Wednesday, December 19, 2012

Bismillahirrahmanirrahim (Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang)

Assalamualaikum..:)

Aku insan yang lemah
Berpaut pada dahan rapuh
Berpijak pada tanah gersang
Menadah debu-debu menyesakkan
Membiarkan diriku rebah
Dilempar badai dunia


Sehingga satu ketika
Engkau masih di situ
Menyambutku pulang
bersamaMU ku temui kekuatan
Untuk kembali berdiri
Berpaut pada tali yang kukuh
Berpijak pada bumi yang utuh
Dan aku masih mendongak
Menadah sejuta keampunan
Mendaki menuju cintaMU

Tuesday, December 11, 2012

SALAM and peace be upon you
Setelah 22 tahun aku berkecimpung dalam dunia sains, kenapa baru hari ni aku nak mempersoalkan otak kanan or otak kiri? Seriously aku tak suka saper yang memulakan teori otak kanan and otak kiri ni. Sebab teori ni la aku jadi down tiba2...
mana taknya, bila aku baca pasal teori ni baru aku tau yang aku memang otak kanan, means more into art, abstract, philosopher..memang betul pun, aku lebih tertarik pada semua ni and berbeza dengan orang yang kuat otak kiri sebab diorang lebih bagus mengenai math, logical and statistic. Walaupun add math aku dapat A SPM, itu sebab usaha aku n rotan cikgu. Tapi itu menunjukkan yang aku pun boleh survive dalam lautan manusia-manusia berotak kiri ni.
Bila fikir yang aku ni otak kanan, seriously rasa xde confident untuk terus further sutdy. Aku rasa cam aku seolah-olah manusia sesat yang ada kat tengah-tengah manusia yang berfikiran logic dan linear and aku penuh dengan keabstrakan dan sastera yang mungkin tak diperlukan di situ. Berdasarkan teori (bukan aku cakap), orang yang otak kanan ni lebih kreatif dan berseni, masalahnya aku salah port..=,=", mamapukah aku menyumbangkan daya kreatif aku dalam suasana penuh logic dan saintifik ni?
Tapi, patutkah aku menyalahkan takdir? Bukankah Allah lebih tahu segala-galanya, dan Dia tidak akan membebani hambaNya dengan sesuatu yang hambaNya tidak mampu. Pasti ada hikmah di sebalik semua ni, cuma aku sedang cuba untuk mengurangkan perasaan 'down' ni. Tiba-tiba rasa sedih jadi orang otak kanan. Macam terpinggir pun ada. LOL, tapi aku sepatutnya bersyukur, at least aku ada otak..=,="",
and even Einstein was a right-brained scientist
so wake up Mira! tak payah nak sedih2 sngt la, aku boleh buat, kalau aku tak mampu, maka Tuhan tak kan takdirkan aku berada dalam bidang ni,
Apa nak risau, ALLAH KAN ADA..:)
tak kisah la otak kanan or kiri yang lebih kuat, yang penting ialah usaha, biarkan teori ni tinggal teori

Saturday, September 22, 2012

Dalam destinasi menuju cinta
Terkadang aku gagah
Terkadang aku lemah
Sungkurku bukan sekali
Tidak jemu bangkit berdiri

Namun aku tenggelam dalam cahaya
Gelita dalam terang
Seakan lelah dalam rehat
Buta dalam nampak
Cinta menjadi susah
Hilang tiada arah

Gopoh menggapai cinta
Aku kehilangan semua rasa
Namun jiwa ini terlalu rindu
Sujud mengabdi pada cinta
Kemuncak manifestasi seorang hamba
Bukan sekadar cinta biasa
Cinta pada Pencipta Cinta
Akan ku buka sayap lalu ku terbang
Meraih kembali cintaku yang hilang

Wednesday, June 20, 2012

Mati itu pasti
Semakin aku lari
Semakin ia mendekati

Tapi kadang-kadang aku lupa
Terlalu selesa dengan dunia
Merasakan seolah-olah aku kekal abadi
Konon aku tak kan mudah mati
Tapi hakikatnya aku bukan pemilik mutlak nyawaku
Tuhan Yang Satu yang punya hak
Sudah ditulis nasibku di Luh Mahfuz
Tidak akan lewat sesaat
Tidak akan cepat sesaat

Saat bersendirian,
Ketakutan menyelubungi diri
Kerana kematian datang mengingatkan
Tidak ke mana dunia yang kucari
Air mata jatuh membasahi pipi
Namun aku tak pasti
Adakah aku menangis kerana takut
Takut meninggalkan segala nikmat dunia?
Atau takut akan dosa-dosa yang masih tersisa?
Atau takut bersendirian di alam kubur sana?
Gelap, sunyi, tidak berteman
Cuma aku dan kain kapan
Amalan sahaja yang mampu selamatkan

Jujur Ya Tuhan aku takut
Jujur Ya Tuhan aku lemah
Jujur Ya Tuhan aku bimbang
Kerana selama ini aku takut
Pada ancaman dunia
Sedangkan akhirat itu lebih utama
Aku takut pada selain-Mu
Seolah-olah mereka memegang nyawaku
Tapi aku lupa Engkaulah yang berkuasa
Aku takut kehilangan nikmat dunia
Sedangkan nilainya terlalu hina

Aku pernah bersumpah pada-Mu
Saat di alam roh suatu ketika dahulu
Bersaksi Engkaulah Penciptaku
Dan moga saat aku kembali
Aku melafazkan sumpah yang sama

Sunday, May 27, 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera, =)

Hari ni nak tulis post touching sket bleh tak? (blog aku sukati aku la)

Well, (kenapa mesti start ngan well aku tak tau, memang habit aku)
Well...(lagi sekali), ok hari ni sebenarnya hari last aku mengikuti kelas latihan silat di UMT.
Lepas ni, aku tak dapat join kelas ni lagi sebab ni last semester aku..sob2..:/ (bajet sedih sket)

Aku rasa nak flashback semua kenangan bersama gang2 silat ni semua (lol, "gang")
ok, kenapa waktu aku third year baru aku sibuk2 nak join silat? sebab dulu aku xde minat nak belajar ni, entah kenapa waktu third year baru nak terhegeh2, mungkin sebab silat ni SENI mempertahankan diri, sebab ada SENI di situ, mungkin la kot salah satu sebabnya. ye saya suka SENI! >:)....(=,="""")

OK serious memang best belajarnyer, ops kalau nak tahu, pegi daftar kelas silat (promote2)
.......(tiba2 aku blur)

OK dalam kelas ni, untuk perempuan, aku sorang je third year yg lain semua juniors..wahahah..terasa diriku tua..(tapi saya masih muda ok)

So, dapat kenal banyak adik2 yang comel2 (=,=..errghhh),
Dapat kenal Ain yang bajet cam comel and pendek (xD, haha, kidding2, memang comel pun, sorry bukan pendek, kecik..:P), Suhaila yg kecik n comel gak, Aini si sahabat suhaila..wahahaha (ada part aku kena pair ngan dorang ni..SUPERBBB..=,=d), Ayu yang ayu dengan ketawanya..lol, Dila si roommate Ayu yg slalu buat kitorang sumer gelak2, (korg memang lawak), saper lagi ek, sorry la x ingat semua nama, tapi aku cam muka..(=,=), errr..aku tau si budak ain or suhaila yg baca blog ni (kalo korg baca) ingat aku nk tulis pasal 'abg mat' tu, sorry saya x nak tulis pasal dia.:P, korng je pandai2 mengaitkan aku yg xde kaitan ngan dia. hahah

Well, saya nak ucap terima kasih pada korang2 semua adik2 yg comel laaaa sangat especially pada nama2 yg dimention tu. Pada Ain, thanks sebab jadi partner akak, (xde la sakit sangat, lebam2 aku huh..xD), memang best dapat reliefkan tension dengan menolak dan menampar anda serta menjatuhkan anda dengan sengaja..wahahahaahahahhaha(gelak jahat), huaaaaaa,,dah last class, lepas ni xleh sepak tampar n tolak ain lagi n gelakkan ain..T.T, xde org nak dibuli, x best. :P, for Suhaila and sahabatnya, thanks a lot sebab jadi partner akak jugak bila si ain menghilangkan diri. And best tak suhaila dapat penampar free? sayangnya lepas ni akak dah keluar, baru nak kasi makan rumput..:PTo ayu and dila, thanks sebab korang selalu buat akak gelak2 x hengat dunia, thanks ye ayu panggil akak 'mira diba martopo'...=,=

OK makin merepek, tu je nak tulis, all those memories with u all, everyone in this class will always in my heart. ;), saya nak minta maaf banyak2 kalo ada buat salah silap, suhaila sorry tampar tu memang sengaja, :P, ain pun sorry sebab selalu menganjing, nasib baik tak mengkucing..xD, semoga Ain lebih tinggi,wahaha, sorry2, ala baru habis kat kelas silat je, lepas ni boleh jumpa lagi. Jom la nanti kalo free pegi tengok sunrise..*__________*..jom la2, jom la aku paksa ni!

Sorry takde gambar pulak nk letak kat sini. Well, gud luck to all of u for this final exam, buat elok2, dekan tau, pastu ain waktu konvo nanti jgn lupa (xDDDD), n waktu present fyp akak, x yah dtg pun xpe...:P(peasanan pada suhaila gak)

Dah latu, nanti korg touching lbey, :P, touching ke?
Thanks a lot and akak akan selalu doakan kejayaan korang di masa hadapan..cewaah
Assalamualaikum
^.^

Friday, May 25, 2012




Assalamualaikum dan salam sejahtera...=)

Bila direnung-renung kembali hidup kita, tipulah kalau kita cakap kita tak pernah mengalami sebarang kesulitan, kejatuhan, kesedihan, penderitaan, kesakitan. Mustahil kehidupan seseorang itu gembira setiap detik dan saat sejak dia dilahirkan sehinggalah sekarang.

Aku pernah sedih, aku juga pernah sakit, pernah rasa terbeban dan kadang-kadang merasakan mati itu lebih baik. Astaghfirullah, tapi benarkah mati itu lebih baik? Adakah dengan mati segalanya akan berakhir? Jawapannya TIDAK. Aku masih punya peluang membetulkan segala-galanya, mengapa perlu menyerah begitu awal?

Pernahkah kita terfikir, setiap masalah dan kesakitan dalam hidup itu hanyalah ujian dariNya. Dia hanya mahu menguji sejauh mana nilai kesabaran kita sebagai hambaNya, adakah kita akan kembali padaNya memohon pertolongan atau adakah kita terus menyombongkan diri berpaling dariNya meski kita amat-amat memerlukan Dia. Ya, kita memerlukan Dia, Allah. Sedangkan Allah tidak memerlukan kita sedikit pun, andai Allah mahu, sudah pasti Dia menghapuskan kita semua dan menggantikan kita dengan makhluk yang baru yang jauh lebih hebat, tunduk dan patuh dan tidak sombong seperti kita ini. Tetapi Allah tidak berbuat demikian, Allah Maha Penyayang dan Pengampun sentiasa menunggu kita hambaNya untuk kembali.

Janganlah kita menyangka kita mampu mengatasi masalah kita sendiri tanpa rahmat dan pertolongan dariNya. Andai Allah mahu memberi kebahagiaan kepada seseorang, tiada satu tangan pun mampu menahan, dan andai Allah mahu memberi kesusahan kepada seseorang, tiada satu tangan pun mampu menghalang. Maksudnya, andai Allah mahu beri kita kebahagiaan, biar sebesar mana pun rintangan, kita tetap akan mengecapi kebahagiaan itu dalam hidup. Dan andai Allah mahu memberi kita kesusahan dan kesedihan, biar sampai ke hujung dunia kita mencari kebahagiaan, kita tak kan pernah temui kegembiraan sebenar. Justeru, hanya Allah sajalah tempat kita memohon pertolongan dalam menghadapi setiap kesulitan dalam hidup. Kesakitan itu satu anugerah. Tanpa rasa sakit dan derita, kita akan terus terleka dengan dunia kita sendiri dan dengan hadirnya kesakitan itu, ia seoalah-olah teguran secara langsung dari Tuhan kepada kita untuk bermuhasabah diri, melihat kembali kekurangan diri kita, apakah kita masih di atas landasan atau sudah jauh tersasar, apakah kita selalu mengadu kepada Allah sebelum ini. Jika belum, inilah masanya untuk kita kembali padaNya. Sayangnya Allah pada kita, Dia tak membiarkan kita hanyut dan leka dengan dunia.

Ajaibnya bila kesakitan itu menjadi penghubung antara kita dan Tuhan. Hanya kita dan Dia, tiada sebarang perantaraan untuk mengadu padaNya. Melalui sujud kita, mengadulah padaNya, Yang Berkuasa atas segala-galanya. Menangislah sepuas hati memohon pertolongan dariNya kerana tiada apa-apa atau sesiapa yang mampu menolong kita melainkan Allah sahaja. Allah sengaja memberi kita kesusahan dan kesulitan untuk melihat ketaatan kita. Andai kita berdoa, pastilah Allah akan memakbulkan kerana itulah yang ditunggu-tunggu Allah! Tapi malangnya, kita melarikan diri dan seakan-akan tidak percaya pada rahmatNya sedangkan masalah kita itu juga datang dengan izin Allah.

Doa itu sememangnya senjata yang ajaib. Berdasarkan pengalaman aku sendiri, setiap kali aku berada di dalam kesulitan, kesedihan yang tiada siapa pun yang memahami aku, tiada seorang pun yang faham, dan aku merasakan duniaku gelap. Saat itu aku cuba untuk sujud padaNya, aku bukanlah hambaNya yang baik sebelum ini, aku bukanlah hambaNya yang taat, aku banyak melakukan dosa, tapi aku tetap cuba sujud dan berdoa, kerana aku tahu hanya Dia saja tempat untuk aku mengadu. Aku menangis memohon pertolongan merasakan diriku tiada harapan lagi. Aku menangis dan terus menangis di hadapanNya dan malu akan dosa-dosaku. Aku merasakan saat itu Allah mendengar aku. Dan ajaibnya kesulitan yang aku rasa aku tidak mampu keluar satu ketika dahulu, hilang dan Allah gantikan dengan yang lebih baik. Yang mustahil jadi tak mustahil, impossible became possible, hebatnya! Alhamdulillah, betapa besar nikmat yang Allah berikan pada kita semua. Walau sebesar mana masalah kita, ingatlah Allah itu lebih Berkuasa dan Maha Agung atas setiap sesuatu, tiada yang mustahil bagi Allah. Tak ada.

Kesakitan yang perlu ditanggung di dunia ini terlalu kecil untuk dibandingkan dengan kesakitan api neraka di akhirat sana. Setiap kesakitan yang Allah berikan, andai kita bersabar dan mohon pertolongan dariNya, pasti Allah akan memudahkan semuanya dan semoga menjadi ganjaran pahala buat kita menuju syurgaNya. Nilai dunia ini terlalu kecil dan hina untuk ditangisi.

Btw,Ada satu kisah menarik yang ingin dikongsi mengenai nilai dunia pada sudut Islam, credit to majalah al-Ustaz yang siarkan cerita ni, suka sangat cerita ni..^^


"Pada suatu hari, Sayidina al-Hasan r.a: cucu Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya dengan memakai pakaian cantik dan serba baru. Dalam perjalanan, beliau terserempak dengan seorang peminta sedekah Yahudi. Pakaiannya kasar dan diperbuat daripada kulit lusuh dan bertampal-tampal. Dia membawa sebuah bekas air daripada kulit yang sudah usang. Keadaan dirinya tidak terurus dan langkahnya tidak teratur.

Apabila melihat al-Hasan yang begitu gagah dan kemas, dia terpegun. Kemudian dengan lantang dia menyuruh Sayidina al-Hasan berhenti lalu berkata,

"Wahai cucu Rasulullah, saya ingin mengajukan satu pertanyaan kepada anda."

"Apa itu?" Tanya al-Hasan.

"Datukmu pernah berkata bahawa dunia ini penjara bagi orang Mukmin dan syurga bagi orang kafir. Engkau seoarang Mukmin dan aku seorang kafir. Tetapi aku tidak melihat dunia ini melainkan syurga bagimu dan engkau bersenang-lenang dengannya. Dan aku tidak melihat dunia ini melainkan sebagai penjara bagiku." kata Yahudi itu.

Sayidina al-Hasan tersenyum, kemudian berkata: "Wahai saudara seandainya engkau tahu apa yang Allah janjikan kepadaku di akhirat kelak (yakni nikmat syurga), maka engkau akan dapati keadaan aku sekarang ini seperti daalm penjara. Dan sekiranya engkau dapat melihat apa yang Allah janjikan kepada engkau di akhirat ( yakni seksa yang sangat pedih), maka engkau akan merasakan bahawa engkau sekarang ini berada di dalam syurga yang sangat luas."

RENUNG-RENUNGKAN
Salam..=)

Saturday, May 19, 2012

Lewat cahaya petang
Kelabu tanpa warna
Guruh menyusul membawa berita
Awan hitam menutupi angkasa

Aku berlari dan berlari
Namun diriku kebasahan
Langit yang kian gelap
Melitupi segenap ruang

Aku terperangkap lagi
Kaku tidak mampu berdiri
Membiarkan diriku hanyut
Dibawa arus semalam
Bersama hujan hitam
Pulang ke lubuk dalam

Aku menanti mentari
Membiaskan pelangi
Agar kembali berwarna
Esokkku yang sirna

Friday, May 18, 2012

Aku manusia biasa
Bukan sesuci salju
Hitam pernah tercalit
Mengotori ruang hati

Jiwa yang diasak dunia
Membawaku ke dasar sana
Hanyut dan tenggelam
Dalam ilusi syurga duniawi

Nafsu yang menipu
Menjanjikan dusta
Naluri manusiaku mencari
sinar yang abadi
Kekal dan tidak mati

Terkadang aku perlu jatuh
Agar mampu bangkit berdiri
Kerana ilusi membutakan
Mata yang berjaga

Meski aku hina
Aku masih hambaNya
Lemas dengan dosa
Biarkan aku berlari
Walau lelah namun bererti

Akan ku telan semua noda
Izinkan aku ke sana
Walau merangkak akan ku gagahi
Tiada yang ku inginkan lagi
Dari memori semalam
Yang ada cuma janji esok.

Tuesday, May 8, 2012

Di atas tanah gersang itu
Bulatan hitam sengaja dikelar
Melihat dunia dari lingkaran
Membiarkan debu takdir berterbangan


Kaki yang sedia berat
Kian membeku untuk melangkah
Gusar akan dunia luar bulatan
Terus membatu, tidak berganjak


Dalam bulatan itu,
Memeluk tubuh menunduk sepi
Seakan lupa rahmat Tuhannya
Masih bernafas kerana Dia


Dalam bulatan itu,
Mempersoalkan keadilan
Di saat diri tidak mengerti
Berlaku zalim pada diri
Lupa pada janji-Nya


Dalam bulatan itu,
Dia menipu diri lagi
melukis pelangi tanpa warna
Di saat hujan usai turun
membiaskan warna mentari
nun di balik sana
Namun tersenyum pada ilusi
Sedangkan realiti menanti


Dia masih di situ
Mendongak bintang di langit
Menghitung tanpa berkesudahan
Mencari perbezaan dalam persamaan
Menanam seribu kepercayaan
Pada cahaya yang jauh
Biar sekecil kerdipan bintang
Namun sinarnya begitu terang
Kerna Penciptanya tidak pernah mungkir
Membenarkan cahaya menghiasi ruang
Keluarlah dari bulatan selagi terdaya
Sebelum sinarNya kembali menghilang

18/05/12
18.37pm
p/s: merepek per, saya suka merepek n bermain2 dengan kata..:P (stress mode)

Thursday, May 3, 2012

SALAM semua, =)

OK post kali ni rasanya sangat kontroversi tapi dalam diri ni membuak2 nak ekspresskan pendapat saya. So, saya nak minta maaf andainya ada kekasaran bahasa dalam entry ni.


Honestly, saya tengah keliru sekarang, BERSIH tu saya patut sokong atau tak? atau saya patut tolak?
Betulke kalau saya tolak, saya ni dikira dalam kategori manusia yg tak sayangkan islam? Astaghfirullah..saya sayangkan Islam..:'/


BERSIH dibuat untuk memohon keadilan dalam pilihanraya. Jujurnya saya menyokong hasrat ni, biar ada ketelusan dalam pilihanraya, tidak ada unsur2 penipuan dan sebagainya. Tapi, kenapa dari apa yang saya perhatikan terutama daripada penyokong2 BERSIH, adalah 'jatuhkan kerajaan'. Bukankah memohon keadilan dalam pilihanraya berbeza dengan menjatuhkan kerajaan. Alasannya kerajaan tidak pernah berlaku adil dan zalim terhadap rakyat. Saya tak tahu pasal tu sebab mungkin tak pernah berlaku pada saya, mungkin org yg mengalaminya sahaja yg tahu.

Tapi apakah dibenarkan untuk kita menjatuhkan kerajaan? Adakah perjuangan itu betul kerana kita memperjuangkan kebenaran Islam dan ingin menjatuhkan pemerintah yang mungkin tidak mengamalkan 100% pemerintahan Islam contohnya hukum hudud.

Dari perbualan saya dengan mereka-mereka yang menyokong BERSIH, ada yang mengatakan kita perlu sokong sebab kita memperjuangkan Islam, pemerintahan kerajaan tidak lagi adil. Kebanyakan memberi pendapat yang sama, ada juga yang mengaitkan pelaksanaan hukum hudud. Kerajaan menolak hukum Allah dan perlu kita umat Islam membantah. OK personally saya sokong hukum hudud sebab saya tau hukum hudud itu adil. Tapi perlu ke jatuhkan kerajaaan? Perlu diaakui kerajaan tidaklah sempurna, memang betul tapi relevankah tindakan menjatuhkan kerajaan itu seperti yang berlaku di Iraq dan Mesir?

Hayati Ayat ini:
Maksudnya: "Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya, dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya." (Surah an-Nisa': 59)

Hayati pula hadis ini:
Maksudnya: "Barang siapa yang diperintahkan oleh seorang pemerintah, kemudian ia melihatnya melakukan maksiat kepada Allah Ta'ala, hendaklah ia membenci perkara maksiat tersebut, tetapi tidak boleh mencabut ketaatannya kepada pemimpin tadi." (Hadis riwayat Muslim)

Bagaimana pula dengan hadis ini?
Maksudnya: "Barang siapa yang keluar daripada ketaatan, serta berpisah daripada jemaah, lalu ia mati, maka matinya dalam keadaan jahiliah." (Hadis riwayat Muslim)

Seandainya perjuangan atau reformasi yang dibuat untuk menjatuhkan pemerintah Islam yang tidak adil dan zalim itu memberi impak yang lebih buruk seperti mula wjudnya perpecahan ummah, adakah reformasi itu perlu diteruskan?

Perlu dilihat impak dari reformasi itu sendiri, sekiranya membawa kepada perpecahan, sepatutnya tidak perlu diteruskan. Ini bukan pendapat saya, saya cakap just based dari hadis nabi. =)
Kalau ikut pendapat sendiri, semua orang boleh, saya rasa kita perlu kembali pada Quran dan Sunah, bukankah nabi juga pernah bersabda yang di akhir zaman, umat Islam akan berpecah kepada 73 puak di mana satu puak akan ke syurga dan selebihnya ke neraka. Di manakah kita? Manakah pegangan Quran dan Sunnah kita? Yang mana patut kita utamakan dahulu? pendapat sesetengah ulama atau hadis Rasulullah? (p/s: kecuali pendapat ulamak yang menggunakan nas Quran dan Hadis)

Hayati hadis ini lagi:
Ubadah bin al-Samit berkata: "Kami berbaiah kepada Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam untuk memberi ketaatan dalam keadaan kami suka atau benci, dalam keadaan susah dan senang, kami akan mengutamakan Rasulullah ke atas diri kami sendiri dan kami tidak merampas hak pemerintah." Kemudian Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Kecuali jika kamu dapati kekafiran yang jelas, yang ada dalil dan bukti daripada Allah Ta'ala."

"Ini merupakan dalil bahawa tidak harus menderhakai pemerintahan serta cuba menjatuhkan mereka, kecuali jika terhadap kekurufan yang nyata yang terdapat dalil daripada Allah Ta'ala. Ini kerana cubaan untuk menjatuhkan seseorang pemimpin boleh menyebabkan kerosakan yang besar serta keburukan yang dapat menggugat keamanan serta mengabaikan kewajipan. Pada ketika itu tiada orang dapat menghalang kezaliman dan membantu mereka yang dizalimi, serta keadaan menjadi kacau-bilau dan keamanan tidak lagi wujud."

"Jika kumpulan yang melucutkan jawatan pemerintah yang melakukan kekufuran yang nyata itu mempunyai kekuatan untuk berbuat demikian dan menggantikannya dengan seorang pemerintah yang soleh dan baik tanpa membabitkan sebarang kemusnahan terhadap orang Islam, maka hal itu dibenarkan.

"Tetapi jika perbuatan mereka itu mendatangkan kerosakan, menggugat keamanan, menzalimi orang ramai, serta lain-lain keburukan maka perbuatan itu tidak diharuskan. Bahkan mereka diwajibkan bersabar, dengar dan taat di dalam perkara yang makruf. Menasihati pemimpin serta menyeru mereka ke arah kebaikan. Mereka juga mesti berusaha meringankan atau mengurangkan kejahatan tersebut serta memperbanyakkan kebaikan."


Jujur saya katakan sebagai seorang Muslim di akhir zaman di mana fitnah berleluasa, kita cuma ada Quran dan Sunnah untuk dipegang, berpeganglah kuat pada Quran dan Sunnah, memang benar ulamak itu harus dihormati. Tapi janganlah sampai kita menolak hadis Nabi sendiri dan meletakkan pendapat sesetengah ulamak itu tinggi dari hadis nabi. Saya menyokong bersih sekiranya bersih itu diadakan cuma untuk menuntut keadilan dalam pilihanraya, tetapi saya tidak akan menyokong bersih sekiranya keburukan dan perpecahan ummat yang dapat dilihat hasil dari perjuangan itu. Jangan sampai kita tergelincir dari landasan dalam keghairahan memperjuangkan sesuatu. Saya pun tak sehebat mana, ilmu agama pun tak tinggi. Banyak kena belajar, tapi saya tak nak ikut membuta tuli, dan saya tak suka bila org cakap, "ikut je, jangan sibuk nak tanya kenapa dan persoalkan". Tapi berkemungkinan juga ada dalil2 dan nas2 yang membolehkan kita untuk menjatuhkan pemerintah yang tidak mengikut hukum Islam ini? Jika ada, saya mahu tahu, sebab saya perlu tengok dari kedua2 belah pihak, buat masa sekarang mungkin sebaik-baiknya berdiam diri dahulu dan cuma memerhatikan yang mana lebih baik dan meyakinkan untuk kita. Dan jangan percaya 100% pandangan saya tapi anda boleh mngambil hadis2 itu untuk rujukan, sebaiknya kita kaji lebih lagi dan membaca dengan lebih banyak lagi dan bertanya pada yang lebih tahu. Mungkin ada yang saya terlepas pandang tapi setakat ini, ini saja yang mampu saya kongsikan. :)

(EXTRA2)
Saya tak suka melebihkan satu pihak sahaja, patutnyer kita baca n tengok pendapat dari semua orang kan, ada juga yang mengemukakan pendapat bahawa kita memang perlu menyokong perjuangan menjatuhkan pemerintah yang tidak mengamalkan Islam dengan benar. Kalau diikutkan politik dan pemerintahan dalam Islam, yang betul adalah sistem khalifah dan bukannya demokrasi. Tetapi negara kita mengamalkan demokrasi. Ada yang berpendapat sistem demokrasi ini bukanlah sistem Islam tetapi demi menegakkan pemerintahan Islam, kita terpaksa melalui sistem demokrasi tersebut dahulu kerana negara kita telah menggunapakai sistem ini sejak sekian lama. Jadi, nak tak nak, kita tetap kena mengundi, persoalannya, perlu undi siapa? Adakah parti yang betul-betul memberi jaminan 100% dalam menegakkan sistem pemerintahan Islam? Based on my personal opinion la, takde pun. Seriously takde. Jadi saya rasa jangan kita mengundi parti, tapi undilah pemimpin, ada ramai yg kasi tips, kita kaji dulu perangai pemimpin or calon kat kawasan kita, tak kisahlah dia parti apa, kita undi dia, =,="", oke tu pendapat je. Saya tak pernah ambil tahu soal politik, tapi bila politik sudah menyentuh soal agama saya iaitu Islam, saya rasa terpanggil untuk mengkaji lagi dan lagi. Siapa sebenarnya yang betul, siapa yang salah? Adakah saya salah, adakan anda betul? Yang mana diterima Allah, apa jalan penyelesaian terbaik untuk orang yg jahil seperti saya? mengundi bukan kerana ketaksuban kepada parti politik, tapi undilah dan ambillah langkah yg terbaik untuk menyelamatkan akidah kita sendiri.(Takut tersalah undi je)

EXTRA LAGIIIII
OK tu pasal isu jatuhkan kerajaan, kalau dari segi perhimpunan BERSIH ni, dari pendapat peribadi saya, saya rasa andai demonstrasi BERSIH 4.0 akan diadakan lagi selepas ini, saya harap pihak polis tak perlu terlibat dan sepatutnya diberikan cuti, dan biarkan sahaja demonstrasi itu berlangsung. Personally, lepas membaca macam2 sumber pasal kes pergaduhan dan pukul-memukul dalam isu BERSIH tu, saya tak setuju dengan cara polis menangani keadaan. Apa-apa pun saya tak bleh komen lebih sebab saya tak berada di kawasan tu, kalau ada BERSIH 4.0, saya harap dapat sertai sebagai pemerhati sahaja. Hehe, kita nak tau kebenaran kita kenalah berani pergi tengok sendiri kan. :P


KESIMPULAN:
1. Adakah boleh bagi umat Islam menyertai perhimpunan atau sesuatu yang dianjurkan oleh orang bukan Islam sekiranya tujuan perhimpunan itu atau perjanjian itu adalah baik?
Jawapannya boleh umat Islam turut serta sebab tujuannya baik. Sebab Rasulullah juga pernah membuat perjanjian dengan orang kafir Quraisy, dan Rasulullah berkata yang seandainya akan ada lagi perjanjian seperti ini oleh orang bukan Islam, Rasulullah pasti akan sertainya. So, perhimpunan BERSIH ni walaupun ada NGO2 dan juga penganjurnya yang terdiri daripada orang bukan Islam, tak salah kita sertai selagi matlamatnya benar sebenar2 nyer. Sebab tu la saya ckp tadi saya setuju dengan tuntutan BERSIH tu, menuntut keadilan dalam plihanraya. Tapi terus-terang tak suka dengan sikap segelintir penyokong bersih yang memaki-hamun atau tidak berkelakuan dengan sepatutnya. Tapi saya juga tak suka cara polis tangani pendemo yang over tu. And walaupun segelintir polis2 ini berkelakuan kasar, janganlah kita label semua polis tu dengan perkataan yg x sepatutnya. Islam tak ajar kita macam tu. Samalah jika kita menggelar pendemo bersih ini dengan perkataan tak sepatutnya walaupun bukan semua yang memaki-hamun dan sebagainya. So, yang baik kita sokong, yang tak baik, kita jangan sokong walaupun yg tak baik tu ada dalam kelompok kita sendiri. Jangan kerana dia satu haluan dengan kita, maka kita menghalalkan perbuatan dia. Yang salah tetap salah.(Sumber dari Ustaz Asri)

2. Tiada parti politik yang sempurna. Setiap org yang menyokong sesebuah parti politik itu merasakan parti politik itulah yang benar. Tidak mengapa untuk berbeza pendapat tetapi janganlah terlalu fanatik terhadap pendapat sendiri sehingga menolah mentah2 dan mengenepikan pandangan orang lain walaupun pandangan orang lain itu bernas. Setiap orang punya alasan tersendiri dan hak sendiri untuk mengundi. Jangan kerana perbezaan itu, kita sesama Islam bergaduh dan berpecah-belah sedangkan Islam itu bersaudara.
3. Konklusinya, saya menyokong tuntutan BERSIH tetapi saya menolak kepada perpecahan umat Islam yang terlalu taksub dengan perjuangan parti politik masing-masing. Dan sebagai umat Islam, kita tidak sepatutnya mencela orang lain tanpa usul periksa, jangan membiarkan niat menghalalkan cara. Biar niat dan cara itu seiring.
Sekian, terima kasih

p/s: kepada penyokong2 bersih, minta maaf kalau terguris ke apa, kita masih saudara sesama Islam, ingat tu. :)

And lagi satu, saya ni pun manusia biasa, x sempurna, mungkin ada kekhilafan tentang sesuatu isu dalam entry ini, dan mungkin pemahaman saya terhadap hadis2 ini sedikit berbeza, mungkin perlu dibetulkan kerana siapalah saya yg jahil ini untuk mentafsir hadis2 ini, jika ada silalah tegur saya, dan saya amat megalu-alukan sebarang komen yg bertujuan untuk membetulkan saya, tapi pastikan komen itu tidak berbaur kemarahan, emosi, dan nafsu semata2, kalau boleh biarlah berpandukan dalil2 yg boleh dipercayai. :)
Reference: http://scripters.ning.com/forum/topics/fatwa-fatwa-ulama-berkenaan-menjatuhkan-pemerintah?xg_source=activity
“Sistem Politik Islam Menurut Pandangan Al-Quran, Al-Hadis dan Pendapat Ulama Salaf,” Karya Khalid Ali Muhammad Al-‘Anbariy, Terbitan Telaga Biru, Rujuk Lampiran; Fatwa Samahatus Syeikh Abdul Aziz Ibn Abdullah Ibn Baaz, no: 1 & 2. Fatwa Syeikh Muhammad Ibn Shalih Al-'Utsaimin, no: 1 & 7. Fatwa Syeikh Shalih Fauzan Al-Fauzan, no: 6, 8 & 11. Judul Asli: Fiqh As-Siyasah Asy-Syar’iyyah Fii Dhaw`i Al-Qur’an wa As-Sunnah wa Aqwal Salaf Al-Ummah.

Wednesday, April 25, 2012


Saat aku soroti denai semalam
Kakiku melangkah ke belakang
Melihat di balik tirai hitam

Tiada niat untuk kembali
Cuma mengimbau coretan kekal
Seakan bertemu diri yang dulu
Jasad yang sama rohnya berbeza
Hampir tidak aku kenali lagi
Siapa engkau dalam hidupku
Namun engkau sebahagian dariku
Tanpamu aku pasti tiada

Meski kita berbeza kini
Aku masih mengingatimu
kerna memorimu menghilangkan keangkuhanku
kerna sejarahmu menyedarkanku
Kita hanyalah hamba Dia Yang Satu
Yang beza hanyalah cinta kita
Cintamu dulu cinta palsu
Cintaku kini cinta abadi
Tanpa cinta palsumu
Pasti tidak kutemu cinta abadiku
Kerna engkau itu adalah aku.

Monday, April 23, 2012

Assalamualaikum, =)

Allah tu Maha Penyayang kan
Cinta Allah pada hambaNya melebihi segala-galanya.
Melebihi cinta ibu pada anaknya
Melebihi cinta manusia pada kekasihnya
Terlalu agung dan suci

Allah tu memang Maha Penyayang
Sebab wkatu kita tengah berseronok leka dengan dunia
Ketika kita lena dan lalai dengan dosa
Allah datangkan ujian dan musibah
Menghentikan waktu dan detik keseronokan yang seketika
Kita jadi terpaku, terdiam, tak percaya
Musibah dirasakan berat sekali
Kita mula merasa diri ini lemah
Tak berdaya dan mula menyalahkan orang lain
Di saat itu, Allah menunggu kita
Setia bersama kita sejak kita diciptakan
Allah menunggu kita mohon pertolongan dari Dia
Kita yang jahil mula hilang punca
Satu demi satu jalan penyelasaian dicuba
Namun tak ada satu pun yang berjaya
Malah lebih sakit dirasa
Dan saat itu kita mula terfikir
Kita baru sibuk mencari
Allah yang selama ini kita hindari
Dan saat kita bersujud menyembahNya
Baru kita tahu betapa hinanya diri kita
Baru kita sedar betapa besarnya Cinta Allah
Baru kita percaya rahmat Allah
Saat itu kita berasa diri terlalu berdosa
Tapi tahukah kita Allah gembira menerima taubat hambaNya
Tahukah kita Allah menanti kita untuk pulang padaNya selama ini
Sebab itulah Allah beri kita musibah
Supaya kita sedar dan kembali padaNya
Supaya kita tak terus leka dan hanyut
Bersyukurlah kita ditegur Allah melalui ujianNya


Kalau Allah nak binasakan kita
Dah lama Allah musnahkan kita
Kalau Allah nak sisihkan kita
Pasti Allah biarkan kita terus bergelumang dosa
Pasti Allah tutup hati kita
Pasti Allah biarkan kita terus berseronok dengan dunia
Tapi tidak, Allah masih meminjamkan rahmatNya buat kita
Membiarkan kita bernafas dan bernyawa
Allah beri kita rasa sakit
Untuk sedarkan diri kita yang sombong ini
Allah bawa kita kembali dan pulang padaNya
Allah ubah diri kita menjadi yang lebih baik
Semuanya kerana Allah sayang pada kita
Sedangkan kita tak pernah ambil tahu
Kita sibuk bersedih dan menangis memikirkan
berapa ramai insan yang kecewakan kita dan tinggalkan kita
Tapi kita tak peduli dan menangis memikirkan berapa byanyak kita
lupakan Allah sedangkan Allah tak pernah tinggalkan kita walau sesaat.
:'/

Saturday, April 21, 2012

FREEDOM

Some people say a freedom is the freedom for each individual to do anything they want in their life.
Hmmmm…if like that, the world could be worse? As example, person A who is rich and wealthy want to use his money for something joyful or waste it for anything he want. Fine, it’s his right. Just do that. Then, person B who is poor and in need want to use his right and freedom to ask help and support from the person A. Fine, his own right and freedom. Just do that. But…is the person A want to use his money for something else? And what if he hesitates to give it to the person B? It’s still his freedom right? That’s freedom right. Is this the meaning of freedom that has been campaign until now?

But for me, and I believe for all my brothers and sisters too; the definition of freedom is to do the right thing without any prejudice and discrimination. That’s our definition of freedom.

I give a simple example for us Muslim. All muslim women who already reach their puberty must cover their aurat properly or wearing hijab. For Islam, to wear a hijab is the right thing and obligatory. For some muslim women who not wearing it, there must be some reasons behind it and we as sisters and brothers should not condemn or hate them for that. Instead we should advice and teach them the real Islamic concept. Most of the muslim women who wearing hijab do it because of their desire and will. No one ever force them and this comes from inside of their heart and they did just for Allah and not because of human. By enforce a law that against this and to put a state which other people may discriminate it, is a kind of thing that against human freedom. Why? Because such law forcing these women to stop doing the right thing in their own religion. That's cruel!

It’s just same when a person being stopped from doing a charity towards particular group of people who in need. Simple example, when one boy A is stopped from giving water to one boy B when he sees this boy thirsty. The one who stopped it maybe his parents or sister or brother and the reason is sometimes can’t be accepted. Could it be that the boy A’s brother/sister hates this boy B but to hide the true reason, the sister/brother told the boy A that ‘u can’t give him water because I saw he steal from someone just now’ and the truth is not like that. It’s the same concept, just in the different situation whether it’s big or small matter. This is just a simple example. The true meaning of freedom is not to do anything u wants freely, but the meaning of freedom is to use the freedom correctly to do something right without any prejudice and discrimination from the surroundings.

And I read a post from my favorite site, and it was like strikes right into my heart. It’s a freedom but in a different way. A freedom for a Muslim is to free themselves from any pressure and a fixed system. OK, let’s say we have to finish our assignment in a week and was given a date for the submission. Then, we will struggle to complete it and submit it on the date given. During the process of completing this assignment, what actually our intention? Are we doing that just to obey the system being put on us? Or we do that coz we scared if the lecturer will deduct our mark? Don’t we feel so tied up to such system? Have we tried to free ourselves? How to free ourselves from it? Is it by just drop out the course and then having a long holiday at home? No, that gonna be a disaster. LOL, the way is by set in our mind to put Allah first and to obey just to Allah not to the system. :D First of all, ask ourselves, we study for what? Is it just to get job and then to accumulating money? Then how we spend the money? Why don’t we study for Allah, so we can do ‘dakwah’ for Islam. How? For sure to do dakwah is not easy, sometimes we need money, if no money, how can we show the right example and model to our ‘dakwah target’? They can’t see a successful view from us. If no money, how can we buy transport to spread the dakwah? And how lucky that person is if he or she success in career and have a big sum of money that soon he or she use that money for akhirat and Islam! For Allah! If we say we can do lots of ‘ibadah’ like tahajjud, going for hajj, fasting, and so on and we think we have enough good deeds? What will we say if we see a rich guy who also doing the same things as us, he prays, fasting, go hajj, and so on AND his good deeds more than us because he can use his wealthy and money for Islam! He can donate for the poor and he even can contribute for dakwah organization. And we just can support him and see he invest his money on akhirat. We are less than him in that. How lucky he is. So then, why don’t we strive for success by put Allah as our only One that we obey to and as our goal in order to get His blessings. Please don’t feel like being tied up to the system because we are owned by Allah not that system. Free yourself from now. ;)

Friday, April 20, 2012

Cukup bagiku Allah yang layak menilai aku Bukan manusia yang fitrahnya hamba selemah aku Cukup bagiku Allah yang menghakimi keikhlasan diri Kerana aku pulang kerana-Mu bukan kerana mereka.

Saturday, April 14, 2012


Assalamualaikum, peace be upon you..=)

Well, I decided to post about this title 'Quran and science' since I think it is very important for us and for myself to know and do research about the scientific hint being given in Quran.

So brothers and sisters, read this and dun yawn!!:D

"Let the human reflect of what he is created; He was created from ejaculated water; that issues from between the loins and the ribs." (Quran; At-Tariq: 5-7)

What these verses mean? can u just translate it by ur own understanding just like that without doing any research and refer to the Muslim scholars? If every person can translate it by their own understanding, then those scholars who studying for Quran tafsir about more than 40 years are useless.

So, let’s read it through deeply. And for ur information, the info about this is not originally from me, I'm not a professional scientist and also not a high-knowledge Muslim scholar in Tafsir. I just share what i read in book entitled: "Quran Saintifik; meneroka kecemerlangan Quran daripada teropong sains" by Dr. Danial Zainal Abidin. OK back to the topic, there are two main words in these verses that needed to be observed and understand. There are the word 'loins' and 'ribs'. These verses told us that human was created from ejaculated water that was produced between loins and ribs. Without referring this to tafsir scholars and without doing any deep research, we will misunderstand this verse. Quran never wrong and there is no single mistake in it, the wrong is the human who misunderstand its meanings.

Basically, these verses explained about 2 topics. Firstly, this topic involves the creation of the human from the ejaculated water. Secondly, topic which involves the system that ejaculates the water where the system was located between 'sulbi' and 'taraib'.

EJACULATED WATER
The term 'ejaculated water' was translated from original language of Quran which is Arabic; 'daafiq'. Based on 'Hans wehr A Dictionary of Modern Written Arabic' by J Milton Cowan, the word 'daafiq' means 'bursting forth, breaking out, erupting, gushing, and torrential. Based on al-Asas fi al-Tafsir by Said Hawa, this term refer to the water that produce by woman and man. For males, this water refer to semen while for females, this water refer to the water that covered the ovum in a reservoir inside the ovary. The reservoir known’s as follicle. When the ovum becomes mature, the follicle in the ovary will burst out and ejaculates water that known as antrum fluid, which in it containes ovum, into the fallopian tube. This theory was being written by Henry Gray in 'Anatomy of The Human Body (1918). Based on Ibn Kathir tafsir translation and explanation about the ejaculated water, it also similar with this theory. He said, "It was the ejaculation of semen from male and female and also the result of the combination and meeting of those two will create offspring by Allah's will". This tafsir didn't mention that the ejaculated water is from males only, but also from females. However, with the limited scientific knowledge at that time, he named this ejaculated water as 'semen' even though the word 'semen' never being used in Quran by Allah.

BETWEEN SULBI AND TARAIB
What was being told by Allah through the verse, "that issues from between the loins and the ribs."; actually related to the sexual and reproductive system of males and females.
About Sulbi, based on Hamka in Tafsir al-Azhar, sulbi word refers to the line of male's backbones. Based on Hans Wehr dictionary, sulbi means vertebral column, loin, which based on The American Heritage Dictionary, it can refer to 'human reproductive organs'. Hence, Sulbi can give a meaning of an area between the hip and bottom which has reproductive and sexual system in it. It doesn't mean the backbones specifically.

About the word taraib, it refers to chest, thorax. The gamete from males in semen and gamete from females in antrum fluid cerainly produced by a system that located between the hip and bottom area (sulbi) and chest (taraib).

As a conclusion, the verse; "Let the human reflect of what he is created; He was created from ejaculated water; that issues from between the loins and the ribs." (Quran; At-Tariq: 5-7) can be understand in scientific way;

"Let the human reflect of what he is created; He was created from ejaculated water (which contained gametes which ejaculated from male and female sex organs); that issues from (produced from a system which the process taken place) between the loins (hip area) and the ribs (chest)."

Quran is the guidance for all humankind. Quran never be modified or altered even one single letter of it since more than 1400 years ago. There are so many scientific explanations in it while human at that time still not find the real answer through their own research but Quran already got the answer. Quran is not a science book, so no need for Allah to list down a detail scientific notes in it, He just give us the hint, it’s our part to further the research and investigate the message behind it. We should do a research to strengthen the truth of Quran, not to doubt it. Quran never wrong since its words from Allah, from God, but it’s human who wrong for not try to understand it in correct way.

Wednesday, April 4, 2012



Assalamualaikum, peace be upon you

HIDAYAH, nikmat terbesar yang diidamkan semua hamba Allah.
Tapi hidayah tu tak kan datang dengan sendirinya kalau kita tak nak berusaha mencarinya.

Aku dilahirkan dalam keluarga Islam yang biasa-biasa je, bukan lahir dalam keluarga ustaz ustazah or ulamak hebat.
Aku diberi didikan Islam, Alhamdulillah, tapi sebagai manusia yang lemah, aku jahil.
Aku sangka dilahirkan sebagai Muslim sudah cukup, tahu solat, puasa sudah cukup.
Asalkan aku tak tinggal solat walaupun aku tak tahu solat aku tu sempurna atau tak. Asalkan aku puasa dalam bulan Ramadhan walaupun aku tak tau puasa aku tu sempurna atau hanya berlapar dan dahaga semata-mata.

Aku tak pernah mencari cinta Allah yang sebenar-benarnya
Aku tak pernah mencari kebahagiaan yang sebenarnya
Aku leka denan dunia ni, keseronokan sementara
Tapi tak sangka, hatiku tersentap bila tengok orang yang baru memeluk Islam dan merekalah yang buat aku mula mencari dengan rahmat dan izin Allah, apa hidayah tu sebenarnya.

Aku baru tahu yang hidayah bukan untuk non-Muslim je, yang Muslim macam kita perlu cari hidayah jugak. Perlu belajar tentang Islam. Sebab kita dilahirkan sebagai Muslim, kita lupa yang kita perlu menjadi Muslim yang sebenar2 nya dan bkan Muslim pada nama dan keturunan.

Video ni buat aku menangis dan aku respect pada mereka ni, mereka berusaha mencari hidayah dan mereka dapat nikmat hidayah itu. Tapi aku? semoga Allah memberi hidayah-Nya dan cahaya petunjuk kepada kita semua. Amin

Friday, March 30, 2012

Biarkan masa berhenti seketika,
Yang sibuk mencari harta, biarkan.
Yang sibuk mengejar nama, biarkan.
Yang sibuk bercumbuan di bawah purnama, biarkan.
Biarkan semuanya dan aku,
Aku cuma mahu mencoret puisi.

Dan puisi ini masih kutulis,
Aku cuba mencari kata pujian,
Untuk menzahirkan nikmat pemberian-Mu,
Namun aku gagal buat kesekian kalinya,
Kerna tiada prosa mahupun puisi,
Yang mampu memuji,
Lantas aku noktahkan lagi puisi ini,
Dengan berjuta persoalan,
Sedang akalku masih mencari,
Kata-kata pujian untuk-Mu,
Dan aku tidak pernah berjaya,
Kerna puisi ini telah terhenti.

Thursday, March 29, 2012

hidup tak selalunya cerah
ada mendung, ada hujan
Sebagai hamba Allah, layaklah diri ini diuji
Namun adakah diri ini mampu menyambut ujian Allah itu dengan redha

Aku tahu setiap yang berlaku ada hikmahnya
Aku terima ini sebagai ujian dari-Nya dan sebagai cara Dia mentarbiah hati kita
Alhamdulillah, Astaghfirullahal'azim..:')

Saturday, March 24, 2012

Assalamaualaikum, peace be upon you, =)

Akhirnya dapat jugak family aku datang spend time kat sini walaupun cuma 2 hari je, and sedih gak sebab adik pompuan aku tu tak dapat ikut.

Tapi takpelah, yg penting aku memang have so much fun with my family..><, my bro, dad, mom. :D tapi kelakar sebab macam dah lama aku tak tengok adik lelaki aku tu, sekali jumpa, aku terkejut kot, sebab aku rasa dia sangat besarrr..=,= (bukan gemuk, maksud aku dia makin tinggi), terkejut jugak la, kelakar..wahahaha Well, kitorang sewa chalet and then pegi makan2 sekitar kawasan terengganu ni je, and pastu esoknya pegi tasik kenyir...best. :D

Adik aku yang tengah bajet cool..:P

ni dekat pantai mana aku pun tak tahu, kitorang pakai pusing je sampai jumpa mana-mana pantai n singgah..LOL

mama and abah tengah layan jiwang ke?haha

oke....budak besarr...=,=

malam-malam pun pegi pantai lagi..==

mama kat tasik kenyir..:D

aku, lol

abah, mama, and budak besar...LOL

ni view chalet yg menghadap tasik ni

sebelum hantar aku balik hostel, adik aku sempat lagi berpesan.."kita kena kuat, bukan fizikal tapi mental n dalam, kuatkan semangat tu, jangan lembik sangat"..=,=""aku tak tau kenapa dia tiba2 ckp mcm tu, mungkin dia pandang aku ni lembik sket kot (memang pon), btw thanks bro!! U're so thoughtful..:), pesananmu sentiasa diingati, haha, :D

Thursday, March 22, 2012


Satu hari nanti, aku akan sampai juga kat sini, insya-Allah
Aku akan jejakkan kaki ke bumi Makkah, :')
أسسالاموعلايکوم
هاها، ايني ناماڽ بوداک إعسايتد ماين کيبوارد جاوي، بست لا٢ ، اݢاک٢ کوراڠ بوليه باچا تق اڤا يڠ اکو توليس؟

ني سموا ماستيکا ڤوڽا ڤاسال لا، کوراڠ تاهو تق، باهاسا ملايو سبلوم زامان کمرديکاءن ادالاه جاوي، سو سباݢاي ݢنراسي مودا، اڤا سالاهڽ کيتا ککالکن عيدينتيتي جاوي سبݢاي توليسان کيتا، بارو لا توليسان ني اکان تروس هيدوڤ دان تاق ڤوڤوس.
سورري، اکو تاک ڤستي بتول اتاو تق ايجاءن جاوي اکو ني، ني ڤون ماچم مرڠکاک٢

Wednesday, March 21, 2012



Assalamualaikum, peace be upon you, =)

Tiba-tiba rasa nak menulis pasal my personal opinion on cinta. ;)

Mungkin aku ada sedikit berubah berbanding dulu, aku sedar sebab aku melalui fasa perubahan tu, tapi up to other people nak fikir apa pasal aku, tak kisah punyerr...hehe

Well, back to the topic, CINTA
Aku baru tersedar yang pandangan aku mengenai cinta berbeza berbanding dulu dan sekarang

Dulu, aku menilai cinta dari sudut pemikiran yang sempit, terbatas dan tak meluas.
Jujur la, dulu bila sebut CINTA, otak aku automatic akan refer pada pasangan kekasih or couple, percintaan remaja, sth like that. Dulu, bagi aku cinta itu layak untuk orang yang kita sayang je, tak lain tak bukan kekasih. Disebabkan rasa cinta pada kekasih hati tu, kita sanggup buat apa saja, dapat merubah apa saja, dan jadikan kita buta untuk membezakan realiti dan fantasi, dan kadang-kadang kita buta membezakan baik buruk. Kita tak berfikir panjang sebab matlamat kita hanyalah dia. Itu maksud cinta bagi aku, dulu.

Sekarang, aku rasa cinta tu luas maknanya. Aku sedar lepas aku cuba mencari cinta yang kekal dan tak akan mati, iaitu cinta kepada Allah. Cinta pada Tuhanku. Tapi, aku juga sedar yang untuk mendapatkan cinta Allah itu bukan senang. Tapi perasaan cinta pada Allah itu sungguh indah dan tak dapat nak digambarkan. Cinta kepada Allah mampu mewujudkan manifestasi cinta sesama manusia.
Bila aku cinta Allah, aku selalu akan cuba melakukan segala suruhan-Nya, meninggalkan tegahan-Nya.
Bila aku cinta Allah, aku cinta rasulullah.
Bila aku cinta Allah, aku cuba mengikut sunah rasul-Nya.
Bila aku cinta Allah, aku mula mencintai ibu bapaku. Sebab, aku nak buat perkara yang disukai Allah, iaitu berbuat baik pada ibu bapa.
Bila aku cinta Allah, aku mencintai sahabat-sahabatku dan aku cuba membawa mereka mengenali Allah andai aku mampu, aku masih mencuba.
Bila aku cinta Allah, aku sayangkan semua saudara-saudaraku, walau di mana mereka berada.
Bila aku cinta Allah, aku pasti akan mencintai seseorang yang sudah Allah ciptakan untukku, si dia yang sudah ditulis namanya untukku di luh mahfuz, dan aku pasti akan mencintai dia kerana cintanya kepada Allah.

Tanpa aku sedar, hatiku terbuka untuk semua yang berada di sekeliling aku kerana Allah. Indahnya cinta Allah, indahnya mencintai sesuatu hanya kerana Allah, aku harap rasa cinta ini tidak kan pernah pudar malah kian subur dalam mencari keredhaan dan rahmat Allah.

"Ya Allah, aku memohon cinta-Mu dan cinta orang yang mencintai-Mu, dan amalan yang menyampaikan aku kepada cinta-Mu. Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu lebih aku cintai dari diriku, keluargaku dan daripada air yang sejuk (ketika panas terik)." (HR al-Tirmizi)

Tuesday, March 20, 2012

Hari ni terpaksa ponteng kelas sebab pegi sampling oyster n mussel kat Sungai Semerak, Kelantan.(huhu, detail lagi, nasib baik x letak koordinat je)

Alhamdulillah, dapat la jugak mussel yang dicari walaupun jari aku ada sikit luka sebab pegang oyster yang tajam tu..huhu

Best walaupun penat sebab siap bawak maggie untuk dimakan ngan oyster lagi walaupun mcm tak berapa menjadi maggie tu tapi bolehlah,huhu

Bot yang cam seram, mesti senget sebelah bila naik...LOL

Nor, samapai-sampai terus layan jiwang..wahahaha..:P

Semua nak bergambar kat tingkap tu, tak taulah knape

Last2, semua menyempit kat situ gak, wahaha..Nor, Kak Jie n Pikah

Maggie perisa asam laksa yang bakal dimasak bersama oyster

Maggie yang sedang dimasak

Pikah bajet nga rebus oyster

Akhirnya permainan pondok-pondok maggie pun bleh start

Encik 'Wang' tukang kopek oysters, yang isi besar dia masuk dalam mulut dia..LOL

Besar tak? sedap tau makan ngan maggie..:P

Bukti yang kitorang pegi sana bukan untuk makan maggie n oyster je, ni oyster yg dibawak balik for project..:P

HAHA, dah habis merepek, saja je nak kongsi2
Apa2 pun, thanks to En. Wan, En. Anderi, pakcik driver, Kak Jie, Pikah and Nor...akhirnya dapat gak gi sampling skali lagi..T.T
Penat tapi best!! harap2 nanti gi sampling kat johor plak..xD

Monday, March 19, 2012



Angka 22 menjadi tanda
Dirimu kini menginjak dewasa
Seusia diriku, kita meneroka masa
Melihat dunia dari arah berbeza
Namun berkongsi langit yang sama

Sungguh engkaulah anugerah Allah buatku
Bagiku engkaulah sahabat
Tali ukhwah yang sudah tercipta
Akan ku pegang dan ku jaga

Meski tiada jasa yang kuberi
Walau dirimu tidak ku mengerti
Namun ku tulis jua puisi ini
Menzahirkan keikhlasan seorang teman
Sengaja aku ekspresikan
Agar puisi menjadi saksi
Yang aku tidak pernah lupa harimu
Hari lahir temanku~

HAPPY BIRTHDAY!!:PPP
p/s: malas nak beli hadiah, buat puisi boleh tak?weeeeee
terer tak aku tulis sajak, muahahahahaha..xDD
selamat hari jadi capekton, semoga diberkati Allah selalu
Aku sentiasa doakan kau, ;)

Cop!! aku 21 lagi, ko da 22, tua..LOL
Assalamualaikum

Fitrah seorang manusia yang bergelar hamba ini sememangnya lemah dan tidak sempurna

Pernahkah aku bersyukur dengan sebenar-benarnya?
Pernahkah aku menilai betapa besarnya anugerah Allah yang diberi pada aku?
Sedar tak selama ni, bila aku ditimpa kesusahan, pernah aku bercakap pada diri aku sendiri dan menangis, dan berfikir yang "habislah aku kali ni, hidup aku dah takde harapan"...tapi lihatlah sekarang, aku masih hidup, hidup makin tenang, semuanya semakin baik, Allah msih memberi nikmat-Nya pada aku...sedangkan aku selalu berkeluh kesah..:'/

Anugerah nikmat hidayah terlalu mahal dan berharga untuk dinilai
Kalau la dapat ditukar dengan sesuatu untuk mendapatkan hidayah tu, aku sanggup beri apa saja, tapi hidayah tu milik Allah, hidayah tu tak kan datang bergolek, kalau kita tak berusaha mencarinya.

Tapi bila Allah dah anugerahkan kita hidayah, pegang dan jangan lepaskan, sebab kalau kita lepaskan peluang tu, susah sangat untuk dapatkan kembali sebab perjalanan mencari hidayah itu sahaja penuh ranjau.

Aku bersyukur dengan nikmat-Mu ya Allah, tapi aku sangat takut andai Kau tarik nikmat ini satu hari nanti lantaran aku yang jarang bersyukur pada-Mu, apa akan jadi padaku andai nikmat hidayah ini ditarik kembali?
Aku takut, dan aku tak mahu kenikmatan dan kelazatan hidayah ini hilang.
Aku akan cuba menjaganya sebaik mungkin, ya Allah bantulah aku dalam mencari keredhaan-Mu, sesungguhnya lemparlah rasa takut dalam diri aku terhadap kekufuran dan dosa. Bersihkanlah hatiku dari kotornya maksiat.

Matikanlah aku dalam iman dan Islam, bangkitkan juga aku dalam iman dan Islam..:'/

Sunday, March 18, 2012



Baru-baru ni aku rasa macam dalam dilemma,
hurm....pernah jugak terdetik dalam hati kenapa Allah takdirkan hidup aku macam ni, macam tu, kenapa tak macam ni, tak macam tu...Astaghfirullahal'azim
siapa aku sebagai hamba layak mempersoalkan ketentuan takdir Allah

Namun doa satu-satunya yang dapat mengubah takdir

Dah masuk tahun ketiga dan aku hampir nak graduate dah, kenapa tiba-tiba terfikir yang
"kenapa la aku ambik course ni dudlu? aku memang nak ke?"...
Tapi aku percaya mesti ada hikmah di sebalik tiap ketentuan Ilahi, pasti ada.
Cuma mungkin aku tak nampak hikmah tu, tapi aku percaya memang ada

Pernah terfikir nak berhenti je study course ni and ambik course lain
Course yang kena dengan jiwa aku, huhu
Tapi aku ada tanggungjawab, tak kan nak suka-suka hati je drop
Aku dah nekad, aku teruskan je dengan course ni sampai graduate, sikit je lagi, aku akan bertahan, moga Allah mempermudahkan aku.

Betullah yang manusia ni memang dicipta dengan sifat berkeluh kesah, ada saja yang tak kena, tak pernah nak bersyukur, aku diberi pelajaran pun dikira satu nikmat Allah yang tidak ternilai. Astaghfirullahal'azim. Kalau nak dihitung setiap nikmat kurniaan Allah ni tak mampu aku nak hitung, Astaghfirullah...:'/

"Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut); Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah; Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut; Kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang; Iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya" (Al-Ma'arij: 19-23)

Percayalah, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya, andai yang berlaku itu terasa berat untuk ditanggung, terimalah ia sebagai ujian dari-Nya, jangan pernah berputus asa dari rahmat Tuhan, sesungguhnya Allah bersama mereka yang sabar.

*Peringatan untuk diri aku sendiri, baru aku sedar betapa aku tidak bersyukur dengan nikmat kurniaan Ilahi, astaghfirullah..banyak lagi perlu diperbaiki dengan diri aku ni, malunya dengan Allah..:'/

Wednesday, March 14, 2012

Amarah,
Merah menyala bak api menjulang
Dendam,
Tersimpan kemas di lubuk jiwa
Jangan lepaskan, bahaya!
Tapi jangan kau simpan, lebih bahaya!




Terdengar deraian tawa kecil
Mengekek-ngekek dari dalam
Membakar-bakar hati kepanasan
Bunuh syaitan kecil itu!
Sahabat akrabmu sejak dulu
Menghirup darah menjadi parasit hati
Jangan kau bersahabat lagi dengannya
Dia itu bukanlah sahabat, tetapi seterumu

Jangan kau dengar dia!
Menabur janji manis memberi kata indah
Mengelirukanmu andai kau tidak teguh
Berpautlah pada iman, kejarlah takwa, rindukan syurga
Agar si syaitan kecil itu pulang ke nerakanya
Tanpa kau menemani di sisinya
Percaya





Perlahan-lahan kaki ini melangkah
Menyusur denai dan lurah dalam
Sesekali tersadung lalu tersungkur
Mengalirkan darah hitam pekat
Dari luka-luka semalam
Biarkan darah itu mengalir
Kerana di balik perit itu, ada penawar

Ku persembahkan sujudku pada-Mu
Ku pegang janji seorang hamba
Mengabadikan diri pada Sang Pencipta
Dalam melayari pentas dunia fatamorgana
Pernah aku terjatuh
Namun sinar cahaya-Mu datang
Menyuluh aku mencari jalan pulang
Berbekalkan iman yang cuma senipis benang
Tetap ku gagahi jua bangkit berpegang pada tautan takwa
Dan aku akan terus melangkah
Mencari cinta hakiki
Kerana aku percaya, Engkau akan ku jumpa
Sebuah Perjuangan

Mataku menangkap kibaran panji
Kutatap penuh dalam
Sang angin masih setia berhembus
Menggerakkan urat-urat bebenang
Yang saling bertaut membentuk hamparan
Menjadi satu panji azimat
Lambang kekuatan perjuangan suci

Perjuangan beribu abad lamanya
Demi menegakkan kebenaran di muka bumi
Dari makhluk untuk makhluk
Diilhamkan Pencipta kepada hamba-Nya

Sebelum dunia bertemu noktahnya
Perjuangan harus disambung dari mana ia berhenti
Generasi demi generasi silih berganti
Namun janji Allah itu pasti

Sunday, March 11, 2012

Saat melihat langit, burung berterbangan
Aku bersyukur diberi nikmat untuk hidup
Melihat laut-Mu, kebiruan saujana mata memandang
Hatiku bergetar memuji kebesaran-Mu
Tidak ku tau mengapa titisan jernih mengalir
Deras menyusuri wajahku
Perasaan apakah ini ya Allah?
Adakah ini tandanya aku merindui-Mu?
Andai benar,
Aku mohon rasa ini tidak kan berhenti
Terus berdenyut seiring nadi
Mengisi nafas jiwaku
Mendambakan cinta yang satu




Terima kasih ya Tuhan
Memberi peluang untuk diriku
Peluang untuk kembali
Terima kasih ya Tuhan
Memberi kesempatan buatku
Merasai sucinya cinta-Mu
Terima kasih ya Tuhan
Memberi aku keperitan
Yang mengajarku erti kehidupan
Terima kasih ya Tuhan
Memberi aku keizinan
Untuk mengenali-Mu
Sungguh perasaan ini yang terindah

Wednesday, March 7, 2012



Assalamualaikum, peace be upon you, =)
haha..(tak start apa2 lagi dah gelak..:p)

Well, tiba2 aku asyik promote movie je kan,
Memang pon, movie yg aku nak promote ni berjudul 'laskar pelangi', indonesian film
pada siapa2 yg dah tengok, takpela, mungkin aku terlambat sket tengok citer ni, tapi pada saper2 yg belum nonton, LOL, boleh la tengok bila korang free or boring.




Movie ni berkisarkan anak-anak miskin yang ada semangat kuat untuk belajar and mengenai 2 orang guru hebat yg cuba mempertahankan satu-satunya sekolah berpendidikan Islam di daerah itu. And citer ni sangatlah menyentuh hatiku. LOL. Aku suka citer ni sebab scene dia buat mcm 70-an, semua org kebanyakannya naik basikal, pakai seluar besar-besar tu, rasa cam nostalgicnyer tengok citer ni walaupun 70-an aku tak lahir lagi. Aku generasi Y. LOL



Back to the movie, watak utama cerita ni adalah 'lintang', seorang anak nelayan pesisir pantai yang sangat cintakan ilmu. Walaupun rumah dia jauh dari sekolah, itu bukan halangan dan alasan dia untuk tak pergi ke sekolah. Pastu, dia dah la genius, especially math. haha, best la movie ni bagi aku, epic n ada pengajarannya tu yg penting. ^^v




Salam n peace=)

Monday, March 5, 2012



Assalamualaikum, peace be upon you

saja je tiba-tiba nak kongsi filem indonesia yang best ni. A must watch movie! :D
Sekali-sekala kita pun perlukan hiburan kan, tapi hiburan yang macamana? kan best kalau hiburan yang mendidik jiwa. :D

Well, movie ni berkisarkan usaha murni seorang pemuda, yang merupakan graduan dalam bidang management. Selepas bergraduat, dia takde perkerjaan, so atas desakan ibu bapanya, dia akhirnya nekad untuk melakukan sesuatu yang hebat bagi aku. Heeee
Dia cuba mengubah budak-budak jalanan yang kerja mereka cuma menyeluk saku. Dia berjaya mengajar budak-budak ni yang tak pernah sekolah, tak pernah kenal agama, dan hidup diorang tak pernah terurus. Tapi, dengan kehadiran pemuda ni, dia mengubah pemikiran budak-budak tu.

Pengajaran dari cerita ni, bagi aku, kita nak buat sesuatu biarlah ikhlas. Macam lelaki tu buat. Dan filem ni menyedarkan aku yang untuk mendidik anak bangsa especially teenagers ni haruslah berhikmah dan bukannya kekerasan semata-mata. Mereka cuma mahu difahami. Dan satu lagi yang best dalam filem ni ialah pemuda tu memperjuangkan nasib fakir-fakir miskin bukan dengan cara memberi wang dan harta, tapi memberi didikan yang akan mengubah masa depan mereka.

Huhu, setakat tu je kot ulasan pasal movie ni, tak rugi tengok ni. Aku siap TER-nangis lagi..hehehehe, ternangis ek, tak sengaja.:p

Tuesday, February 28, 2012

Assalamualaikum, peace be upon you..=)

a quote sounds like this
"calling other people judgmental doesn't make you any different from them"

yea, i am JUDGMENTAL, but there are good judgmental and bad judgmental. And our judgments never can be a perfect judgment because only Allah's judgment is the most fair and perfect. So, before we judge others, better refer to Allah and ask our heart.=)

Saya tak berniat nak tujukan ni pada siapa-siapa, just random topic and cuma sebagai pengajaran untuk DIRI SAYA SENDIRI yang lemah dan hina ini, begitu juga pada sesiapa yang ingin mengambil pengajaran, tiada paksaan.=)

JUDGMENTAL?


Manusia memang fitrahnya macam tu, kebanyakan la memang suka judge orang lain just dari one point of view saja, kenapa tak 3-dimensonal ke, or at least 2D? hehe

Senang cerita, saya suka ambik contoh diri saya sendiri sebab tak kanlah kita nak guna orang lain, takut jdi fitnah pulak, berdosa nanti, so baik guna contoh diri saya sendiri. Saya pun tak terlepas dari sikap judgmental ni, memang selalu terjadi pada diri saya sendiri secara sedar and tak sedar.

Contohnya (contoh lagi), bila saya tengok orang tu membaca buku, kadang-kadang kat hati saya ni ada terdetik.."ala nak bajet ulat buku la tu, aku pun ada gak buku kat bilik, xdela baca kat public"...=_=

OK seriously jangan tiru aksi itu, sangatlah tidak elok dan tidak baik. Saya mengaku saya pernah ada buat macam tu, tapi kita sebagai Muslimah ni kenalah improve diri kita day by day, belajar lagi, lagi, dan lagi sampai bila kita cuba nak buat perkara tu lagi, kita rasa serba salah dan berdosa. So, ini akan menghalang kita dari cuba buat dosa-dosa free ni.

Back to the topic,'judgmental'. Sesetengah manusia mudah menghukum orang lain dari sudut pandangan mereka sendiri or melabel orang lain. Katakanlah korang nampak orang ni buat benda baik or kebajikan yang tak selalu orang buat, adakah patut kita kutuk2 dia dalam hati, ragu2 dengan keikhlasan dia, kenapa kita tak bersangka baik je?? kenapa kita tak nak cuba mencontohi dia? daripada kita mengutuk amalan baik dia tu, kenapa kita tak bermuhasabah diri dan sedarlah yang at least dia ada buat sesuatu tapi kita?

secondly, judgment jenis yang menentukan syurga neraka seseorang. Astaghfirullah. Ada sesetengah manusia ni hatinya sangat baik tapi tak ramai orang tahu, dan sebaliknya. Jangan kerana sedikit kesilapan yang dia lakukan, kita yang poyo suci dan mulia ini melabel n condemn mereka ini dengan meletak status yang tak layak untuk kita hakimi. Siapa kita untuk cakap orang tu nanti masuk neraka just bila kita nampak dia mencuri or apa2 je lah. Fine, ok memang perbuatan yang dia buat tu berdosa, tapi kita tau ke yang mungkin dia terpaksa mencuri, or dia sebenarnya tak nak pun. Daripada kita mengutuk2 dia dan melabel dia ni ahli neraka ke, or sewaktu dengannya, kenapa kita tak nasihati dia? berlemah lembut dan berhikmah? Jangan sesuka hati menilai keburukan yang orang lain buat, kita tak tahu satu hari nanti orang tu akan jadi lebih baik dari kita. Hidayah itu milik Allah. Allah mampu memberi hidayah pada sesiapapun yang Dia kehendaki. Kita tak punya kuasa sedikitpun untuk menghalang. Berbaik sangkalah, itu lebih baik untuk hati.=)

Dan lastly, paling penting untuk diri AKU SENDIRI. Judge pandangan orang lain bila diri sendiri nak lakukan kebaikan. OK ini untuk diri aku sendiri. Maksudnya, terlalu fikir pandangan or orang lain punya points of view pasal aku. Sekiranya kita nak buat kebaikan atau berhijrah kepada sesuatu yang lebih elok, kenapa nak kira pandangan orang lain? bukankah pandangan Allah pada kita yang lebih penting?

1. Bila nak solat sunat (sebelum ni jarang buat), selalu fikir yang "nanti apa plak roommate aku cakap ek? nak bajet alim la tu, nak menunjuk2 rajin solat sunat pulak".=,=..kenapa perlu fikirkan soal tu, walaupun hati kita meronta-ronta nak buat, tapi sebab benda ni, kita tak jadi..ego. Sayangnya pahala terbuang mcm tu je. Apa yang Allah nilai kita lebih penting dari penilaian manusia.

2. Bila nak baca Qur'an (sebelum ni baca Yaassin je tiap2 malam jumaat), selalu fikir yang "ala nak tunjuk suara sedap baca Qur'an la tu, kitorang pun pandai gak baca, rilek je"...=,=, baca je lah, pedulikan apa orang akan kata..(in fact, diorang tak cakap apa2 pun), besar fadhilatnya selalu baca Qur'an, dapat tenangkan hati.=)

3. Bila nak berubah dalam segi pemakaian (nak lebih menutup aurat mengikut syariat, sampai bila nak tutup aurat ikut syarat je), rasa macam naaaaakkk sangat pakai tutup aurat cam orang lain, cara yang betul, niat tu ada, hanya Tuhan yang tahu, tapi bila nak pakai je....otak ni yang pandai2 fikir pandangan orang lain.."ala minah ni, dulu xde la mcm tu, dia la yang paling x bley blah skali punyer baju, seluar ketat gler, tiba2 nak pakai ala2 muslimah sejati pulak?"..=,=""", slowly cuba tukar sedikit demi sedikit dan moga mendapat kekuatan dari Allah. Bukan senang, yang penting jangan putus asa, dan terus n terus improve sampai berjaya. And pada orang-orang lain tu, janganlah cepat nak condemn, "ala dia ni pakai baju cam sama je lagi, tak nampak sangat pun perubahan..", cuba la fahamkan keadaan dia, bukan senang tau, lain manusia lain caranya. Mungkin dia perlukan masa untuk lawan dengan cabaran luaran dan dalaman. Insya-Allah, jika dia dah nekad, pasti satu hari nanti Allah akan permudahkan. Doakanlah semoga dia diberi kekuatan, bukan condemn, Islam tak ajar kita untuk bertindak begitu, sepatutnya sokong. Umat Islam kan bersaudara.=)

p/s: semua ayat2 dalam hati tu, hanyalah rekaan, tidak pernah terucap oleh sesiapa pun, hanyalah cetusan pemikiran dari otak saya sendiri, sebab saya sendiri pernah being judgmental(semua manusia pernah jadi judgmental)dan selalu fikirkan pandangan orang lain terhadap apa yg nak saya lakukan. Entry ini memang ditujukan khas untuk diri saya sendiri. Minta maaf jika ada terkasar bahasa atau mengguris hati. Sekadar untuk renungan bersama. Semoga Allah merahmati kita semua dan membimbing kita ke arah jalan yang diredhai-Nya. Assalamualaikum, peace

Friday, February 24, 2012


ALHAMDULILLAH


Mata terbuka perlahan
Samar-samar cahaya meresap
Cuba menguasai ruang pandangan
Satu-persatu yang kabur mulai jelas

Terasa denyutan jantung masih berjalan
Seiring nadi yang tidak pernah alpa bertugas
Kaki dan tangan serentak bergerak
Seakan cuba menggapai angin di udara
Darah merah masih hangat mengalir
Laju meluncur melalui pembuluh
Menyusur ke jantung
Akur dengan aturan Tuhan

Hebatnya
Semuanya berjalan atas kawalan-Nya
Ternyata semua organku masih berfungsi
Subuh itu, aku bangkit dari lena yang panjang
Sayup-sayup seruan Ilahi menerjah pendengaranku
Lidahku mengucap kalimah syukur
Kerana masih bernyawa untuk memuja-Mu lagi
Alhamdulillah

Setiap orang pernah melalui fasa remaja
Memang indah namun rugi sekiranya usia remaja itu disia-siakan begitu sahaja
Remaja tonggak negara, melihatkan pada situasi zaman sekarang, banyak masalah sosial berpunca dari remaja-remaja, kalau masalah ini berterusan, bagaimana bentuk dan corak pimpinan negara kita pada masa hadapan?

Bercakap soal remaja, saya teringat zaman remaja saya, maksud saya zaman umur masih di bawah 20 tahun.
Kebanyakan remaja menghadapi masalah dalam menangani isu kematangan diri mereka sendiri dalam peringkat umur belasan tahun. Saya sendiri contohnya. Sebab saya cakap macam tu?
Sebab waktu saya belasan tahun dulu, saya selalu berfikiran macam ni:
1. Saya sudah matang
2. Saya boleh berfikir untuk diri sendiri
3. Semua nasihat ibu-bapa hanya mengongkong kebebasan saya
4. Orang dewasa tak pernah memahami saya
5. Apa yang saya suka, itulah dunia saya
6. Sentiasa dalam dunia sendiri, tidak pernah cuba untuk mengambil tahu perkara-perkara lain
7. Kawan lebih penting dari ibu bapa
8. Keliru membezakan baik dan buruk
9. Menganggap kawanlah yang terbaik walaupun mengajak melakukan keburukan
10. Mudah terjerat dengan cinta monyet
11. Mencari kasih sayang dari tempat yg salah, kononnya kurang kasih sayang ibu bapa

LOL, banyaknyer saya list..:P, so kepada remaja-remaja di luar sana yang ada berfikiran macam ni, atau ada buat perkara yang sangat lah tidak patut dan merosakkan diri sendiri, bila kalian semua sudah dewasa or at least umur 21 ke, 22 ke, korang akan fikir balik semua ni and menyesal dan malu dengan apa yang korang dah buat. Macam apa yg saya rasa? :P..seriously dulu saya ingat semua yg saya buat tu bagus n dah cukup matang bagi saya. Sekarang, bila fikir balik.....astaghfirullahal'azim..kenapala saya ni x boleh berfikir sangat? Dan waktu remaja2 dulu, kadang-kadang kita selalu melakukan perkara-perkar yang menyakitkan hati ibu bapa kita dengan niat nak tunjuk protes kononnya. Nak tunjuk rasa tak puas hati. Tapi hakikatnya kita memperbodohkan diri sendiri. Sekarang saya sedar, betapa mulianya kasih sayang ibu bapa kita. Semua nasihat dan teguran itu tidak bermaksud untuk menyakitkan kita tapi mereka sayang. Mungkin sesetengah dari mereka tidak tahu perkataan apa yang sesuai untuk menzahirkan rasa prihatin dan kasih mereka, dan kita yang masih mentah dan berdarah muda ni salah tafsir pulak niat suci mereka itu. Selagi kita masih bernyawa dan punya masa, berbuat baiklah pada ibu bapa. Minta maaflah dari mereka. Jujur saya katakan semasa saya remaja dulu, tak pernah keluar perkataan 'maaf' dari mulut saya pada ibu bapa walaupun hari raya. Niat tu ada tapi tak terucap sebab ego remaja saya yang tebal dan saya sangatlah degil dulu. Tapi kalau kita betul-betul matang, kita akan ketepikan ego kita itu dan memohon maaf pada mereka. Baru-baru ni, saya terkasar bahasa dengan mak saya, saya rasa sangat berdosa dan takut andainya mak saya tak redha dan sudah pastinya Allah juga tak akan meredhai saya. Buat pertama kalinya saya ucapkan juga kalimah 'maaf' tu pada mak saya, waktu tu Allah je yang tau, saya cuma tahan air mata je dari terus jatuh. Lepas tu, rasa tenang, n lega=)

Tapi saya tahu, bukan semua remaja-remaja di luar sana macam saya, malah ada yang lebih baik dan bagus. Kalau begitu, Alhamdulillah dan teruskanlah. Dan personally, pada pendapat saya, remaja-remaja ni perlu didikan agama. Itu yang penting sebab kalau sempurna agamanya maka sempurnalah semua aspek kehidupannya. Didik mereka untuk mengenal Allah dan Islam yang sebenarnya. Bukan cuma mengajar solat tanpa memberitahu kewajipan menunaikan solat dan fadhilatnya. Kemungkinan mereka ini cuma akan solat bila ibu bapa ada, dan meninggalkan solat bila jauh dari ibu bapa. Beritahu mereka mengenai keindahan Islam dan semaikan rasa cinta pada Islam dalam diri mereka sehingga meninggalkan kesan yang kemudian membentuk identiti mereka sebagai remaja Islam yang kita harapkan. Generasi kini memerlukan remaja-remaja Islam yang berwawasan dan pada masa yang sama
mampu memimpin dirinya sendiri seterusnya orang-orang sekelilingnya di atas landasan Islam dan syariat.

Saya sayang adik-adik saya dan saya tak suka tengok remaja-remaja sekarang menzalimi diri mereka sendiri.

SALAM dan peace
 

Copyright 2010 Monolog Seorang Aku.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.