Percaya
Perlahan-lahan kaki ini melangkah
Menyusur denai dan lurah dalam
Sesekali tersadung lalu tersungkur
Mengalirkan darah hitam pekat
Dari luka-luka semalam
Biarkan darah itu mengalir
Kerana di balik perit itu, ada penawar
Ku persembahkan sujudku pada-Mu
Ku pegang janji seorang hamba
Mengabadikan diri pada Sang Pencipta
Dalam melayari pentas dunia fatamorgana
Pernah aku terjatuh
Namun sinar cahaya-Mu datang
Menyuluh aku mencari jalan pulang
Berbekalkan iman yang cuma senipis benang
Tetap ku gagahi jua bangkit berpegang pada tautan takwa
Dan aku akan terus melangkah
Mencari cinta hakiki
Kerana aku percaya, Engkau akan ku jumpa
Why I English
2 months ago
0 comments:
Post a Comment