japanese anime influences. hmmph

Semua lukisan kat atas ni adalah lukisan yang aku buat waktu aku di matrik dulu n waktu first year di 'U'. Lepas tu, dah bertahun lamanya aku stop melukis, aku addicted to writing poems..-_-, ada la dalam 2 tahun cenggitu aku stop melukis.

Jeng jeng! Lepas tu, dengan tidak semena2, lepas 2 tahun berlalu, sorang rakan fb aku dari Filipina yang memang tau minat aku yg suka melukis ni mencabar kredibiliti aku untuk melukis kembali..-_-, poyo giler ayat. Dia seorang pelajar jurusan seni n lukisan dia not bad la bagi aku, n dia nk aku melukis balik n dia ada request aku untuk lukis gambar kat bawah ni. ;)


Bolt! Kenal? dah 2 tahun aku tak melukis, to be honest, tangan aku terketar-ketar waktu sketch ni, n ni first time aku skecth guna pensil instead of pen with variable sizes tu. -_-, tiba-tiba aku mempercayai pensil dan pemadam instead of pen. N lepas 2 tahun x lukis, tiba2 lukisan aku berbaur non-anime..wahahaha (sori ayat aku memang cam hampeh)


Merida n Angus. Lukisan ni aku lukis lepas tengok citer Brave. Aku sangat terkesan dengan watak Merida sampai aku nak abadikan dia dlm lukisan aku. N the good thing is lepas skecth guna pensil, aku jadi excited to play with pencils pulak...n another gud news is lukisan aku tak dipengaruhi anime jepun lagi. ^^, tapi..ni tiru la, i mean aku mulakan dengan meniru gambar merida, bolt, angus. Btw, aku tiru lukisan ni dengan meng-'pause' video movie citer Brave dalam laptop aku, n aku tiru..=_=


Eiffel tower ni satu2 nya sketching yang aku buat guna pen atas kertas nota aku di petang yg sunyi..-_-
N yg ni aku tiru dari keychain eiffel tower pemberian sahabatku. LOL, thanks for the reference object..-_-


OK, aku tak tahu ni watak apa, tapi kawan filipina aku tu sangat supportive dengan lukisan aku n dia sangat excited dapat tau yg aku melukis balik, so dia kasi lagi request untuk aku lukiskan dia benda ni.


Kenal tak ni siapa? Tahu tak citer Juvana? Ni la Botak, sorry kalau x sama. pffftt, disebabkan aku minat watak Botak ni, aku cuba lukis potret dia based on poster citer 'Karlos' dalam laptop aku. Aku lukis ni tanpa any references or proper techniques of drawing portrait. Seriously aku memang main hentam asal jadi. 


Diriku semakin galak melukis. =_=, lepas satu, satu lagi pencil sketching n kali ni aku saja mencabar diri sendiri untuk lukis landscape. Aku dengan xde kerjanya pegi duduk kat kerusi depan makmal, n aku start melukis dengan pemandangan makmal kat situ as reference view. First time aku lukis guna pembaris. =_=..nak bagi kemas punya pasal, aku siapkan ni dalam masa 4 jam. Lama n letih but puas! Ni la gambar depan makmal tepi jalan biawak, UMT. =_=V


Kemudian, aku akhirnya mengaku yang kartun bukanlah satu2 nya lukisan yg best untuk dinikmati. Banyak lagi yg boleh lukis. So, aku cuba cari tutorials untuk lukis potret di youtube and aku jumpa tutorials yg sngt simple yg boleh dipelajari oleh aku yg bukan student seni ni. =_=. maksud aku, yg tak perlukan banyak equipments. Just mechanical pencil, pemadam, n pengorek telinga yg kapas tu, n sketchbook. =_=

So, inilah hasil pembelajaran aku tu, pffffft



Aku mulakan dengan belajar buat sfera yg 3D, n inilah hasilnya


Lepas tu, aku start lukis potret2 tersebut, n inilah jua hasilnya...=)


                                                                           

   



                                       


Enough with portraits, aku rasa nak lukis kartun balik, tapi dengan gaya sendiri. Ada yg aku lukis guna pensil, ada jugak ngn pen, ada dengan dua2 sekali. Ada jugak kartun anime yg aku teringin untuk lukis balik their characters.weeee~

                                                
                                                                                 

                                                              
 

                                                   
 

                                                             
 

                                                   
 


N baru-baru ni aku jumpa lagi style lukisan yg jadikan aku giler! it's 3D!! aku baru beginner, tapi aku nk practice n practice sampai aku puas hati dengan hasilnya sebagaimana aku puas hati dengan hasil lukisan kartun aku or whatever. These artworks just the beginning, here, enjoy~





Well, I think we just need to keep doing what we love, what we like instead of running away from the fact that we actually love those things. Ignore what status we have, just keep doing and dreaming. No one can stop us because only we have that passion, not them. No matter what position we are in, nothing can erase or eliminate the burning passion that kept within us since born. Enjoy the thing u love! Love it, do it~























Wednesday, June 12, 2013

Tuesday, June 11, 2013

Well, sebagai budak2 yg tak tahu menahu dan masih mentah dalam mengenali diri sendiri waktu tu, aku ikut je kata2 parents aku untuk masuk ke MRSM yang nyatanya sekolah beraliran sains sedangkan aku ada minat mendalam dan sedikit bakat dalam bidang seni di mana aku mula melukis sejak umur aku 4 tahun. -_-

So, even dah masuk MRSM, aku still x boleh berenggang dengan habit aku yg suka melukis x kira tempat dan waktu. Memang aku sentiasa bawak kertas dan pen untuk melukis x kira kat mana pun. Dalam dewan waktu orientasi, dalam kelas, dalam hostel apatah lagi. So, kawan-kawan n org sekeliling aku cepat tau yg aku ni suka melukis n ada yg panggil kartunis pun ada..-_-

Well, dijadikan cerita, kelas sejarah tingkatan 1, di mana kebanyakan student bosan n x suka kelas tu ditambah dengan guru yg agak garang dan tegas. Tetapi, jauh di sudut hatiku, kelas tu sangat menarik dan mengujakan..-_-..lol. Aku sebenarnya suka sangat kelas sejarah tapi x tau kenapa aku malu nak mengaku. Mungkin sebab ramai cakap.."bosanlah sejarah.."..n aku pun turut cakap mcm tu agar tak ketinggalan..wahahaha

So, satu hari kitorang dibahagikan kepada kumpulan kecil dan diberi tugasan pertama. Bab pertama dalam bukut teks, mengenai penghijrahan Parameswara dan pembukaan kota melaka. Pfffftt!! Cikgu sejarah tu cakap, "saya nak setiap kumpulan buat komik untuk menggambarkan kronologi sejarah untuk bab ni"..aku pun....O.O!!!! OMG!!!!! Hatiku berdetak kencang dek terlalu teruja dan tak percaya. Dalam hati aku mengatakan, "yes!!! this it is!!! Ini yg aku tunggu2!!! finally!!" T^T. Gang2 group aku pun apalagi...semua tengok kat aku sambil senyum2 kelegaan. "you're our savior! we rely on u from now on, friend!" T^T"..mcm tulah ibaratnya apa yg cuba disampaikan dari air muka diorang. Aku tau diorang mengharap pada aku sekarang n secara automatic aku cam ketua group pulak. N aku sahut tanggungjawab tu!! Dah ini yg aku tunggu pun!!

Maka, malam itu juga, tanpa berlengah lagi, aku mencapai pensil dan mula tekun melukis tanpa menghiraukan perkara lain sampai aku siapkan tugasan tu walaupun tarikh submit lambat lagi. Dan aku berjaya meringkaskan bab sejarah itu kepada 2 halaman komik. Dan ahli group aku yg lain? tengok sambil tersenyum. ^^

So, hari yg ditunggu pun tiba. Cikgu sejarah masuk dengan rotan di tangan. Semua dalam kelas senyap hatta menundukkan pandangan. LOL. Cikgu tu pun apa lagi, "sila hantar tugasan kamu semua ke depan". Aku yang asyik tenang dari tadi tiba-tiba gelisah tak tentu arah. Mana taknya, komik tu tertinggal kat hostel!!! Aduhhh!!!! Aku tunduk dan cuba untuk tak bertembung mata dengan cikgu. Aku pun bagitau dia aku tertinggal komik tu, bukan aku tak siapkan. Kawan2 aku semua tahu aku memang dah siap. Tersentap hati aku waktu tu bila cikgu tu cakap dia tak percayakan aku n dia minta bukti! Aku dengan rasa sakit hati plus nak nanges, keluar dari kelas dan berlari ke hostel dengan kawan aku untuk mendapatkan komik tersebut. Dalam keadaan keletihan, aku berlari hantarkan komik tu. Sekali lagi tertusuk jantungku bila cikgu tu pegang komik aku dekat hujung bucu kertas tu je, n memandangkan komik aku cuma dua halaman je yg bermakna hanya satu kertas sahaja, dia cakap depan semua kelas n kawan2 aku yg.."ni mesti awak buat kerja last minute ni, tu yg sikit je". Aku terkejut n macam ada halilintar menusuk hatiku. HUUUUU...rasa nak nangis sangat, bila terkenangkan yang aku bersungguh2 melukis komik tu dengan penuh perasaan dan aku berikan semuanya walaupun hanya 2 halaman. Aku just diam je n sabar je walaupun sakit juga hati, n sedih.

Esoknya, di kelas sejarah lagi. Aku seperti biasa, senyap je di tempat dudukku. Aku tersentak tiba2 melihat cikgu sejarah yg baru memarahi aku semalam perlahan2 datang ke arahku pastu cakap dengan nada lembut n seriousnyer..-_-.."Mira, tahniah. Komik awak adalah komik sejarah yang paling terbaik antara semua"..lepas tu dia senyum. =O!! Aku pulak jadi speechless. Aku tak cakap tenkiu or apa2 pun. Aku senyap je. Pastu dia blah dengan misterinya..-_-. Lepas tu, tak cukup dengan tu, cikgu tu photostate komik aku kepada berpuluh salinan dan dia tampal komik aku di tiap2 kelas sejarah yg dia ajar! Aku waktu tu totally speechless. -_-. OK...cikgu ni too much la pulak. Tak cukup lagi dengan tu, dia belikan aku skecthbook n pensil, dia suruh aku lukis.....(bila aku tulis ni, aku rasa nak nanges teringatkan cikgu tu, first time ada orang belikan aku sketchbook n pensil suruh aku lukis, x sangka ada org hargai minat aku n nampak minat aku..:')...). Lepas tu, dia panggil aku ke bilik guru, mulanya aku cuak, lepas tu aku terkejut rupa-rupanya cikgu2 lain siap bagi aku kertas n pensil, masing2 request lukisan dari aku. =)..hahhahaha..kelakar pun ada, tapi aku memang tak boleh lupa moment tu. Minat aku pada lukisan bleh jadi camtu sekali. TEEHEE!

Sunday, June 9, 2013

Aku sekarang dah mencecah 22 tahun...lagi beberapa hari je dah nk masuk 23. Am i an adult now? really?
Masa cepat sangat berlalu tapi macam baru semalam aku baru keluar sekolah. Memori kat sana terlalu indah untuk dilupakan.

Kali ni aku teringat pulak memori waktu aku mula2 masuk MRSM tu. Lepas UPSR, dengan result 5A, aku dihantar ke MRSM, pilihan parents aku. Padahal serious aku tak tahu apekebende MRSM tu, aku x pernah bercita2 nk masuk pun sebenarnya. Yg aku tau tu boarding school. Tu je. Hari 1st, rasa nak nangis bila mak aku hantar sampai ke bilik hostel. First time berjauhan dari keluarga, mana tak sedihnya. Rasa cam nak lari ikut parents aku balik tapi apakan daya..-_-

Roommates aku waktu tu...ehehe, Ilani..first time aku dengar nama gitu, jarang aku dengar nama Ilani ni. Tapi macam tau2 je, dia gi letak nama dia kat atas meja..dasat..mcm kat office..-_-. Tapi memang membantu sebab bila aku nk sebut je nama dia, aku terconfuse dan cepat2 aku menjeling ke arah mejanya dan..'Ilani!'..pfffftt..-_-, orangnya agak banyak mulut n peramah, berbeza ngan aku waktu tu, senyap je.. n dalam hati nak nangis. =_=

Next roommate aku nama Ainul, kecik2 je orangnyer. Nampak cam periang, asyik sengih je. Kurang sket rasa takut n cuak aku first time dok hostel bila tengok budak ni. wahahaha. N roommate yg ketiga, Karen. Dia ni sikh, 1st time tengok dia...oke tingginya kau. Baik je orangnyer, hurm biasalah hari first berkenalan walaupun aku banyak diam.

Ok, parents aku dah balik. Aku betul2 blur waktu tu, tak tau nak buat apa, waktu tu dah lebih kurang pukul 6 petang. Mesti ada program malam tu, samada pergi surau or whatever. Aku yg agak confuse, tiba2 baca kamus...-_-, ye aku baca kamus, sebenarnya aku tengok gambar2 dlm kamus tu. So nerd..-_-
Aku waktu tu rasa sngt insecure n homesick n awkward n numb n shy shy cat. Tiap saat memang rasa nk nangis je. Tapi aku cuba jugak sesuaikan diri. So, aku kena get along dengan roommates aku ni walau mcm manapun. Tu baru hari 1st, hahaha. Tu je setakat yg aku ingat. TEEHEE!

Sunday, June 2, 2013

SALAM n HI!

CINTA...
Aku rasa aku dah pernah tulis entry ni sebelum ni tapi lain sikit kot.
Apa yg korang fikir bila terbaca word tu? couple ke? haha...marriage?

Aku rasa...(sila faham, ayat aku rasa ini bermakna pendapat peribadi saya dan tidak merujuk pada mana2 teori tokoh2 cinta or memerlukan citation..-_-)

ok sambung, aku rasa cinta ni terlalu subjektif! Kenapa?

Well, cinta tu bagi aku satu perasaan senang dengan seseorang, suka, sayang, bahagia dan kadang2 sakit jugak. N biasanya perasaan ni kerap berulang2 dan tak berlaku pada satu orang sahaja pada satu2 masa sahaja.

Cinta pada Allah, tu yang paling tinggi dan perlu untuk kita refresh setiap saat. Kadang2 mulut ckp kita cinta Allah, tapi perbuatan, ntahla. Pesanan untuk diri aku jugak.

Cinta pada family..rasa bahagia n senang bersama kerabat n adik-beradik aku yg satu kepala..haha.bagi aku, itu cinta

Cinta pada sahabat-sahabat yg aku rapat n selalu care pasal aku, yg selalu buat aku lupa stress waktu buat kerja, yg selalu buat aku gelak x ingat dunia, yg selalu ajak buat kerja bodoh bila bosan, yg selalu jadi tempat lepas geram..erk..lol, n yg beri trlalu banyak memori suka duka. Bagi aku tu cinta

Cinta pada binatang ciptaan Allah, cinta pada kucing aku yg selalu buat aku tenang just tengok muka comel dia, yg selalu dengar luahan aku walaupun dia just reply meow, yg selalu temani n setia pada aku. Bagi aku, tu cinta.

Cinta pada keghairahan buat benda yg aku suka. Cinta pada seni, aku selalu tulis puisi bila sedih, emo, murung, or blur n lost..lol, selalu lukis sesuatu yg aku sendiri x faham tapi sanggup x makan walau amek masa 4 jam untuk siapkan sebab aku x sedar masa yg berlalu tu, selalu tenggelam dalam ilusi dan imaginasi aku sendiri seolah-olah aku berada di dunia ciptaan sendiri waktu aku melukis or menulis puisi. Bagi aku, tu cinta!

So, cinta bukan untuk satu orang or satu makhluk je, jangan sempit sangat. Hidup kita dikelilingi oleh banyak perkara n makhluk untuk kita terokai n sebarkan cinta. Bukan pada satu orang je. Sebarkan cinta kita utk seluruh alam.

Bagi aku, cinta tak bermaksud memiliki. Tapi cinta tu bila kita dapat pastikan org or perkara yg kita cinta tu sentiasa ok n dijaga Allah dengan sebaiknya selagi kita mampu menjaganya biarpun dari jauh. Cinta bila kita selalu senyum hanya dengan mendapat tahu yang apa yg kita cinta tu masih ada dan turut tersenyum kembali pada kita. Cinta tu bila kita selalu menitipkan semua org yg kita peduli dalam doa kita, mengharapkan kita akan bertemu dengan mereka kembali di akhirat nanti untuk kita terus bercinta. =D
 

Copyright 2010 Monolog Seorang Aku.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.