Biarkan masa berhenti seketika,
Yang sibuk mencari harta, biarkan.
Yang sibuk mengejar nama, biarkan.
Yang sibuk bercumbuan di bawah purnama, biarkan.
Biarkan semuanya dan aku,
Aku cuma mahu mencoret puisi.
Dan puisi ini masih kutulis,
Aku cuba mencari kata pujian,
Untuk menzahirkan nikmat pemberian-Mu,
Namun aku gagal buat kesekian kalinya,
Kerna tiada prosa mahupun puisi,
Yang mampu memuji,
Lantas aku noktahkan lagi puisi ini,
Dengan berjuta persoalan,
Sedang akalku masih mencari,
Kata-kata pujian untuk-Mu,
Dan aku tidak pernah berjaya,
Kerna puisi ini telah terhenti.
Why I English
2 months ago
0 comments:
Post a Comment