SALAM
Mimpi apa semalam?
Saja je nak bermonolog lagi malam ni, dah la dok sorang2, housemates sumer enjoy cuti. Untungla
Aku pulak terflash back mimpi yg aku xleh lupa.
Nak tau mimpi apa? mimpi tu berlaku waktu aku still darjah satu or waktu sekolah rendah. Mimpi-mimpi waktu tu terlalu dramatik n best sampai aku bleh ingat berbanding mimpi-mimpi yg sekarang. Mungkin hipotesisnya semakin berusia seseorang, makin x best mimpi dia. Ek?
Well, back to mimpi.
Mimpi tu still bagi aku goosebumps even sekarang bila aku ingat balik. The memory of that dream really give me a sad feeling n loneliness. Mungkin mimpi tu ada maksud tersirat untuk aku di waktu tu, cuma waktu tu aku x dapat nak menafsir tapi sekarang aku dah faham.
Aku bermimpi yang satu petang yg macam mendung2 gitu, aku n abah n mama nak pergi ke rumah org tua ni. Tapi rumah dia kat tepi tebing sungai. Tak tau macam mana abah, mama, n aku meniti titi kecik untuk ke rumah dia. So, aku ikut kat belakang sekali. Abah n mama lompat ke tebing sungai, pastu bila aku nak lompat je, aku terjatuh dalam sungai. Sungai tu dalam. Aku cuba nk naik ke permukaan tapi xleh, aku cuba jerit pun xleh. Tangan aku tergapai-gapai harap mama n abah tarik aku, tapi diorang jalan terus panjat tebing x pedulikan aku. Seolah-olah diorang lupa aku ikut sebenarnya. Aku makin lemah n aku biarkan diri aku hanyut. Aku hilang keinginan untuk cuba berenang ke permukaan, aku putus asa untuk berjuang demi nyawa, aku biarkan arus sungai tu hanyutkan aku jauh n makin jauh dari abah n mama. Dan, perasaan aku waktu lemas tu bukan takut mati, tapi sedih sebab tak ada org tarik aku or gapai tangan aku. So, aku rasa baik aku biarkan je diri aku lemas. N waktu aku hanyut tu, aku still boleh nampak mama n abah dari jauh, dorang jalan tanpa toleh belakang sikit pun, n pandanganku makin kabur.
Tulah mimpinyer, macam ada sesuatu. Aku xleh lupa sampai sekarang. Mimpi tu macam dah lekat permanent dalam memori aku.
Why I English
2 months ago
0 comments:
Post a Comment