Well, sebagai budak2 yg tak tahu menahu dan masih mentah dalam mengenali diri sendiri waktu tu, aku ikut je kata2 parents aku untuk masuk ke MRSM yang nyatanya sekolah beraliran sains sedangkan aku ada minat mendalam dan sedikit bakat dalam bidang seni di mana aku mula melukis sejak umur aku 4 tahun. -_-
So, even dah masuk MRSM, aku still x boleh berenggang dengan habit aku yg suka melukis x kira tempat dan waktu. Memang aku sentiasa bawak kertas dan pen untuk melukis x kira kat mana pun. Dalam dewan waktu orientasi, dalam kelas, dalam hostel apatah lagi. So, kawan-kawan n org sekeliling aku cepat tau yg aku ni suka melukis n ada yg panggil kartunis pun ada..-_-
Well, dijadikan cerita, kelas sejarah tingkatan 1, di mana kebanyakan student bosan n x suka kelas tu ditambah dengan guru yg agak garang dan tegas. Tetapi, jauh di sudut hatiku, kelas tu sangat menarik dan mengujakan..-_-..lol. Aku sebenarnya suka sangat kelas sejarah tapi x tau kenapa aku malu nak mengaku. Mungkin sebab ramai cakap.."bosanlah sejarah.."..n aku pun turut cakap mcm tu agar tak ketinggalan..wahahaha
So, satu hari kitorang dibahagikan kepada kumpulan kecil dan diberi tugasan pertama. Bab pertama dalam bukut teks, mengenai penghijrahan Parameswara dan pembukaan kota melaka. Pfffftt!! Cikgu sejarah tu cakap, "saya nak setiap kumpulan buat komik untuk menggambarkan kronologi sejarah untuk bab ni"..aku pun....O.O!!!! OMG!!!!! Hatiku berdetak kencang dek terlalu teruja dan tak percaya. Dalam hati aku mengatakan, "yes!!! this it is!!! Ini yg aku tunggu2!!! finally!!" T^T. Gang2 group aku pun apalagi...semua tengok kat aku sambil senyum2 kelegaan. "you're our savior! we rely on u from now on, friend!" T^T"..mcm tulah ibaratnya apa yg cuba disampaikan dari air muka diorang. Aku tau diorang mengharap pada aku sekarang n secara automatic aku cam ketua group pulak. N aku sahut tanggungjawab tu!! Dah ini yg aku tunggu pun!!
Maka, malam itu juga, tanpa berlengah lagi, aku mencapai pensil dan mula tekun melukis tanpa menghiraukan perkara lain sampai aku siapkan tugasan tu walaupun tarikh submit lambat lagi. Dan aku berjaya meringkaskan bab sejarah itu kepada 2 halaman komik. Dan ahli group aku yg lain? tengok sambil tersenyum. ^^
So, hari yg ditunggu pun tiba. Cikgu sejarah masuk dengan rotan di tangan. Semua dalam kelas senyap hatta menundukkan pandangan. LOL. Cikgu tu pun apa lagi, "sila hantar tugasan kamu semua ke depan". Aku yang asyik tenang dari tadi tiba-tiba gelisah tak tentu arah. Mana taknya, komik tu tertinggal kat hostel!!! Aduhhh!!!! Aku tunduk dan cuba untuk tak bertembung mata dengan cikgu. Aku pun bagitau dia aku tertinggal komik tu, bukan aku tak siapkan. Kawan2 aku semua tahu aku memang dah siap. Tersentap hati aku waktu tu bila cikgu tu cakap dia tak percayakan aku n dia minta bukti! Aku dengan rasa sakit hati plus nak nanges, keluar dari kelas dan berlari ke hostel dengan kawan aku untuk mendapatkan komik tersebut. Dalam keadaan keletihan, aku berlari hantarkan komik tu. Sekali lagi tertusuk jantungku bila cikgu tu pegang komik aku dekat hujung bucu kertas tu je, n memandangkan komik aku cuma dua halaman je yg bermakna hanya satu kertas sahaja, dia cakap depan semua kelas n kawan2 aku yg.."ni mesti awak buat kerja last minute ni, tu yg sikit je". Aku terkejut n macam ada halilintar menusuk hatiku. HUUUUU...rasa nak nangis sangat, bila terkenangkan yang aku bersungguh2 melukis komik tu dengan penuh perasaan dan aku berikan semuanya walaupun hanya 2 halaman. Aku just diam je n sabar je walaupun sakit juga hati, n sedih.
Esoknya, di kelas sejarah lagi. Aku seperti biasa, senyap je di tempat dudukku. Aku tersentak tiba2 melihat cikgu sejarah yg baru memarahi aku semalam perlahan2 datang ke arahku pastu cakap dengan nada lembut n seriousnyer..-_-.."Mira, tahniah. Komik awak adalah komik sejarah yang paling terbaik antara semua"..lepas tu dia senyum. =O!! Aku pulak jadi speechless. Aku tak cakap tenkiu or apa2 pun. Aku senyap je. Pastu dia blah dengan misterinya..-_-. Lepas tu, tak cukup dengan tu, cikgu tu photostate komik aku kepada berpuluh salinan dan dia tampal komik aku di tiap2 kelas sejarah yg dia ajar! Aku waktu tu totally speechless. -_-. OK...cikgu ni too much la pulak. Tak cukup lagi dengan tu, dia belikan aku skecthbook n pensil, dia suruh aku lukis.....(bila aku tulis ni, aku rasa nak nanges teringatkan cikgu tu, first time ada orang belikan aku sketchbook n pensil suruh aku lukis, x sangka ada org hargai minat aku n nampak minat aku..:')...). Lepas tu, dia panggil aku ke bilik guru, mulanya aku cuak, lepas tu aku terkejut rupa-rupanya cikgu2 lain siap bagi aku kertas n pensil, masing2 request lukisan dari aku. =)..hahhahaha..kelakar pun ada, tapi aku memang tak boleh lupa moment tu. Minat aku pada lukisan bleh jadi camtu sekali. TEEHEE!
Why I English
2 months ago
0 comments:
Post a Comment