Minggu orientasi. Saper tak pernah rasa?
Dah aku baru masuk as Form 1, haruslah ada minggu orientasi. Tapi sebenarnya tu first time aku merasai orientasi sebab waktu kat sekolah rendah mana ada orientasi? Kan? Ke korang ada..-_-
Jadi, serious waktu tengok jadual orientasi tu, aku baca banyak2 kali dan terdetik di hatiku, "pelik la sekolah ni, memang tak belajar ke? baca buku sendiri ke? macamana ni? Kenapa asyik kena pergi dewan je, memang xde kelas ke?" Dekat berejam jugak aku memikirkan masalah mustahak tersebut. Pun begitu, aku tetap ikut jadual tersebut dengan skemanya.
Memang xde tempat lain, dewan la pusat utama orientasi. Mula-mula masuk dewan, dengan muka jakun aku, aku observe je dewan yg bagi aku sangat besar compared to sekolah rendah yg dewannya adalah gabungan kelas2 budak2 darjah 4 sampai darjah 6. N di dewan itulah, aku terpisah dari roommates aku sebab kena ikut kelas. Kelas aku nama dia, 1 Alpha. Aku yg sangat jakun dan merupakan anak kampung sangatla teruja dengan nama kelas yg bagi aku classss sangat. 1 Alpha..-_-. Kelas depan tu, walaupun kitorang diberi kelas x ikut prestasi pun. So, seperti orientasi-orientasi lainnya, kitorang duduk dalam bentuk bulatan. Ko tengok aku, aku tengok ko. -_-, x berapa kenal lagi masing-masing. Pastu, datangla seorang fasilitator iaitu senior mengepalai kumpulan kitorang. Dia pun start la cakap-cakap, tanya itu ini, bagitahu pasal pelajaran kat situ. Aku ni pulak waktu tu memang kira budak yg senyap n pemalu. Aku giler nervous n impressed dengan fasi tu sebab dia bleh cakap tanpa sean silunya. Lepas tu, dia suruh kitorang tulis pasal diri masing-masing atas kertas besor warna putih yg korang selalu buat presentation dalam kelas tuuu. Kena tulis nama, hobi, etc n etc. Yg paling x bley blah, kena tulis idola. Aku ckp x bley blah sebab aku gi tulis Kelly Clarkson idola aku..-_-..bangga pulak tu. Sejujurnya aku x mengerti erti idola. Aku ingat idola tu artis yg kita minat. Ehe. Waktu tu nga minat Kelly Clarkson lepas dengar lagu "Behind These Hazel Eyes" n terpoyo yg mata aku jugak hazel kann..-_-
Aku tengok je kawan-kawan lain present. Ada sorang tu cakap, "idola saya, Rasulullah". Aku pun buat muka poker face. Dalam hati aku cakap, "idola boleh yg bukan retis ek?" bodoh sunggoh kurasakan. Semua idola diorang sebenarnya memang layak dipanggil idola, tapi tiba je part aku, "idola saya Kelly Clarkson, =)..siap sengih lagi pastu, dengan rasa bangganya tanpa ada sekelumit perasaan malu n pelik. Aku tengok budak-budak lain muka cam redha je. -_-, pastu bleh plak si fasi tu pergi rephrase lagi, "idola dia Kelly Clarkson, nk jadi macam Kelly Clarkson ke?"..pffffffffffffft. Aku bleh plak balas, "tak, saya suka lagu dia." Jelas di situ aku sorang je lost dalam pengertian kata 'idola'. Tapi waktu tu aku bangga. -_-v
Sesi orientasi berakhir lewat petang itu. Pffffft, hatiku berbunga dapat memperkenalkan idolaku pada semua. Kenapa la aku x cakap mak aku ke, nenek pun dah ok. Aku pun balik ke hostel n tidur dengan lenanya tanpa ada sekelumit pun perasaan bersalah pada kesilapan aku tidak memperidolakan org yg sepatutnya.
Why I English
2 months ago
0 comments:
Post a Comment